Selasa, 13 Disember 2011

Pekeliling SBPA 2011





 Klik Sini Pekeliling SBPA 2011

AMALAN YANG DITUNTUT PADA BULAN ZULHIJJAH

1. BANYAKKAN IBADAH-IBADAH SUNAT PADA 1-10 ZULHIJJAH

Digalakkan melakukan amalan sunat seperti bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, Qiamullail berpuasa dal sebagainnya. Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermasud :

Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, "Bukankah jihad fi sabililllah?" Jawab baginda, "Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit". (Riwayat Al-Bukhari)

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

2. BERPUASA SUNAT PADA 9 ZULHIJJAH

Pada tahun 2011, di Malaysia 9 Zulhijjah jatuh pada hari Sabtu. Di dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda: "Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."

3. MELAKUKAN IBADAH QURBAN

Mengikut jumhur, hukumnya adalah sunat muakkadah (sangat dituntut) setiap tahun, bagi yang mampu. Sementara Imam Abu Hanifah pula menyatakan hukumnya adalah wajib. Berqurban ini adalah di antara melahirkan kesyukuran di atas nikmat rezeki yang Allah berikan. Begitu juga jangan ada perasaan dengan berqurban ini akan mengurangkan harta kita tetapi yakinlah bahawa Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. Banyak cara pelaksaan ibadah ini sama ada melalui masjid, surau, perseorangan ataupun melaui internet.


Firman Allah SWT:"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (surah al-Hajj: 37)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

4. BERTAKBIR PADA 10, 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH.

Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Di atas adalah sebahagian amalan sunat yang di agalakkan di lakukan pada bulan Zulhijjah ini dan banyak lagi amalan-amalan lain seperti solat sunat Aidiladha, mendengar khutbah, bertaubat, meninggalkan maksiat, amar ma’ruf nahi mingkar, menuntut ilmu dan sebagainya.

Khamis, 24 November 2011

HUKUM LIWAT ISTERI

Salam ustaz. Saya nak tanya soalan yang agak peribadi sedikit. Wajibkah seorang isteri menurut kehendak suaminya yg mahu si isteri belajar dan selalu menonton video lucah sedangkan dia tahu itu adalah haram. Alasannya ialah hanya untuk belajar. Ia berkenaan dengan melakukan hubungan suami isteri melalui jalan belakang dan di luar tabie. Pertengkaran selalu berlaku hanya kerana si isteri berasa amat berdosa setiap kali melakukannya. Perlukah si isteri mengubah pendiriannya untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut?

Jawapan
Perkahwinan merupakan satu kurniaan Allah kepada hambanya, perkahwinan juga banyak hikmahnya, seperti terhindar dari zina, dapat mendorong nafsu kearah yang halal, terhindar dari penyakit, merapatkan hubungan silaturahim dan sebagainya. Perkahwinan mestilah dilayari dengan tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh pasangan, supaya perkahwinan mereka menjadi lebih barakah dan bahagia selamanya. Perkahwinan juga perlu bersandarkan kepada agama Islam, kerana Islam sahaja yang mampu atau dapat memberikan kebahgiaan kepada pasangan tersebut.

Tidak Wajib Isteri Mentaati Suami Atas Perkara Yang Mungkar

Isteri wajib mentaati perintah suami selagimana perintah suami itu tidak bercanggah dengan prinsip dan undang-undang Islam. Contohnya suami menyuruh isteri mencuri dengan tujuan untuk membantu suami menampung perbelanjaan dapur, isteri tidak wajib mengikuti perintah suami tersebut yang menyuruhnya mencuri, malah isteri wajib menegur suaminya supaya bertaubat dan mengatakan bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah di sisi Islam. Begitulah persoalan yang ditanyakan di atas bahawa hukum suami menyuruh isteri menonton filem lucah dengan alasan belajar cara berjimak adalah dosa dan haram bagi isteri yang mentaati perintah suami tersebut, kerana perintah itu jelas perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Tolong menolonglah kamu atas perbuatan baik dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong atas perbuatan keji dan dosa”.

