Selasa, 19 September 2017

KONSEP 1 MALAYSIA -DPR1A

DASAR-DASAR KERAJAAN -KONSEP 1 MALAYSIA

BINCANGKAN
Apakah yang anda faham tentang konsep 1 Malaysia? Huraikan secara ringkas asas-asas utama yang mendukung pelaksanaan 1 Malaysia?

23 ulasan:

  1. MOHD FAIZAL BIN MAT PESA-CONTOH: pengertian 1 malaysia:Gagasan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia yg berbilang kaum berteraskan nilai-nilai penting
    contoh asas utama
    1)konsep keadilan 2)perpaduan 3)Pembina negara bangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

      Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Sejarah membuktikan bahawa pada zaman pemerintahan Islam di Madinah serta di zaman para sahabat, keadilan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

      Dalam al-Quran, banyak ayat yang menyuruh umat Islam supaya berlaku adil dan melarang kezaliman. Perkataan adil disebut dalam al-Quran sebanyak lebih 20 kali, di antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Surah al-Maidah, ayat 8).

      Ayat tersebut mewajibkan umat Islam supaya berlaku adil dalam semua urusan mereka, sehinggakan kepada musuh pun digesa supaya berlaku adil.Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
      Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

      Padam
    2. konsep 1Malaysia merupakan satu konsep yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dengan motonya "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Konsep ini bertujuan untuk memperkenalkan usaha kerajaan dalam menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

      Konsep ini adalah sebagai rujukan atau tautan bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keamanan yang dirasai sekarang. Kata kunci bagi konsep ini adalah perpaduan. Perpaduan adalah elemen paling penting dalam mewujudkan sebuah negara yang harmoni. Oleh itu, persefahaman antara satu sama lain adalah penting kerana dengan adanya persefahaman, akan tercetusnya kerjasama dan wujudnya sikap toleransi dalam diri rakyat yang mampu merealisasikan impian Perdana Menteri kita.

      Cabaran dalam melaksanakan konsep ini sudah tentunya besar. Untuk mewujudkan sesuatu yang agak mustahil sememangnya sukar kerana setiap orang mempunyai pendirian yang berbeza dan itu merupakan sesuatu yang diluar kawalan orang lain. Tetapi itu tidak menjadikan impian ini sebagai sesuatu yang mustahil kerana selagi kita sebagai rakyat Malaysia masih berpegang teguh pada Rukun Negara, perpaduan dan keharmonian negara akan terjamin sampai bila-bila.

      Padam
  2. pertama konsep keadilan sangat penting dalam kehidupan pada zaman sekarang kerana malaysia mempunyai kaum yang berbilang bangsa .oleh itu keadilan perlu diterapkan dan diamalkan terutam a dalam pengurusan pemilihan kuasa atau kewangan kerana keadilan ini dapat menanamkan sikap tanggungjawab dalam diri kita .
    kedua perpaduan perlu diterapkan supaya setiap kaum dapat merasa apa yang dinikmati atau kebahgiaan tanpa mengira bangsa,kaum atau agama .
    ketiga pembina negara bangsa ialah ia merupakan nilai yang ditujukan kepada dalam sistem pendidikan dimalaysia. pendidikan dimalaysia merupakan pendidikan yang telah maju dan bertaraf dengan pendidikan antarabangsa.contohnya dalam pendidikan berkemahiran kerana kemahiran amat penting pada zaman sekarang kerana dengan adanya pelapis yang berkemahiran negara dapat dimajukan dan ia dapat membantu menstabilkan kewangan negara dengan cara menyumbang tenaga atau pekerja sebagai kakitangan kerajaan yang ingin membangunkan sesebuah negara yang lebih maju ke hadapan supaya dapat jadi negara yang setanding dengan negara kaya dan penuh berteknologi canggih.

    BalasPadam
  3. 1)Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring dengan tauhid dan khilafah.Oleh kerana Islam merangkumi kesemua aspek kehidupan, keadilan juga seharusnya mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, sosial, politik, budaya dan lain-lain.

