Jumaat, 29 Ogos 2014

Apakah Hukum memakai Baju bergambar ketika solat?





MALAYSIA adalah negara majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.  Masyarakat Melayu  beragama Islam mempunyai komposisi bilangan penduduk yang tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Sudah pasti segala perilaku, tindakan, pakaian dan pelbagai lagi tertakluk kepada hukum-hukum Islam yang begitu unik dan bersifat universal.

Boleh @ tidak

Pendakwah, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, dalam soal  pakaian sebagai contoh, kita lihat ramai masyarakat Islam khususnya remaja dan dewasa mahupun golongan sedang meningkat tua memakai pakaian yang berasaskan fesyen yang diminati.

Ada yang memakai pakaian yang mempunyai gambar tumbuhan, kereta lumba, wanita, tengkorak,  kartun, logo dan nama pasukan kelab bola sepak dan pelbagai lagi.

Pakaian yang mereka pakai kadang-kadang digunakan mendirikan  solat sama ada di masjid, surau dan sebagainya.

"Secara umumnya pakaian yang haram digunakan untuk solat dapat dibahagikan kepada dua.

Pertama pakaian bernajis dan pakaian yang dirampas. Kedua, pakaian lelaki yang diperbuat daripada sutera, pakaian bersulam emas, dipakai Islam.

Ini adalah bersandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Diharamkan pakaian sutera dan emas bagi kaum lelaki umatku tetapi tidak diharamkan  untuk kaum wanitanya."

"Walaupun begitu dalam soal pemakaian baju atau seluar dan seumpamanya yang mempunyai lakaran tertentu ketika menunaikan solat, ia dikategorikan kepada tiga:-

Pertama; memakai pakaian yang mempunyai gambar makhluk tidak bernyawa seperti kereta F1, motosikal berkuasa besar, kapal terbang, rumah, pokok, laut, bunga, dan sebagainya lagi adalah harus dan tidak menjadi satu kesalahan.

Kedua; memakai pakaian yang mempunyai gambar makhluk yang bernyawa seperti singa, harimau, burung, kartun, tengkorak, kumpulan rock heavy mental, gambar ahli politik dan sebagainya lagi.

Ketiga; memakai pakaian yang mempunyai gambar dilarang Islam seperti wanita tidak menutup aurat, berunsur seks, bogel, gambar yang mengajak manusia ke arah suka kepada hiburan dunia semata-mata dan sebagainya lagi," katanya kepada Rehal.

Peduli dengan gambar

Justeru itu dalam soal berpakaian dalam solat ini perlu diberi perhatian memandangkan ramai yang tidak peduli perihal gambar yang ada di baju atau pakaian mereka dengan alasan yang penting adalah mendirikan solat.

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ini juga menjelaskan, sebenarnya solat ini perlu dilaksanakan secara berkualiti dan penuh dengan kekhusyukan kepada ALLAH.

Cuba elakkan perkara yang boleh menjejaskan kualiti solat kita kepadaNya. Abu Talhah  meriwayatkan bahawa  mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan gambar".

"Begitu juga dengan peristiwa di zaman Rasulullah SAW di mana Aisyah mempunyai sehelai tabir nipis yang digunakan untuk menutupi satu penjuru di rumahnya.

Rasulullah SAW mengarahkan Aisyah agar buangkan tabir tersebut kerana gambarnya sering terbayang (mengganggu) dalam solat Rasulullah SAW.

"Ini memberi penjelasan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam khususnya berkaitan dengan proses solat maka janganlah kita sewenang-wenang membeli dan pakai ketika solat.

Selain itu pakaian yang mempunyai gambar-gambar yang boleh mengganggu kekhusyukan dan perhatian orang lain ketika solat juga perlu dielakkan," katanya.

Menurutnya, pakaian yang paling sesuai ketika solat ialah pakaian yang menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan.

Firman ALLAH yang bermaksud: "...pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat)..." (Surah al-A’raf: 31)

Tutup aurat

Bagi masyarakat Islam di Malaysia kebanyakan mereka memakai baju Melayu. Ini tidak menjadi kesalahan asalkan ia menutup aurat. Begitu juga jika seseorang itu memakai pakaian berbunga ketika solat maka ia diharuskan dan tidak menjadi kesalahan.

Dalam erti kata lain seseorang boleh menunaikan solat dengan memakai pakaian yang sangat cantik setiap kali hendak menghadap ALLAH dalam solat.