Dosa besar bagi sesiapa yang menonton filem lucah, kerana Islam melarang umatnya menonton aurat orang lain, apatah lagi filem tersebut dapat membangkitkan syahwat orang yang menontonnya. Filem ini juga dapat menyumbangkan perlakuan maksiat dikalangan orang yang melihatnya. Salah bagi suami isteri yang melihat untuk mempelajari teknik atau adegan sex dari filem tersebut, kerana teknik sex yang ditayangkan dalam filem tersebut banyak bercanggah dengan Islam seperti liwat, tukar-tukar pasangan, sex berkumpulan, sex oral dan sebagainya. Lihat lebih lanjut perbahasan melihat filem lucah ini di sini.

Islam mempunyai cara melakukan sex yang baik dan telah diajar oleh Nabi Muhammad saw dengan memberikan kenikmatan, penuh adab, kelembutan, belaian dan tanpa mengecewakan kepada pasangan masing-masing. Banyak buku-buku di pasaran yang boleh anda baca dan pelajari cara sex yang diajar oleh Islam.

Hukum Liwat Isteri

Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram. Banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.” (Riwayat An-Nasai)

Jelas di dalam hadis di atas bahawa Islam sangat melarang umatnya melakukan hubungan sex melalui lubang dubur isterinya, kerana perbuatan ini adalah perbuatan luar tabie dan sangat dibenci oleh Allah. Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan sex dengan berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan zakarnya ke lubang faraj isterinya. Ini bertepatan dengan Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri , duduk atau meniarap (suami menindih perempuan yang meniarap dilantai) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isteri itu adalah seperti ladang yang luas, bercucuk tanamlah suami diladang tersebut dengan benda-benda yang baik, supaya suami tersebut memperolehi hasilnya nanti. Jelas bahawa isteri itu adalah tempat suami bersuka dan berkasih sayang, ini juga merupakan amanah Allah kepada suami supaya dapat dimanfaatkan dengan baik dan tidak sesekali mensia-siakan isteri dengan cara mengabaikan mereka. Firman Allah yang bermaksud :

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman.” (Al-Baqarah : 223)

Hukum bagi suami yang meliwat isterinya ialah dosa besar dan Allah akan melaknat suami yang meliwat isterinya. Pasangan yang telah melakukan liwat akan ditarik oleh Allah akan nikmat jimak di faraj sama sekali dan ia akan sentiasa terus suka melakukan hubungan sex di jalan dubur isterinya. Mereka yang suka meliwat akan ditutup pintu hatinya dan mereka terus suka melakukan sex liwat dengan lebih teruk lagi. Mereka juga akan mudah dijangkiti dengan penyakit AIDS, penyakit kelamin dan sebagainya, kerana perbuatan liwat ini adalah sangat jijik dan kotor dengan memasukkan zakar ke dubur yang jelas jalan tersebut adalah saluran najis. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” (Al-Ankabut : 28)

Lagi dalil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Allah melaknat siapa yang berbuat dengan perbuatannya kaum Luth”. (Riwayat Ahmad)

Pasangan yang telah melakukan perbuatan terkutuk dan perbuatan yang sangat dilaknat Allah ini, maka kembalilah kepangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah. Jadikan agama Islam sebagai cara hidup dan sebagai rujukan dalam semua aspek kehidupan, jauhkanlah dari menonton filem lucah, kerana musuh Islam itu sentiasa akan berusaha menyesatkan umat Islam. Allah Maha pengampun dan Maha Penerima Taubat. Jalanilah kehidupan berkeluarga dengan penuh keharmonian dan penghormatan di antara satu sama lain. Mudah-mudahan keluarga anda semua memperolehi keberkatan dan kebahgiaan dari Allah.

Peranan Isteri
Isteri wajib menolak permintaan suaminya untuk mengadakan hubungan liwat, kerana Islam tidak sama sekali meredhoi benda yang haram walaupun pasangan suami isteri. Isteri juga wajib menegur atau menasihati suaminya yang mempunyai keinginan sex luar tabi’i itu. Ini tidak dinamakan sebagai isteri yang derhaka, kerana isteri telah melakukan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumahtangga mereka.

Kalau suami ingkar dan marah sehingga sering terjadinya pergaduhan di dalam rumahtangga mereka, maka si isteri boleh membuat aduan ke Jabatan Agama Islam berdekatan tentang masalah keinginan sex suaminya yang jelas haram. Pihak jabatan agama akan terus mengambil tindakan kepada suami dengan cara memberikan kaunseling dan tindakan yang sepatutnya

SUMBER : http://www.ustaznoramin.com/

Khamis, 10 November 2011

HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG

Oleh Ustaz Zainuddin Hashim


Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.