    Menegakkan keadilan akan menciptakan kebaikan kepada sesiapapun, manakala pelanggaran terhadapnya akan mengakibatkan mala petaka.Keadilan juga termasuk dalam akhlak Islam yang mesti diamalkan di dalam semua aspek kehidupan dan kepada semua manusia meliputi sahabat dan musuh. Sekiranya ia dipinggirkan, maka ia dianggap satu dosa .
    2)Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
    3) Negara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau ‘state’ adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaultan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri Pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik.

    BalasPadam
  4. gagasan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum adalah sangat penting.dalam konsep keadilan sangat perlu dititik beratkan kerana malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan bangsa.tanpa ada adil dan saksama dalam pentadbiran negara kemungkinan besar akan menyebabkan salah faham yang mampun membawa kepada pertelingkahan yang besar sekaligus akan merenggangkan hubungan sesama masyarakat berbilang kaum.seterusnya,perpaduan dalam kalangan masyarat.
    perpaduan bermaksud penyatuan.
    tanpa perpaduan,amat sukar lah untuk negara berkembang maju dan mencapai wawasan 2020.perpaduan ini perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi agar dewasa kelak mereka akan memahami betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan terutamanya dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.akhir sekali,pembina negara bangsa.konsep ini dituju khas terutamaya dari segi pendidikan kerana melalui pendidian ,anak-anak mendapat ilmu yang dapat digunakan untuk membangunkan negara dewasa kelak.
    kesimpulanya keadilan,perpaduan dan pembina negara bangsa amat penting dalam membina negara bangsa.

    BalasPadam
  5. NAZIEMAH BT MOHD NAZRI:Pengertian 1 malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

    1)konsep keadilan:yang membawa maksud bahawa nasib semua
    kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
    Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yangberada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan danperuntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaankepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

    2)perpaduan:Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

    3)pembinaan negara bangsa:Negara bangsa merupakan suatu keadaan tertinggi yang ingin dijelmakan olehsesebuah negara. Konsep ini mengetengahkan gabungan makna daripada dua frasa menjadi satu pengertian iaitu frasa negara dan frasa bangsa. Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala frasa bangsa merujuk kepada suatu komuniti yangmempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri.

    BalasPadam
  6. Pengertian 1 Malaysia adalah sesuatu yang sangat subjektif sebab itu ramai yang masih keliru dan kerajaan berterusan menerangkan pengertian konsep 1 Malaysia kepada rakyat secara berterusan sehingga hari ini. Konsep 1 Malaysia bermaksud satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

    Antara asas utama 1 Malaysia adalah konsep keadilan, perpaduan dan pembinaan negara bangsa. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.

    Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

    Asas yang terakhir addalah pembinaan negara bangsa. Hal ini bukanlah untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang baru dengan menghapuskan identiti setiap kaum tetapi semua kaum bersatu padu untuk bersama sama memajukan Malaysia. Melayu masih melayu dan cina masih cina dan india juga kekal india. Kad pengenalan kita masih mengekalkan identiti kaum kita. Tidak wujud satu bangsa baru yang mana di pelopori oleh sesetengah pihak sebagai modal politik.

    BalasPadam
  7. Terdapat tiga teras dalam 1Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan dalam negara iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip tersebut adalah penting dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.Prinsip pertama ialah prinsip penerimaan yang bererti semua kaum rakyat Malaysia akan menerima, menghargai dan menghormati keunikan setiap kaum di Malaysia dan juga menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan oleh semua kaum walaupun keunikan setiap kaum adalah berbeza daripada yang lain. Tujuan utama prinsip ini ialah semua kaum dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara. Secara langsungnya, seorang yang dapat menerima agama kaum yang lain dapat menerima budaya dan cara hidup kaum yang lain kerana individu dan juga sesuatu kaum

    Seterusnya ialah prinsip kenegaraan pula memupuk konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara. Prinsip ini telah diterapkan semenjak dahulu oleh pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Madan Perdana Menteri pernah mengadakan dasar-dasar untuk memupuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam tempoh pemerintahannya. Dasar-dasar diadakan ialah Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan sebagainya. Perdana menteri sekarang, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pula memperkenalkan konsep 1 Malaysia ini yang bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan prinsip-prinsip rukun negara.Prinsip keadilan sosial pula prinsip teras yang terakhir dalam 1 Malaysia dan amat penting bagi Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.

