Selasa, 23 Mei 2017

Status Darah Sebelum Bersalin






Soalan
Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.
Jawapan Uzar
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :

Mazhab Hanafi & Hanbali  : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.
Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-
فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض


Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :"Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID" ( Al-Majmu', 1/412)

Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman

Sabtu, 20 Mei 2017

Keputusan tilawah al quran 2017 peringkat antarabangsa

Keputusan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 1438H/2017M

Hafazan Lelaki:
30 Juzuk
1. 94.00% - Sinegal
2. 93.95% - Malaysia
3. 93.94% - Qatar

Hafazan Perempuan:
30 Juzuk
1. 92.76% - Nigeria
2. 91.51% - Palestin
3. 89.14% - Sinegal

Tilawah Lelaki:
1. 89.96% - Iran
2. 89.58% - Brunei
3. 89.09% - Malaysia
4. 85.71% - Kanada
5. 85.55% - Singapura

Tilawah Perempuan:
1. 91.52% - Malaysia
2. 86.63% - Brunei
3. 86.01% - Singapura
4. 84.96% - Thailand
5. 84.50% - Maghribi

Tahniah Diucapkan 👍🏻

Jumaat, 19 Mei 2017

Cara taip simbol unik pada Keyboard


Copyright (©)  Alt, 0, 1, 6, 9
Trademark ( ™ )  Alt, 0, 1, 5, 3
Registered (®)  Alt, 0, 1, 7, 4
Bullet ( • )  Alt, 0, 1, 4, 9
Ellipsis (…) Alt, 0, 1, 3, 3
“EN” Dash ( – ) Alt, 0, 1, 5, 0
“EM” Dash ( — ) Alt, 0, 1, 5, 1
Paragraph (Pilcrow) ( ¶ ) Alt, 0, 1, 8, 2
Pound (£) Alt 0, 1, 6, 3
Euro ( € ) Alt, 0, 1, 2, 8
Cents (¢) Alt, 0, 1, 6, 2
One-half (½) Alt, 0, 1, 8, 9
French accent (à) Alt, 0, 2, 2, 4
French accent (ç) Alt, 0, 2, 3, 1
French accent (è) Alt, 0, 2, 3, 2
French accent (é) Alt, 0, 2, 3, 3
French accent (ê) Alt, 0, 2, 3, 4
German accent (ü) Alt, 0, 2, 5, 2
Spanish accent (ñ) Alt, 0, 2, 4, 1
¿ – 0191
À – 0192
Á – 0193
 – 0194
à – 0195
Ä – 0196
Å – 0197
Æ – 0198
Ç – 0199
È – 0200
É – 0201
Ê – 0202
Ë – 0203
Ì – 0204
Í – 0205
Î – 0206
Ï – 0207
Ð – 0208
Ñ – 0209
Ò – 0210
Ó – 0211
Ô – 0212
Õ – 0213
Ö – 0214
Ø – 0216
Ù – 0217
Ú – 0218
Û – 0219
Ü – 0220
Ý – 0221
Þ – 0222
ß – 0223
à – 0224
á – 0225
â – 0226
ã – 0227
ä – 0228
å – 0229
æ – 0230
ç – 0231
è – 0232
é – 0233
ê – 0234
ë – 0235
ì – 0236
í – 0237
î – 0238
ï – 0239
ð – 0240
ñ – 0241
ò – 0242
ó – 0243
ô – 0244
õ – 0245
ö – 0246
ù – 0249
ú – 0250
û – 0251
ü – 0252
ý – 0253
þ – 0254
ÿ – 0255


Selasa, 16 Mei 2017

DOA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA PMM 2017



, والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini DALAM MESYUARAT AGUNG PUSPANITA, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Ya Allah ta tuhan kami ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan sekalian dosa muslimin dan muslimat. Kau anugerahkanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, iman yang mantap, hati yang sentiasa mengingatimu dan kekalkan hati-hati kami istiqamah dalam mentaati perintahmu Ya Allah.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kami sedar Ya Allah, bahawa tugas memartabatkan pendidikan negara bukanlah suatu yang mudah. Tanpa muafakat dan sepakat, tanpa roh dan semangat kependidikan, jua tanpa redha dan restu Mu, maka sukar bagi kami meneruskan perjuangan mencapai kecemerlangan pendidikan.

Justeru itu … Ya Allah Permudahkanlah urusan kami. Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan berpandangan jauh. Kurniakanlah apakiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya tahan. Padukanlah tenaga, usaha dan pemikiran kami. Eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, dengan bijaksana dan diredhai, bagi menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan demi  menjana kecemerlangan pendidikan negara.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hambamu tidak akan terlepas dari Sunnah alam kurniaanmu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang jesteru dengan dengan kudrat iradahmu serta kuasa ungkapan kun fayakun mu, maka jadikanlah pertermuan kami ini adalah pertemuan yang diberkati dan perpisahan kami nanti adalah perpisahan yang dirahmati.


اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما
اللهم ألف بين قلوبنا وأصلح ذات بيننا واهدنا سبل السلام
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين


25 MEI 2017 (AGM PUSPANITA PMM) 





Khamis, 4 Mei 2017

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE





kredit photo: adibtweets

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE GUNA MAYBANK2U

1-LOGIN

2- PILIH BILL PAYMENT

3-KLIK ONE OF PAYMENT

4-PADAS BAHAGIAN KATEGORI PILIH ZAKAT DAN CHARITY

5-KEMUDIAN PILIH SENARAI PUSAT ZAKAT YANG ANDA DUDUKI SEKARANG

6-PADA TYPE OF ZAKAT PILIH ZAKAT FITRAH DAN MASUKKAN JUMLAH YANG INGIN     DIBAYAR




APA HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE?


Zakat sah disisi seseorang apabila memenuhi 2 perkara iaitu niat zakat dan pemindahan harta zakat.
Menurut Syaikh Yusuf Al-Qardhawi, dalam Fiqhuzzakat-nya, berpendapat bahwa seorang pemberi zakat tidak harus menyatakan secara KHUSUS kepada mustahik bahwa dana yang ia berikan adalah zakat. Oleh kerana itu, apabila seseorang muzakki (pemberi zakat) tanpa menyatakan kepada penerima zakat bahawa wang yang ia serahkan adalah zakat, maka zakatnya tetap sah. Dengan demikian, seseorang itu boleh menyerahkan zakatnya secara online kepada lembaga amil zakat. Sandaran ini adalah berdasarkan dalil al-Quran surah al baqarah ayat 185.

Merujuk Fatwa negeri Sekangor-
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau      pasca bayar.

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit   

ustaz azhar idrus-api dunia