DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN / PERPINDAHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على
سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .
Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan
pada malam ini, di MAJLIS SEMPENA
PERSARAAN / PERPINDAHAN………………………. (nama), Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu
jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru kami berhimpun di sini pada malam ini, bagi
menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti
yang telah disumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di SK …………...
Allahumma Ya Mudabbiral amri
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau
jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh
perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Seperti mana lafaz yang
sama-sama kita ungkapkan
قل ان صلاتي ونسكي ومحيي ومماتي لله رب
العلمين
Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang
Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat
Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta, jua dalam kehidupan
kami yang masih di alam persada ini. Iringilah bersama detik-detik persaraan / perpindahan
beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti,
kepada agama , bangsa dan negara.
Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram
Kurniakanlah apakiranya kepada
kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah
minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami. Kami pohon padaMu Ya
Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat permuafakatan dan silaturahim
yang murni dan sejati.
اللهم اجعل جمعنا هذا
جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من
يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما
أللهم بارك لنا فيما
رزقتنا وقنا عذاب النار
اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين
سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النا
وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين
doa yang baik...minta izin copy dan edit
BalasPadamsilakan.semoga beroleh manfaat
Padammohon izin guna doa
BalasPadamminta izin untuk copy.
BalasPadamMohon keizinan dikongsikan...Tk
BalasPadammohon izin dibacakan.
BalasPadammohon izin disalin dan gunakan doa ini ya tuan. Terima kasih tuan.
BalasPadam