Khamis, 17 Februari 2011

Penghayatan "Maulidul Rasul"




IRONINYA menjelang sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.

Ini juga bertepatan dengan sabdanya yang bermaksud “Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibu bapanya, anak dan manusia keseluruhannya”.

Namun setelah lebih 1400 tahun Nabi Muhammad SAW diutuskan dengan seruan untuk mentauhidkan Allah SWT serta memperelok akhlak manusia, terdapat segelintir masyarakat Islam yang masih tidak mengerti ajaran mulia yang dibawa olehnya. Perkara ini dapat dilihat daripada sudut kepercayaan, amalan syariah dan akhlak mulia yang sepatutnya sebati dalam diri individu Muslim. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen utama ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kepentingannya boleh diibaratkan seperti sebatang pokok yang tegak berdiri dek kerana akar tunjang yang menusuk bumi, dihiasi pula dengan dahan, ranting serta daun-daun menghijau yang kemudian menghasilkan buah yang enak dimakan.

Kegagalan menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup telah menyebabkan, aspek kepercayaan terhadap Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadi tonggak keutuhan akidah umat Islam tercalar lalu menyumbang gejala kerosakan akidah yang membimbangkan. Terbaharu, pendedahan sebuah kumpulan ajaran sesat di Putrajaya, jelas menyimpang daripada landasan akidah yang sebenar. Bagaimana mungkin seseorang mendakwa melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman AS, sedangkan nikmat mimpi melihat Nabi Muhammad SAW pun sukar untuk diperoleh. Begitu pula dakwaan memiliki kitab yang mempunyai petunjuk lebih jelas berbanding al-Quran merupakan pembohongan nyata yang mengelirukan umat Islam.

Gejala kerosakan akidah, berjangkit pula kepada masalah pelaksanaan undang-undang syariah, lalu ada yang berani mempersoalkan hukuman sebat kepada pesalah zina dan peminum arak. Bukankah Allah SWT dengan jelas menyatakan dalam Surah al-Maidah bahawa orang yang berzina lelaki dan perempuan hendaklah disebat dengan 100 kali sebatan, tanpa belas kasihan. Dalam konteks pelaksanaan ibadah pula, secara sedar atau tidak masih ramai yang melaksanakan ibadah tetapi di bawah indeks pencapaian kualiti ibadah (KPI) yang ditetapkan. Sebagai contoh, ramai yang solat tanpa disertai rasa khusyuk dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Begitu juga ada yang tak malu jika tidak berpuasa pada bulan Ramadan, orang kaya khuatir disindir kedekut jika tidak bersedekah ataupun pergi haji sekadar untuk mencukupkan pingat dan gelaran sedia ada. Apabila kerosakan akidah dan syariah semakin parah, ia menyumbang pula kepada kehancuran akhlak dan nilai murni yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pergaulan bebas tanpa sempadan, berpelukan, berciuman di khayalak ramai bahkan bersekedudukan seolah-olah menjadi gaya hidup kepada sesetengah masyarakat Islam.

Cara hidup yang tidak berpaksikan kecantikan akhlak Islam ini menyumbang pula kepada peningkatan maksiat, pembunuhan, buang dan bakar bayi, minum arak dan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral. Begitu juga tatacara berpakaian yang menjolok mata dan menampakkan susuk tubuh sedikit sebanyak menyumbang kepada jenayah rogol dan gangguan seksual yang menjadi-jadi. Apa yang berlaku menampakkan realiti kehidupan umat Islam hari ini lebih buruk daripada masyarakat Arab jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan. Kalau dahulu mereka sanggup menanam anak hidup-hidup kerana malu dikurniakan cahaya mata perempuan kini segelintir masyarakat Islam lebih ke hadapan kerana tergamak membunuh sesiapa sahaja tak kira bayi perempuan, lelaki hatta khunsa sekalipun kerana malu akibat keterlanjuran zina yang dilakukan.
sumber:
http://www.nurizan.com/info/sambutan-maulidur-rasul-2011-dan-sejarah/

Rabu, 9 Februari 2011

Hari Kekasih

Versi 1
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 2
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.



Ahad, 6 Februari 2011

Tamadun islam memang hebat

SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG SAINS

Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains termasuklah biologi, kimia, astronomi dan lain-lain lagi. Umat Islam Sepanyol contohnya telah menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah.
Penuntut-penuntut datang dari semua pelusuk dunia termasuklah dari Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.
Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan oleh keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkara-perkara yang menyangkut soal hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini amat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwajibkan lagi dengan zakat. Ia amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakaunan. Kewajipan ibadah Haji pula amat berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geografi dan kedoktoran.Umat Islam di arahkan agar mempertahan negara dari serangan musuh. Dengan ini mereka perlulah mendalami ilmu persenjataan dan peperangan dengan sebaik-baiknya agar Islam akan tetap terus terpelihara. Mereka menuntut ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam Allah agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna.
Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Sarjana Islam juga memperolehi pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yang dihasilkan oleh tamadun sebelumnya bagi memantap dan memperkembangkan bidang ilmu berkenaan.
Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi, dan kimia.
Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu. Antara penterjemah yang terkenal ialah Hunnaim Ibn Ishak (808 - 873M) Thabit Ibn Qurah (834 - 901M) yang telah menterjemahkan buku Element karya Euclid ke Bahasa Arab.Salah satu sumbangan Tamadun Islam dalam Matematik ialah sistem nombor yang digunakan pada hari ini (1, 2, 3, .....9). Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa diingati oleh ahli sains kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala sentiasa dirujuk. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. Kaedah ini sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas, Para sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan Sains dan Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaan-perpustakaan besar hari ini.
Untuk lebih jelas lagi sumbangan Islam dalam bidang sains cuba kita perhatikan sumbangan mereka pada setiap ilmu sains seperti kimia, biologo, fizik, perubatan, botani, matematik, astronomi, geografi dan pelayaran, kejuruteraan dan kesenian