Janganlah kita hanya mengamalkan memakai pakaian yang cantik dan mahal ketika ke tempat kerja, kenduri dan hari raya sahaja tetapi ketika kita sedang menghadap ALLAH yang menciptakan kita dalam solat lima waktu sehari semalam, kita hanya memakai pakaian yang murah, berbaju singlet, berkain pelekat sahaja tanpa baju dan sebagainya lagi. Janganlah kita mempunyai sifat bakhil
dalam perkara yang berkaitan dengan solat.

Aurat bagi seorang lelaki ialah di bawah pusat hingga di bawah lutut. Semua imam mazhab  mensyaratkan menutup aurat supaya solat menjadi sah.

Dalam erti kata lain seseorang lelaki yang memakai pakaian yang menutupi anggota badannya bermula di bawah pusat hingga di bawah lutut maka ia dibolehkan untuk bersolat.

Solat dengan hanya memakai seluar (di bawah pusat hingga di bawah lutut) tanpa baju tetapi masih lagi dalam batas aurat bagi seseorang lelaki, maka ia dibolehkan jika seseorang itu melakukannya kerana ingin menunjukkan rasa rendah diri dan menambahkan kekhusyukan ibadah kepada ALLAH.

Namun perkara ini akan menjadi makruh sekiranya seseorang lelaki yang mampu mempunyai pakaian atau pun ada pakaian yang mampu menutupi bahagian atas badan tetapi tidak digunakan untuk bersolat sebaliknya hanya memakai seluar atau kain pelekat sahaja maka ia dikira makruh.

Aurat seseorang Islam wajib dipelihara sama ada di dalam solat mahupun di luar solat. Aurat bagi seseorang wanita Islam yang ingin mengerjakan solat semestinya anggota badannya ditutupi dengan sesuatu yang tidak menampakkan warna kulit seperti kain yang tebal.

Sekiranya pakaian yang menutupi anggota badannya masih boleh menampakkan warna kulit dan pelbagai lagi seperti memakai telekung yang jarang serta nipis,  maka hukumnya tidak harus memakai telekung tersebut kerana hakikat penutupan yang sebenarnya tidak terlaksana dengan cara pakaian tersebut.

Maka telekung yang nipis itu perlu dia gantikan dengan kain telekung tebal yang mampu melindungi anggota badan dari ternampak.

Ini kerana salah satu syarat penutup aurat  ialah wajib menutup aurat dengan kain yang tebal atau kulit atau kertas yang boleh menyembunyikan warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya.

Jika kain nipis atau jarang boleh menampakkan apa yang di bawahnya atau membayangkan warna kulitnya seperti cerah atau kemerah-merahan, maka tidak sah solat dengannya kerana tidak mencapai tujuan menutup aurat.

Kesimpulannya, walaupun kain telekung yang diperbuat daripada kain tebal atau kain licin, kain telekung berwarna hitam putih dan berwarna-warni serta berbunga-bunga boleh digunakan untuk bersolat, elakkan sifat riak dan takabbur dengan kain telekung yang kita miliki kerana kadang-kadang dengan sifat riak dan takabbur yang kita miliki ini akan menjejaskan kualiti ibadah solat kita kepada ALLAH.

sumber: Sinar harian

Rabu, 27 Ogos 2014

Khamis, 21 Ogos 2014

Rabu, 20 Ogos 2014

Contoh tajuk dan abstrak

KAJIAN RINTIS TERHADAP PENCAPAIAN MATLAMAT OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) DAN STRATEGI PEMBELAJARAN KENDIRI PENDIDIKAN ISLAM

A PILOT STUDY OF ACHIEVING THE OBJECTIVES OF OUTCOME-BASED EDUCATION AND SELF-REGULATED LEARNING STRATEGIES OF ISLAMIC STUDIES

Ahmad Firdaus Mohd Noor
Fakulti Tamadun Islam , Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
No.Tel : 05-545 7656 Email : afirdaus@jpa.puo.edu.my

Khairunnisa Binti A Shukor
Fakulti Tamadun Islam , Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
No.Tel : 05-545 7656 Email : nisafirni83@gmail.com

Nur Afifah Binti Saharudin
Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
No.Tel : 05-545 7656 Email : fifa6783@gmail.com

