Khamis, 4 Mei 2017

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE





kredit photo: adibtweets

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE GUNA MAYBANK2U

1-LOGIN

2- PILIH BILL PAYMENT

3-KLIK ONE OF PAYMENT

4-PADAS BAHAGIAN KATEGORI PILIH ZAKAT DAN CHARITY

5-KEMUDIAN PILIH SENARAI PUSAT ZAKAT YANG ANDA DUDUKI SEKARANG

6-PADA TYPE OF ZAKAT PILIH ZAKAT FITRAH DAN MASUKKAN JUMLAH YANG INGIN     DIBAYAR




APA HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE?


Zakat sah disisi seseorang apabila memenuhi 2 perkara iaitu niat zakat dan pemindahan harta zakat.
Menurut Syaikh Yusuf Al-Qardhawi, dalam Fiqhuzzakat-nya, berpendapat bahwa seorang pemberi zakat tidak harus menyatakan secara KHUSUS kepada mustahik bahwa dana yang ia berikan adalah zakat. Oleh kerana itu, apabila seseorang muzakki (pemberi zakat) tanpa menyatakan kepada penerima zakat bahawa wang yang ia serahkan adalah zakat, maka zakatnya tetap sah. Dengan demikian, seseorang itu boleh menyerahkan zakatnya secara online kepada lembaga amil zakat. Sandaran ini adalah berdasarkan dalil al-Quran surah al baqarah ayat 185.

Merujuk Fatwa negeri Sekangor-
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau      pasca bayar.

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ustaz azhar idrus-api dunia