Jumaat, 23 Disember 2016

Doa Majlis Persaraan

DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN / PERPINDAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di MAJLIS  SEMPENA PERSARAAN / PERPINDAHAN………………………. (nama), Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru kami berhimpun di sini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di SK …………...

Allahumma Ya Mudabbiral amri
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Seperti mana lafaz yang sama-sama kita ungkapkan

قل ان صلاتي ونسكي ومحيي ومماتي لله رب العلمين

Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini. Iringilah bersama detik-detik persaraan / perpindahan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram

Kurniakanlah apakiranya kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami. Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما
أللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النا


وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

In team#PMM 2016

BUTIRAN AKTIVITI

         Program konsert inteam ini telah berlangsung pada 21 Disember 2016 pada hari Rabu bersamaan 21 Rabiulawal 1438 . Program tersebut telah dijalankan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau,Melaka dengan kehadiran kumpulan Inteam .
       Program tersebut dianjurkan oleh Festival Pusat Islam An-Nur Politeknik Merlimau ,Melaka bersempena dengan Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal yang lalu . Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Politeknik Merlimau , Seterusnya dimulakan dengan selawat ke atas Rasul & Nabi .
       Kehadiran kumpulan Inteam  tersebut  dihadiri oleh staf ,pelajar  warga Politeknik Merlimau ,Melaka dan warga sekitar Merlimau .Program tersebut mendapat sambutan yang menghangatkan dengan alunan lagu nasyid kumpulan Inteam dan ceramah yang disampaikan  juga menarik perhatian yang hadir dengan cenderahati yang diberikan cukup memanfaat.




Khamis, 20 Oktober 2016

Rabu, 5 Oktober 2016

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN BATTLE BEAT OF NASYID PMM

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN BATTLE BEAT OF NASYID PMM
ANJURAN KELAB NASYID DAN USKK

No giliran__________________________ Nama Kumpulan_________________________________
BIL
ASPEK
MARKAH PENUH
MARKAH YG DIPEROLEHI
CATATAN

1
LIRIK- isi Bahasa kesinambungan
20



2
LAGU
25



3
PERSEMBAHAN-gaya, keceriaan dan disiplin
20



4
SUARA-suara solo dan kesepaduan
25



5
KREATIVITI
10




JUMLAH
100





Jumaat, 8 April 2016

IBU BAPA YANG CEMERLANG

ASSALAMUALAIKUM...


Anda ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang?semua orang ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang. Oleh itu apakah ciri-cirinya? terdapat 4 keperluan yang perlu dipenuhi untuk menjadi ibu bapa cemerlang dan seterusnya membentuk kemenjadian generasi yang hebat.

Langkah 1: Memenuhi keperluan fizikal dan material.
kejayaan ibu bapa memenuhi kehendak fizikal dan material anak seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan perubatan sebenarnya hanya memenuhi sebilangan kecil sahaja tuntutan kecemerlangan ibu bapa kerana ia adalah nafkah wajib terhadap anakknya.oleh itu kita belum lagi boleh dianggap sebagai cemerlang.

Langkah 2 :Memenuhi keperluan akal atau pemikiran
Ibu bapa juga perlu memenuhi keperluan akal anak-anak iaitu ilmu.Sudah semestinya untuk menuntut ilmu memerlukan kelangkapan belajar seperti buku, alat tulis dan sebagainya.

Langkah 3: Memenuhi keperluan emosi
Keperluan emosi juga perlu diambil berat oleh ibu bapa selepas memenuhi keperluan fizikal, akal dan material. Keperluan emosi ini agak sukar untuk dipenuhi dengan sempurna. keperluan emosi anak harus dibelai, dihargai dan didengari.

Langkah 4: memenuhi keperluan jiwa.
Keperluan jiwa anak juga mesti dipenuhi. Ibu bapa mesti menonjolkan teladan yang baik,berakhlak mazmumah, aspek keimanan dan akidah kepada Allah wajib ditekankan supaya menjadi anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan dan memberi pahala apabila ibu bapa meninggal kelak.


sekian,berjumpa lagi.

ustaz azhar idrus-api dunia