"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka

2) Gelang Kristal

3) Gelang Tasbih

4) Gelang Getah plastik

5) Gelang Besi magnet

6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)


Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.



Khamis, 22 September 2011

KONVOKESYEN POLITEKNIK MERLIMAU KALI KE 9
TARIKH: 24SEPTEMBER 2011
TEMPAT DEWAN PLATINUM PMM
MASA: 8 PG HINGGA 5 PTG

DIJEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI

Khamis, 9 Jun 2011

BATASAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA


MAKSUD PERGAULAN
Maksud pergaulan di sini ialah bergaul atau bercampur antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain.

HUKUM ASAL PERGAULAN
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin)  adalah haram tetapi ianya tidak bersandarkan nas yang jelas (sorih) secara langsung.  Hukum asal haram ini diasaskan kepada hukum lain yang dikhususkan kepada kaum wanita kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur pergaulan di antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Antara hukum yang dimaksudkan ialah:
1.    Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram  yang didasarkan kepada hadis-hadis berikut:
Hadis riwayat Imam Bukhari  yang bermaksud: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya  mahram dan lelaki tidak harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram

Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: “ Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus bermusafir kecuali bersamanya mahram”.

Kedua-dua hadis ini melibatkan pengharaman khalwat dan larangan bergaul yang boleh difahami daripada larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram kerana
perbuatan tersebut mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki.

          2. Hukum wanita solat Jemaah di Masjid
Solat jemaah di masjid digalakkan kepada lelaki tidak kepada wanita. Malah, lebih afdhal bagi wanita untuk solat di rumah berbanding dengan di masjid. Keharusan solat di masjid bagi wanita terikat dengan syarat-syarat. Antara syaratnya ialah keizinan suami atau wali, tidak berhias dan tidak memakai bau-bauan dan tidak bercampur gaul antara lelaki dan wanita. Saf bagi wanita pula ialah mesti di belakang saf lelaki.   Penentuan syarat-syarat ini menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Jika dalam solat yang suasananya penuh taqwa, jauh daripada fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan lelaki, apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada fitnah, maka sudah tentu ianya lebih-lebih ditegah.

Sandaran hukum di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah nikah) adalah haram. Ia turut disokong oleh kaedah Fiqh iaitu Sadd al-Zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah). Kaedah Fiqh iaitu al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah  (Asal kepada sesuatu ialah harus) tidak dapat digunakan untuk menyatakan hukum asal adalah harus kerana nas-nas yang dikemukakan tadi secara tidak langsung telah mengandungi unsur larangan berlakunya pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Namun begitu, walaupun hukum asalnya adalah haram, dalam situasi dan keadaan tertentu hukum tersebut boleh berubah menjadi harus tetapi masih terikat dengan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahah syarie dan kebiasaan adat setempat.

Batasan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharuskan tetapi masih terikat dengan peraturan syariat ialah:
1. Kerana darurat
Pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan darurat. Contoh: Seorang perempuan bersendirian dalam perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersamanya dengan sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya tanpa ada tujuan lain.
2. Kerana Keperluan / kemaslahatan
Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana hajat atau keperluan syarie dibolehkan. Antaranya pergaulan bertujuan mengurus muamalah maliyah (urusan harta ) seperti jual beli, pergaulan  kerana bekerja, pergaulan kerana menjadi saksi dan juga pergaulan kerana berada dalam satu kenderaan awam bertujuan syarie, bukan untuk melakukan maksiat seperti keluar untuk ke tempat kerja, ziarah keluarga dan sebagainya serta kerana belajar. Tetapi pengasingan tempat belajar adalah lebih baik berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah).
3. Kerana mengikut adat dan kebiasaan dalam majlis-majlis.
Pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi lebih baik jika dapat diasingkan antara lelaki dan wanita ketika makan dan lain-lainnya supaya menutup pintu-pintu fitnah (sadd al-zari’ah)

Tiga sebab keharusan berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi tersebut tidak secara mutlak tetapi terikat dengan peraturan dan  syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak bagi mengelak berlakunya fitnah yang besar.