Abstrak:
Enter Once
 
1.0 spacing line text
 
Text Box: Abstrak Bahasa Inggeris sahaja ditulis dengan tidak melebihi  150 patah perkataanOBE approach has already been practiced in educational institutions in Malaysia, whether in primary, secondary or higher education. The use of OBE approach has become an alternative to traditional educational methodology, which preparing the students before entering the working world and to face the challenges of life after completing their study. Students who have taken course in Islamic Studies I in a polytechnichas participated in this study. A set of questionnaire was carried out to obtain quantitative data and the data are analysed using SPSS 17. 0. The findings show that the contribution of self-regulated learning strategies towards the grade of Islamic Studies I is 13. 9%. Strategies that are frequently used by the respondent in Islamic Studies  I are studying with friends, repeating and organizing. However, repeating has mostly contributed to the grade  and followed by studying with friends. This is because students need to memorize verses and recitation of daily prayers for the practical test. Islamic Studies I also involves group assignments which leads to study groups approach. In conclusion, self-learning strategies have contributed in achieving OBE, although at a slightly.

Keywords: outcome-based education, learning strategies, self-regulated learning strategies, Islamic Studies, polytechnic


Khamis, 3 Julai 2014

10 Kesilapan Besar Seorang Isteri Lakukan Terhadap Suami




                                                                    Gambar hiasan

Rumah tangga adalah satu bentuk hubungan mesra di antara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.

Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka. Antara kesilapan tersebut adalah seperti berikut:

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna

Sebelum berkahwin, seorang wanita selalu membayangkan perkahwinannya yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana dibaca dalam novel atau ditonton dalam drama-drama tv.

Ia memiliki gambaran yang sangat ideal dari sebuah perkahwinan. Namun,perihal-perihal dalam perkahwinan yang sebenar seperti keletihan, penat, masalah kewangan dan segala masalah dalam alam perkahwinan dalam sesebuah keluarga lenyap dari mindanya. Mereka cuma membayangkan perkahwinan yang indah-indah sahaja.

Akhirnya, bila mereka menghadapi alam perkahwinan yang sebenar, mereka tidak bersedia. Tidak mampu menerima keadaan yang sebenar menyebabkan golongan isteri kerap kali menuntut agar suami membina keluarga yang ideal mengikut bayangan-bayangan yang mereka sentiasa impikan sejak muda.

Seorang wanita yang bakal berkahwin sebaik-baiknya melihat 'perkahwinan' itu dengan pemahaman yang penuh, bukannya sekerat sekerat yang mana mereka juga harus membayangkan masalah-masalah yang mungkin akan mereka hadapi.

2. Nusyuz (tidak taat kepada suami)

Nusyuz adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyuz adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak redha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.


Nusyuz memiliki beberapa bentuk, diantaranya adalah:
  • Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan maupun secara samar.
  • Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan pria lain.
  • Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah
  • Lalai dalam melayani suami
  • Mubazir dan menghambur-hamburkan uang pada yang bukan tempatnya
  • Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
  • Keluar rumah tanpa izin suami
  • Menyebarkan dan mencela rahsia-rahsia suami.
Seorang isteri shalihah akan senantiasa menempatkan ketaatan kepada suami di atas segala-galanya. Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia akan taat kapan pun, dalam situasi apapun, senang maupun susah, lapang maupun sempit, suka ataupun duka.

Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.

3. Tidak menyukai keluarga suami

Terkadang seorang isteri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami.

Padahal, di satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, terlebih ibunya. Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya.

Ia menganggap ibu mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih sayang suami. Terkadang, sebagian isteri berani menghina dan melecehkan orang tua suami, bahkan ia tak jarang berusaha merayu suami untuk berbuat durhaka kepada orang tuanya.

Terkadang isteri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak segan untuk memfitnah keluarga suami. Ada juga seorang isteri yang menuntut suaminya agar lebih menyukai keluarga isteri, ia berusaha menjauhkan suami dari keluarganya dengan berbagai cara.

Ikatan pernikahan bukan hanya menyatukan dua insan dalam sebuah lembaga pernikahan, namun juga ‘pernikahan antar keluarga’. Kedua orang tua suami adalah orang tua isteri, keluarga suami adalah keluarga isteri, demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan salah satu keharmonisan keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika isterinya mampu memposisikan dirinya dalam kelurga suami. Hal ini akan menambah cinta dan kasih sayang suami.

4. Tidak menjaga penampilan

Terkadang, seorang isteri berhias, berdandan, dan mengenakan pakaian yang indah hanya ketika ia keluar rumah, ketika hendak bepergian, menghadiri undangan, ke kantor, mengunjungi saudara maupun teman-temannya, pergi ke tempat perbelanjaan, atau ketika ada acara lainnya di luar rumah.