    Prinsip keadilan sosial menuntut bahawa semua orang di negara ini diberi hak yang sama dan keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek sosial tanpa mengira latar belakang atau agama mereka. Prinsip ini adalah disokong oleh perkara 8 dan perkara 12 perlembagaan persekutuan. Perkara 8 dengan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini dan ia dinyatakan di bawah fasal (1) perkara 8 perlembagaan persekutuan. Prinsip keadilan sosial juga menyaran kerajaan supaya melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan untuk golongan yang memerlukan.

    Konsep 1malaysia bukanlah semata-mata untuk segelintir golongan sahaja tetapi ia adalah untuk semua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza. Melalui konsep 1 Malaysia, perasaan tidak berpuas hati tidak akan wujud kerana semua rakyat Malaysia adalah bangsa yang mempunyai satu hala tuju untuk mencapai kemajuan untuk negara

    BalasPadam
  8. 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.[petikan diperlukan]

    Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang asas-asas utama yang mendukung gagasan 1 malaysia ialah :

    1)Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring dengan tauhid dan khilafah.Oleh kerana Islam merangkumi kesemua aspek kehidupan, keadilan juga seharusnya mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, sosial, politik, budaya dan lain-lain.

    2)perpaduan:Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

    3) Negara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau ‘state’ adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaultan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri Pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik.

    BalasPadam
  9. Pada mulanya konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
    1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
    ‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
    1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

    BalasPadam
  10. Gagasan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan nilai-nilai yang penting iaitu konsep keadilan,perpaduan dan pembina negara bangsa haruslah dipupuk oleh setiap rakyat Malaysia.Konsep 1 Malaysia adalah untuk mencapai status negara maju seperti yang diilhamkan melalui Wawasan 2020.Sesebuah negara yang stabil akan dapat dicapai disebabkan rakyat yang bersatu padu.

    Nilai yang pertama ialah konsep keadilan.Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan dari segi kebajikan dan asprk sosial yang penting .Melalui konsep 1 Malaysia ,setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan memberi khidmat mereka kepada kaum lain.Nasib semua kaum akan terbela .Oleh itu dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan persekutuan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan tetap dilaksanakan.

    Perpaduan dapat dibentuk teras utama dalam hala tuju negara menjadi negara aman dan damai bermula sejak kemerdekaan dicapai.ini dapat menyemarakkan semula semangat perpaduan negara dalam kalangan rakyat negara ini.Dengan cara membentuk sikap penerimaan kaum lain dapat membawa perpaduan yang utuh dan erat.Perpaduan dapat dicapai menyebabkan urusan pembangunan negara berjalan dengan baik .Selain itu, menerapkan amalan budaya setiap kaum di Malaysia agar kita hidup saling hormat menghormati dan menerima keunikan kaum lain.

    Pembina negara bangsa adalah dari kaum yang terdapat di negara ini sendiri.Bukan itu sahaja,kita hendaklah menitikberatkan semangat bersatu padu supaya dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa yang harmoni.Institusi pendidikan juga dapat melahirkan pembina negara bangsa.Hal ini menyebabkan menghormati bangsa lain adalah amat penting untuk menjamin negara sejahtera.

    BalasPadam
  11. 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwajudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
    1Malaysia juga akan mewujudkan sesebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
    1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegrititinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
    1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
    Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
    Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan peribadi demi Negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
    Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat kerajaan yang sewajarnya.
    1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
    Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

    BalasPadam
  12. Konsep 1 Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB  Datuk Seri Najib Tun Razak. Konsep ini bukanlah suatu perkara baru, sebaliknya merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan untuk memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara yang sudah
    dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Konsep ini diilhamkan berdasarkan keadaan berbilang kaum hidup dengan aman di Malaysia serta prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
    Antara asas-asas utama yang mendukung pelaksanaan 1 Malaysia ialah menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.Seterusnya, nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap

    Farahneesya

    BalasPadam
  13. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
    kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasarkerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

    Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

    Satu Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

    Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

    -Seneesha-

    BalasPadam
  14. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.Malaysia menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua
    kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
    Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.
    Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat yang bersatu padu.
    Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza
    dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
    Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
    Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