Antara peraturan syariah yang mesti diikuti bagi mengharuskan pergaulan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dinyatakan di atas ialah:
1. Menundukkan PandanganFirman Allah SWT di dalam surah an-   Nur, ayat 30  dan 31. Maksudnya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”
 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka”.
2. Menutup Aurat;
Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur, ayat 31. Maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah sesuatu yang pada adat atau kebiasaannya dapat dilihat dan sukar untuk disembunyikan termasuk baju luar, muka, dua tapak tangan dan perhiasan seperti cincin dan gelang tangan. Perhiasan di rambut dan di kepala adalah haram dan termasuk dalam kategori aurat wanita.

3. Tidak berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita   kecuali bersama mahramnya”.
                               (Hadis Riwayat Bukhari dan  Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.
                   (Hadis Riwayat Ahmad  dan Tirmidzi)

4. Tidak Melunakkan Ucapan
Wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Ahzab, ayat 32, maksudnya:
Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu semua bukanlah seperti mana perempuan-perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).)
Imam Ibnu Kathir mantafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa ianya adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW dan juga kepada para wanita mukminah iaitu hendaklah  berbicara dengan orang lain (lelaki) tanpa suara merdu iaitu janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.

5. Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)
Dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin), tidak dibenarkan berlaku sentuh menyentuh, pegang memegang, cuit mencuit dan seumpamanya walaupun dalam keadaan bergurau dan hubungan yang rapat termasuk bertunang.
Dari Maqil bin Yasar  r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sekiranya ditikam di kepala

seseorang  kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”
                                                  (Hadis Riwayat Baihaqi) .
 Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.
          (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim  dan Abu Daud).
Kesimpulan
Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah dilarang di dalam Islam. Larangan ini lebih kepada menjaga maslahah atau kepentingan manusia itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan dalam keadaan-keadaan tertentu disebabkan darurat, keperluan dan kemaslahatan serta kebiasaan adat setempat tetapi masih tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syariat sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.


Jumaat, 27 Mei 2011

Sebab Wanita dicipta daripada tulang rusuk?


Wanita tidak dicipta dari kepala laki-laki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kodrat laki-laki. Wanita tidak dicipta dari kaki, supaya wanita tidak dihinakan oleh laki-laki atau diinjak laki-laki, karena dia adalah bagian dari tubuhnya.Wanita tidak diciptakan dari tanah, karena wanita memang kodratnya tidak sama dengan laki-laki. Wanita dicipta dari tulang rusuk laki-laki, karena memang untuk dijadikan pasangan laki-laki, menjadi pendamping laki-laki, menjadi kesenangan laki-laki, memperkuat dada laki-laki dan sekaligus menjadi penyeimbang hidup laki-laki.
Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Karena itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang iga adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati. Fungsi tulang iga adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwawanita yang sudah menjadi istri, dia mempunyai 2 tugas, yaitu:
1. Membuat suami kuat dadanya.
Dada adalah lambang keberanian dan keperkasaan. Karenanya, orang yang berani akan menantang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat berkecamuknya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan jengkel. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar bisa menjadi arena untuk menyelesaikan pertengkaran segala macam rasa. Orang yang dadanya sempit akan sulit menyelesaikan masalah. Orang yang da-danya sempit mudah berputus asa, tidak punya optimisme, tidak punya semangat dan mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau berdoa kepada Allah:
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”. (QS. Thaha: 25-28)
Seorang istri harus menambahkan kekuatan suami, sehingga potensinya bisa bertambah dan berkembang menjadi berlipat-lipat. Seorang istri tidak hanya sekedar memberikan dorongan, tetapi dia menjadi bagian dari kekuatan dada suami. Jadi sesungguhnya wanita adalah dada suami.
Dada adalah kebanggaan, dan di dalam dada ada keberanian dan kekuatan dahsyat. Dada bagi wanita adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.
2. Menjaga hati suami.
Hati adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada kebahagiaan. Istri seharusnya makin mempertebal keimanan sua-mi. Istri seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Istri seharusnya menyenangkan hati suami. Istri seharusnya menjaga hati suami agar tidak berpaling ke lain hati. Karenanya orang yang sudah punya istri seharusnya hidupnya bahagia dan imannya semakin mantap.