Keadaan ini sungguh berbalik ketika ia di depan suaminya. Ia tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengat.

Jika keadaan ini terus menerus dipelihara oleh isteri, jangan heran jika suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar ketimbang di rumah. Semestinya, berhiasnya dia lebih ditujukan kepada suami Janganlah keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain, padahal suami nya di rumah lebih berhak untuk itu.

5. Kurang berterima kasih

Tidak jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan si isteri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara maksimal untuk memenuhi keperluan keluarga dan keinginan-keinginan isterinya.

Isteri kurang bahkan tidak memiliki rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas kurnia Allah yang diberikan kepadanya suaminya. Ia senntiasa merasa sempit dan kekurangan. Sifat qona’ah dan ridho terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya sangat jauh dari dirinya.

Seorang isteri yang shalihah tentunya mampu memahami keterbatasan kemampuan suami. Ia tidak akan membebani suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya, dengan bersyukur, insya Allah, nikmat Allah akan bertambah.

 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.”
6. Mengingkari kebaikan suami
 “Wanita merupakan majoriti penduduk neraka.”

Demikian disampaikan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam setelah shalat gerhana ketika terjadi gerhana matahari.

Ajaib !! Wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar dari si ayah. Sosok yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni majoriti neraka. Bagaimana ini terjadi?

“Kerana kekufuran mereka,” jawab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika para sabahat bertanya mengapa hal itu boleh terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?

Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si isteri akan mengatakan bahwa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari (5197).

Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan suami!!

Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita lihat diri setiap kita, kita saling introspeksi (proses pengenalan diri), apa dan bagaimana yang telah kita lakukan kepada suami-suami kita?

Jika kita terbebas dari hal yang demikian, alhamdulillah. Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai saudariku.

Namun jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya, maka berhati-hatilah dengan apa yang telah diingatkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Bertaubat, satu-satunya pilihan utuk terhindar dari pedihnya seksa neraka. Selama matahari belum terbit dari barat, masih ada waktu untuk bertobat. Tapi mengapa mesti menunggu? Mengapa mesti menunggu sakaratul maut?

Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku; kejarlah ajalmu, bukankah engkau tidak tahu bila engkau akan menemui Robb mu?

“Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata): “Jangan engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami begimu hanyalah seorang tamu yang boleh segera berpisah dengan kamu menuju kami.” (HR. At Tirmidzi, hasan)

Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan selama ini, jangan pernah bosan dan henti untuk introspeksi diri, jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sadari membawa kita kepada neraka, yang kedahsyatannya tentu sudah Engkau ketahui.

Jika suatu saat, muncul sesuatu yang tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua kebaikan yang telah suami kita lakukan.

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah surga dan nerakamu.” (HR.Ahmad)


7. Mengungkit-ungkit kebaikan

Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang isteri. Yang jadi masalah adalah jika seorang isteri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata. 

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]

Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]


8. Sibuk di luar rumah

Seorang isteri terkadang memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya. Jangan sampai aktivitas tersebut melalaikan tanggung jawab nya sebagai seorang isteri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya diabaikan.

Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum kemas, cucian masih berlonggokkan, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan lain sebagainya. Jika hal ini kerap berlaku, suami boleh jadi tidak selesa berada di rumah, dan dia lebih suka menghabiskan waktunya di luar di pejabat.

9. Cemburu buta

Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang isteri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak mendasar, dan hanya berasal dari praduga; maka rasa cemburu ini dapat berubah menjadi cemburu yang tercela.

Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya isteri terhadap suami kerana kemaksiatan yang dilakukannya, misalnya: berzina, mengurangi hak-haknya, menzhaliminya, atau lebih mendahulukan isteri lain ketimbang dirinya. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.

Jika kecurigaan isteri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan kejengkelan suami. Ia tidak akan pernah merasa selesa ketika berada di rumah. Bahkan, tidak menutup kemungkinan, kejengkelannya akan dilampiaskan dengan cara melakukan apa yang disangkakan isteri kepada dirinya.

10. Kurang menjaga perasaan suami

Kepekaan suami mahu pun isteri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk menghindari terjadinya konflik, kesalahpahaman, dan ketersinggungan.

Seorang isteri hendaknya senntiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara memojokkan. Isteri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.

Demikian beberapa kesalahan-kesalahan isteri yang terkadang dilakukan kepada suami yang seharusnya kita hindari agar suami semakin sayang pada setiap isteri. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.

ustaz azhar idrus-api dunia