    BalasPadam
  15. “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” - Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

    Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

    Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

    1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

    ‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

    1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

    Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

    Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

    BalasPadam
  16. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
    Konsep keadilan
    Prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan juga menjadi salah satu asas kepada konsep Satu Malaysia. Keadaan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan.
    Konsep perpaduan
    Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara.
    Satu cara pendekatan penting untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, pendidikan adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda. Berikut adalah cara bagaimana sistem pendidikan negara ini boleh membentuk perpaduan.
    Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, aktiviti pendidikan mestilah memberi keutamaan kepada usahausaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Usahausaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
    Pembinaan Negara bangsa
    Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.



    BalasPadam
  17. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.


    Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

    Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

    1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

    Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

    BalasPadam
  18. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia juga merupakan pelengkap kepada pendekatan untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

    Asas-asas utama yang menyokong gagasan 1Malaysiatermasuklah, perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

    1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.

    Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

    Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

    BalasPadam
  19. Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

    “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
    Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.Keadilan dalam Islam tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukumhakam
    semata-mata. Ia sebenarnya mencakupi keseluruhan sudut kehidupan manusia tanpa sebarang pengecualian. Keadilan juga sebenarnya bermula daripada pendidikan. Pendidikan yang bersifat adil terhadap manusia dan sifat-sifat keinsanannya akan
    melahirkan pula manusia yang adil terhadap seluruh makhluk di alam ini. Keadilan seringkali dikaitkan dengan pembahagian sama rata. Tetapi Islam memandang keadilan bukanlah
    pembahagian sama rata kerana pembahagian tersebut akan menyebabkan ada pihak yang dizalimi kerana tidak mendapat haknya ataupun mendapat sesuatu yang bukan
    haknya. Bukti keadilan jelas terpampang dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnyamenjadi rujukan manusia

    -Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang ataupun sains kemasyarakatan.
    Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
    'MALAYSIA memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.

    -Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.

    BalasPadam
  20. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
    kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa
    nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
    Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar
    kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan
    pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk
    mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah
    mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat
    dan negara Malaysia.
    Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang
    akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020
    tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh
    setiap lapisan masyarakat.
    Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai
    status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui
    Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang
    kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya
    bersatu padu.
    Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza
    dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana
    identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti
    nasional yang sama.
    Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
    Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di
    Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang
    patut dibanggakan.
    1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
    berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
    yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
    saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

    BalasPadam
  21. pengertian 1 malaysia ialah gagasan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia yang berbilang kaum berteraskan nilai nilai penting. 1 malaysia bagi saya adalah memiliki berbilang kaum dan pelbagai adat budaya yg unik . selain itu, rakyat malaysia juga mengamalkan prinsip rukun negara dengan baik dan berdisiplin.
    1) asas pertama ialah konsep keadilan ,keadilan merupakan asas yg penting dlm sesebuah pembangunan negara . kerana jika tiada keadilan yg ditegakkan maka ramai rakyat malaysia yg akan ditindas walaupun tidak bersalah serta nasib mereka tidak akan dibela.
    2) kedua perpaduan,perpaduan juga amat penting kerana perpaduan dapat mengamankan negara . kerjasama juga dpat membantu perpaduan menjadi utuh kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh merupakan satu langkah atau kata-kata semangat yg dapat diberikan kepada rakyat malaysia untuk bersemangat dalam perpaduan.
    3)ketiga ialah ,hormat - menghormati . hormat menghormati adalah satu adab yg perlu ada dalam diri kerana adab ini amat penting kerana ingin menjaga keharmonian terhadap rakyat tidak kira usia.
    4)jujur adalah sesuatu yg penting kerana dalam islam sendiri jujur merupakan akhlak yg baik contohnya,kita seharusnya berkata benar dan tidak menipu kerana menipu itu adalah perkara yg berdosa.
    5)bertanggungjawab ia sesuatu yg perli kita amalkan kerana jika kita ingin melakukan pekerjaan mesti ada tanggungjawab yg tinggi kerana sekiranya ada sesuatu yg terjadi , kita mesti bertanggungjawab atas kelakuan kita.

    BalasPadam

ustaz azhar idrus-api dunia