Selasa, 16 Mei 2017

DOA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA PMM 2017



, والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini DALAM MESYUARAT AGUNG PUSPANITA, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Ya Allah ta tuhan kami ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan sekalian dosa muslimin dan muslimat. Kau anugerahkanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, iman yang mantap, hati yang sentiasa mengingatimu dan kekalkan hati-hati kami istiqamah dalam mentaati perintahmu Ya Allah.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kami sedar Ya Allah, bahawa tugas memartabatkan pendidikan negara bukanlah suatu yang mudah. Tanpa muafakat dan sepakat, tanpa roh dan semangat kependidikan, jua tanpa redha dan restu Mu, maka sukar bagi kami meneruskan perjuangan mencapai kecemerlangan pendidikan.

Justeru itu … Ya Allah Permudahkanlah urusan kami. Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan berpandangan jauh. Kurniakanlah apakiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya tahan. Padukanlah tenaga, usaha dan pemikiran kami. Eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, dengan bijaksana dan diredhai, bagi menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan demi  menjana kecemerlangan pendidikan negara.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hambamu tidak akan terlepas dari Sunnah alam kurniaanmu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang jesteru dengan dengan kudrat iradahmu serta kuasa ungkapan kun fayakun mu, maka jadikanlah pertermuan kami ini adalah pertemuan yang diberkati dan perpisahan kami nanti adalah perpisahan yang dirahmati.


اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما
اللهم ألف بين قلوبنا وأصلح ذات بيننا واهدنا سبل السلام
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين


25 MEI 2017 (AGM PUSPANITA PMM) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ustaz azhar idrus-api dunia