Khamis, 26 Mei 2011

Kenapa Harga Petrol naik?


Minyak naik lagi, setiap kali keluar berita kenaikan harga petrol mesti ramai yang mengeluh dan tak puas hati. Baru naik ROM97 naik tapi tak ramai yang mengeluh sebab majoriti rakyat Malaysia guna RON95. Sekarang desas-desus RON95 pula ‘terpaksa’ dinaikkan oleh kerajaanMalaysia. Kenapa nak kena naik? sebab harga minyak dunia naik? Masa harga minyak dunia turun, harga kat Malaysia tak turun pun. Harga minyak dunia memang tak pernah stabil, ada naik turun.
Saya sendiri pun tak paham kenapa perlu dinaikkan, kenapa dengan subsidi dan macam-macam hal berkaitan. Alasan kerajaan kali ni sebab terpaksa naikkan RON95 kerana kadar subsidi dah lebih. Tak tahu la macam mana kira-kira mereka, kita sebagai rakyat cuma tak nak harga barang naik.
Rakyat tak perlu menanggung beban kerajaan, pihak kerajaan harus berusaha menangani masalah mereka tanpa membabitkan rakyat. Tiap-tiap tahun rakyat dah menunaikan kewajipan dengan berbagai-bagai jenis cukai.
Alasan utama kerajaan adalah kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu. RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu.

Rabu, 4 Mei 2011

Perlukah kita bersumpah Laknat?


Sekali lagi isu sumpah berdengung hebat di dalam negara kita. Dalam peruntukan perundangan Islam, amalan sumpah wujud dengan syarat-syarat tertentu, bagi mensabitkan sesuatu dakwaan atau menolaknya. Apabila itu dilakukan, bermakna individu yang bersumpah sedang menyandarkan inti yang dikatakannya kepada Allah. Tindakan itu menjadikan inti yang didakwa atau bantah itu mempunyai suatu ‘weight’ menurut perspektif hukum Islam atau secara spiritual, malah juga mempunyai pengaruh di dalam menagih keyakinan dan kepercayaan hakim dan masyarakat umat Islam.
 Ramai yang bertanya saya pandangan berkenaan sumpah yang dilakukan oleh orang-orang politik dengan bermotifkan politik tentunya. Sebenarnya, eloknya sokongan yang diinginkan tidaklah digunakan mana-mana kaedah-kaedah Islam sebagai platformnya. Ada yang berusaha untuk menjadikan satu peraturan dalam hukum Islam iaitu sumpah dengan nama Allah sebagai senjata dalam politik kepartian. Bagi saya,itu kurang sihat.

Bagi mereka yang sudi membaca dan menyelak lembaran artikel ini, saya nasihatkan agar membaca dengan tenang sehingga habis sebelum membuat sebarang tanggapan dan komentar. Itu perlu bagi mendapatkan gambaran jelas kandungan artikel ini.

WUJUDKAH SUMPAH LAKNAT DALAM HAL TUDUH ZINA?
 Kembali kepada isu terkini iaitu ‘sumpah laknat’ yang dilakukan oleh Dato’ Eskay di dalam masjid tempohari sambil memegang dan mencium Al-Quran. Oleh kerana sumpah tersebut dilakukan atas dasar dan prinsip hukum agama, bagi dianggap sah dan mempunyai nilai, cara ia dilakukan mestilah disandarkan kepada dalil khusus dari Al-Quran atau Al-Hadis. Oleh itu, menjadi satu KEMESTIAN bagi memastikan sumbernya dalam hukum Islam dan betul pula cara pelaksanaannya.

Kedua hal tersebut mesti disemak sebelum inti sesuatu sumpah itu diterima oleh orang ramai dan pihak berkuasa sebagai mempunyai ‘sesuatu kekuatan’ untuk menyokong kes individu yang melakukan bersumpah.

Secara ringkasnya, membaca pandangan beberapa tokoh ilmuan tanahair dalam hal sumpah laknat ini, saya bersetuju dengan pandangan beberapa mereka yang secara ringkasnya berkata, sumpah yang dilakukan itu :-

1.       TIDAK PERLU; disebabkan proses mahkamah perlu dinantikan bagi menjamin keadilan bagi semua pihak. Maruah adalah isu besar dalam Islam, justeru, setiap kes yang boleh memalukan dan tidak lagi dipastikan benar atau salah, mestilah dibicarakan secara adil di tempat perbicaraan yang tertutup.