Rabu, 2 Februari 2011

Detox-Penyahtoksin dalam badan

Berminat?Sila link website sebelah... 
Fungsi-fungsi Foot Detox Patch


Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
Mengurangkan allergic, sakit sendi,
Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
Menormalkan tekanan dan aliran darah
Menguatkan sistem immune badan
Melegakan sakit tumit & tapak kaki
Mengurangkan sembelit, Kembung perut
Membantu masalah jerawat/resdung
Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
Mengatasi masalah sukar tidur
Berpanjangan penggunaan ubat
Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
Menyegarkan ketika bangun dari tidur
Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok


KANDUNGAN

Wood Vinegar Distillate, Bamboo vinegar Extract, Carapace, Combined Plant power Distillate, Vitamin C, Cornstarch, Minus Ion.

Tanda-tanda Banyak Toksin
Kerap sakit kepala
Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab
Susah bangun tidur
Bahagian keliling mata gelap
Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit
Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi
Sinus
Berat badan meningkat
Kehadiran selulit
Masalah jerawat dan banyak lagi.









Mengapa PAS tewas di Tenang

Banyak yang telah diperkatakan berhubung pilihan raya kecil DUN Tenang sebagai pentas ujian bagi BN untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.

Ini berdasarkan komposisi kaum di kerusi campuran itu yang menjadi contoh tipikal kepada kerusi-kerusi yang dipertandingkan di di Semenanjung Malaysia.

Namun, persoalannya apakah kemenangan BN dengan majoriti 3,707 undi ini menjadi petunjuk bahawa sentimen pengundi telahpun kembali memihak kepada parti pemerintah itu? Jawapannya, ya dan tidak.

Kejadian hujan lebat dan banjir yang tidak dijangka, disifatkan warga setempat sebagai peristiwa yang lebih buruk daripada bah besar pada 2006 – banyak menjejaskan pusat-pusat pengundian di kawasan majoriti Cina.

Keadaan ini memberi kesan kepada ukuran sebenar bagi sokongan terhadap BN mahupun kepada Pakatan Rakyat, di mana peratus keluar mengundi di sesetengah kawasan adalah serendah 55 peratus seperti di Bandar Labis Tengah yang mempunyai 95 peratus pengundi Cina

Hujan dan bah tersebut juga menjadi sebab peratus keluar mengundi yang turun sehingga 66 peratus berbanding 73.52 peratus pada pilihan raya umum 2008. Hujan lebat turun sebelum pusat mengundi dibuka pada 8 pagi.

Menurut setiausaha publisiti DAP Tony Pua, peratus keluar mengundi di kalangan pengundi Cina dan India turun mendadak – di antara 23 dan 39 peratus bagi pengundi Cina dan lebih mengejutkan penurunan sebanyak 54 peratus di kalangan pengundi Cina.

Bagaimanapun, peratus keluar mengundi bagai pengundi Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak dua peratus kepada 81 peratus.

Sumber:Malaysiakini





Selasa, 1 Februari 2011

Bersanding adakah dibolehkan?






APAKAH hukum bersanding dalam Islam kerana ada yang mengatakan ia adalah budaya agama Hindu?


JAWAPAN: Tujuan asal diadakan majlis walimatulurus adalah untuk memperkenalkan pasangan yang telah diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah kepada tetamu dan para jemputan.

Persandingan hanyalah satu adat Melayu yang menjadi warisan turun-temurun sejak dahulu hingga ke hari ini.

Namun, dalam kemeriahan menyambut majlis bersejarah itu, hendaklah dipastikan syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Berdasarkan pemerhatian, sebahagian adat bersanding diambil dari budaya orang Hindu seperti adat merenjis yang bertujuan mengelak makhluk halus dan nasib buruk. Ia adalah haram dan dilarang.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis sahih Riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar RA juga berkata, bahawa Rasulullah bersabda:

"Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki di bawah bayangan tombakku dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka." (Musnad Ahmad)

Namun begitu, Islam memberi garis panduan dalam isu ini kerana sesuatu adat dan budaya itu boleh dilaksanakan selagi mana tidak bertentangan dengan syarak. Antaranya:

Pertama, majlis persandingan itu perlu dibuat secara tertutup khusus untuk ahli keluarga yang mahram sahaja. Kedua, tiada percampuran antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Ketiga, tiada pembaziran dan tiada perkara yang melalaikan.

Apa cara pun yang dilakukan, semoga syariat Allah terpelihara dan beroleh keberkatan dan keredaan-Nya.

Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter

Harga Petrol naik lagi?Bila agaknya nak turun,kebiasaan tak turun terus walaupun harga pasaran dunia menurun.Dulu bila harga petrol naik diwar-warkan terlebih dahulu tapi sekarang harga naik dulu barulah diumumkan.Mengapakah keadaan ini berlaku?


KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.


Beliau berkata, kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada AS$105 setong minggu ini berbanding AS$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekali gus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Zulkifli berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Januari lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen menjadikannya RM2.40 seliter. - Bernama

ustaz azhar idrus-api dunia