2.       TIDAK TERPAKAI; sumpah laknat dengan nama Allah itu tidak dikira terpakai atau sah, kerana sumpah laknat atau li’an hanya wujud untuk urusan suami isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina, sebagaimana wujud peruntukan di dalam Al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-8. Ertinya :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (An-Nur 6-7)

Justeru, sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal menuduh zina individu lain adalah SATU TINDAKAN SALAH atau REKA CIPTA DALAM URUSAN AGAMA yang tidak dibenarkan oleh Islam. Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak, disebabkan ia memungkinkan individu secara bebas mencipta peruntukan baru tanpa sebarang basis atau sandaran dalil.

3.       MENGELIRUKAN; Protokol sumpah tersebut dilaksanakan secara sangat mengelirukan dan ada juga yang kurang tepat, ini kerana bersumpah sambil memegang al-Quran bukanlah satu keperluan. Nabi bersabda :-
فمن كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت
Ertinya : Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari)

Melakukannya di dalam masjid adalah HARUS menurut mazhab Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis nabi bahawa pernah kes kehakiman dan pertelingkahan serta sumpah laknat antara suami isteri dijalankan di masjid pada zaman Nabi s.a.w. ( rujuk Fath Al-Bari, 3/133 ; Syarah sohih Muslim An-Nawawi, 1/121 ).

Bagaimanapun mazhab Syafie menganggap melakukan urusan sumpah dan perbincangan pertikaian hak serta tuduh menuduh di dalam masjid adalah MAKRUH. (Fath al-Aziz, Al-Rafi’e, 8/165 ; Al-Muhazzab, Al-Shirazi, 2/293)

Apapun, kita tidak mahu, kaedah dan cara khususnya memegang Al-Quran ketika bersumpah dan dibuat di dalam masjid sedang telah wujud mahkamah, menjadi syarat dan kebiasaan masyarakat kita, hingga disalahfahami oleh ramai sehingga merasakan ia adalah kaedah dan cara sebenar pelaksanaan sumpah li’an. Sumpah laknat yang sebenarnya, perlu dilakukan di dalam proses mahkamah dengan empat kali, DIIKUTI yang kelima sumpah laknat dan IA TIDAK untuk tontonan dan sebaran awam.

4.       Sumpah mubahalah juga tidak perlu dan tidak terpakai, kerana sumpah mubahalah memerlukan kedua-dua belah pihak untuk bertemu dan sama-sama bersetuju.


WALAUPUN BEGITU, SUMPAH BIASA MASIH SAH

Pun begitu, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes yang dirujuk adalah hanya sumpah biasa, bukan sumpah laknat. Sumpah biasa boleh dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.

Namun SUMPAH BIASA ini sepatutnya hanya dilakukan sesudahkan ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan di mahkamah. Apakah bayyinah ini?

KEPERLUAN 'BAYYINAH' SEBELUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH
 Di dalam Islam, setiap individu adalah dianggap TIDAK BERSALAH selagi belum dibuktikan bersalah.  Prinsip ini datang dari pelbagai dalil dan disimpulkan oleh para ulama dalam kaedah dan dalil berikut :-
 Hadis Nabi :-

لو يعطى الناس بدعواهم؛ لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر

Ertinya : Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan akan individu yang mendakwa milikya harta satu kaum yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang mengingkari (bukti tadi). ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
 Kaedah Fiqh :
الأصل برآءة الذمة
Ertinya : Hukum asal (bagi semua individu) adalah bebas dirinya dari tanggungan.

Dan satu lagi kaedahnya :
اليقين لا يزول بالشك
Ertinya : Yakin ( iaitu asal semua individu sebagai tidak bersalah), tidak akan dapat dihilangkan oleh bukti-bukti yang bertaraf syak.
 Juga satu prinsip yang berbunyi
ان الشك يفسر لمصلحة المتهم
Ertinya : Sesungguhnya sebarang keraguan ( tidak kukuh bukti dakwaan), akan ditafsirkan sebagai menyebelahi pihak tertuduh (untuk membuktikannya tidak bersalah)

Berkata Az-Zubaydi
قاعدة أصولية مفادها أن الأصل براءة ذمة المكلف عن التكليف المشكوك
Ertinya : Kaedah di atas adalah kaedah usul yang kandungannya menyatakan bahawa asal bagi semua individu yang mukallaf adalah bebas dari dakwaan & tuduhan yang diragukan. (Az-Zubaydi,  Taj Al-Urus)

AL-BAYYINAH yang disebut di dalam hadis nabi di atas AMAT diperlukan bagi mewajibkan sumpah ingkar dan bantah dari tertuduh, tanpanya, sumpah tertuduh TIDAK WAJIB sama sekali.

Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (10/139) dan para ulama menjelaskan ringkasan bahawa untuk mendapatkan bayyinah, ia bergantung kepada kes yang dibawa seperti berikut :
 1. Zina dan liwat
Syarat untuk penuhi bayyinah : Empat saksi adil atau pengakuan pelaku.
2. Hukum hudud yang lain seperti bunuh, qazaf, murtad dan lainnya.
Syarat untuk penuhi bayyinah : saksi dua lelaki adil dan sumpah dibenarkan.
3. Jual beli, dan lain-lain pertikaian melibatkan isu harta dan pemilikan kewangan
Syarat untuk penuhi bayyinah : dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang wanita ( sebagaimana disebut di dalam Al-Quran) dan sumpah dibenarkan.
4. Penyusuan, kelahiran, dara dan tamat iddah
Syarat untuk penuhi bayyinah : Seorang wanita yang adil.
Justeru, perlu ditegaskan dalam hal zina dan liwat, bagi menganggap bersalah, salah satu antara dua cara ini mestilah menjadi jalannya, iaitu :-

  • IQRAR ATAU PENGAKUAN SUKARELA secara insaf oleh pelaku bahwa dia melakukan sesuatu kesalahan itu, sama ada mencuri, berzina, liwat, membunuh dan sebagainya. Sebagaimana yang dilakukan oleh pemuda bernama Ma’iz bin Malik Al-Aslami di zaman Nabi Muhammad s.a.w

  • EMPAT SAKSI LELAKI YANG ADIL; Khusus bagi kes zina dan liwat, sesiapa yang menuduh mestilah membawakan empat orang saksi yang adil lelaki bagi mensabitkan kesalahan pada hukum Islam. Selagi tiada saksi sebegitu, kes MASIH BOLEH diadili tetapi IA BUKAN LAGI TERMASUK DALAM KES HUDUD BAGI SI TERTUDUH. Manakala yang menuduh tanpa empat saksi pula BAKAL DISABITKAN KESALAHAN QAZAF, penuduh hanya boleh terselamat dari hukuman qazaf (yang perlu dilaksanakan di dunia, jika tiada, hukumannya menanti di akhirat amat berat) apabila membawakan 4 saksi seperti di atas atau membawa kes tanpa 4 saksi secara senyap dan tertutup untuk perbicaraan di mahkamah. Di sana, hakim mahkamah akan menyemak semua bukti-bukti tambahan sama ada video, DNA, gambar dan sebagainya untuk beliau menjatuhkan sebarang keputusan di bawah peruntukan ta’zir.

LEPAS ‘BAYYINAH’, BARU KITA NANTIKAN BANTAHAN

Kerana asal setiap indiivdu TIDAK BERSALAH sehingga dibuktikan sebaliknya, setelah bayyinah dipersembahkan, barulah tindakan menjawab bayyinah perlu dilakukan oleh tertuduh.

Bantahan dan keingkaran hanya diperlukan apabila pihak pendakwa berjaya membawakan bukti yang sah dan diterima oleh pihak qadhi atau hakim. Pihak hakim pula perlu memberikan masa yang sesuai untuk tertuduh membela diri. Namun tertuduh tidak boleh sengaja senyap sunyi tanpa membawakan hujjah balas, bantahan dan ingkaran terhadap bukti yang dibawa. ( Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 16/63; As-Syarh Al-Kabir, Ad-Dardir, 4/151)
Sumber: Zaharuddin.net

ustaz azhar idrus-api dunia