ULASAN
JURNAL
(Spirit In The
Opinion Of Muslim Philosophers: Al-Ghazali As Model)
Mohd
Faizal Mat Pesa
Fakulti
Pendidikan
Universiti
Kebangsaan Malaysia
1.0 LATAR
BELAKANG
Jurnal
ini merupakan hasil kajian oleh Elbahlour Mohamed Hussein dari University of al-Jabal al-Gharbi, Libya Manakala Ahmad sunawari bin long
dan Mudaser bin Rosder dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia tentang maksud Roh yang pelbagai melalui dalil al-Quran dan
as-Sunnah. Objektif penulisan ini adalah menjelaskan makna roh dari
perspektif Islam secara umum dan menurut pandangan al-Ghazali khasnya,
disamping memberi penekanan terhadap disiplin falsafah Islam berpunca dari
al-Quran dan Sunnah, dan ianya sama sekali berbeza dengan falsafah Yunani dan semua
falsafah sekular.
2.0 SASARAN
PEMBACA
Berdasarkan
kepada tajuk fokus kajian dan jurnal ini adalah ditujukan kepada pemikir-pemikir
ilmuan islam dan mahasiswa dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi. Idea ini
kemudiannya dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat pendapat
al-Ghazali yang berasaskan al-Quran dan
Sunnah, Sekaligus menolak dakwaan ahli falsafah barat yang mengatakan falsafah
Islam merupakan disiplin ilmu yang berasal dan bersandarkan pada pemikiran
Yunani.
3.0 RUMUSAN
JURNAL
Secara
keseluruhannya jurnal ini cuba menunjukkan kepada kita bahawa terdapat
definisi roh yang berbeza-berbeza
berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan sunnah serta pendapat-tokoh ilmuan islam. Penulis cuba
menghuraikan definisi roh, jiwa ,akal, roh dan huraiannya dalam as-Sunnah serta
hubungan di antara jiwa dan roh, yang bersifat saling memerlukan
mengikut perspektif imam al-Ghazali. Penulis
juga melihat definisi roh menurut imam al-Ghazali menyentuh persoalan dalaman dan
kejiwaan manusia, yang berkait dengan unsur-unsur seperti nafsu, ruh, qalbu dan
akal (al-Ghazali, t. th: 59). Menurut
penulis lagi Imam Al-Ghazali
membahagikan roh manusia kepada tiga unsur yang membezakannya dengan roh
makhluk-makhluk lain iaitu hati (al-Qalb), nafsu(al-Nafs) dan
akal (al-‘Aql). Penulis juga
menjelaskan maksud jasad seperti yang tercatat dalam surah as-sajdah yang mana
nabi Adam a.s diciptakan dalam bentuk jasad kemudian ditiupkan roh dan
seterusnya barulah dijadikan penglihatan dan pendengaran. Manakala Roh
juga dirujuk sebagai malaikat jibril a.s
yang Allah turunkan pada malam al-Qadar seperti yang terdapat dalam surah
al-Qadr. Menurut Ibrahim (2008) terdapat kepelbagaian takrifan mengenai roh dengan takrifan yang
berbeza-beza yang terdapat di dalam al-Quran.
Selain itu juga, penulis juga memberi takrifan tentang
akal yang mana Al-Ghazali melihat akal sebagai salah satu entiti kerohanian
yang memberikan kemampuan kepada manusia untuk berfikir dan membuat penaklukan
bagi mengetahui segala hakikat tentang sesuatu. Akal sebagai tenaga untuk
berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara dan merasakan segala perubahan
keadaan sehingga dapat mengambil manfaat darinya. Disebut juga roh di dalam
as-Sunnah yang mana Rasullullah s.a.w menjawab jika ditanya tentang roh maka
itu adalah urusan tuhanku (hadis Muslim) dan menurut Ibnu Qayim Rasullullah
tidak menjawab persoalan roh sehinggalah diwahyukan oleh Allah kepadanya dan
persoalan roh itu bukan dalam pengetehuan manusia.
3.1 PENILAIAN
Penulis
cuba menghuraikan konsep Roh dengan pelbagai maksud yang berbeza-beza
berdasarkan dalil-dalil ayat al-Quran diantaranya roh itu adalah jisim lembut merujuk
surah al-Isra`, roh sebagai ruh qudus surah al-Nahl, roh sebagai Jibril a.s surah
al-Qadr. Terdapat juga roh sebagai
al-Quran menurut al-Gahazali ( 1975).Manakala roh dalam as-Sunnah menurut Ibnu Qayim setiap persoalan
roh tidak dijawab oleh Rasullullah sehinggalah diwahyukan oleh Allah kepadanya bahkan
persoalan roh itu bukan dalam
pengetehuan manusia.
Penulis
juga memberikan senarai panjang para sarjana dan ilmuan yang telah menjalankan
pelbagai penyelidikan, pemerhatian, perbincangan intelektual, dan menghasilkan,
penulisan seperti al-Razi (2000) (2004), al-Ghazali (1975),Saqirus (2009),
al-Masir (2002) Ibrahim (2008) Ini adalah penting kepada pengkaji-pengkaji baru.
Banyak juga pendapat daripada sarjana dan ilmuan ini telah menjadi rujukan bagi
membantu dalam membuat penyelidikan dan penulisan ilmiah
3.1.1 TEMA
Penulis
telah memilih tema falsafah berkenaan roh yang termasuk dalam kategori
metafizik sebagai fokus utama penulisan beliau pada kali ini. Ini bertepatan
dengan sasaran utama penulisan beliau iaitu kepada kepada pemikir-pemikir
ilmuan islam dan mahasiswa dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi dan
individu-individu yang cintakan ilmu.
3.1.2 CIRI-CIRI
Penulisan
penulis ini bercirikan penulisan ilmiah dan dipersembahkan dengan mewujudkan
ciri-ciri kajian, dapatan dan hasil dapatan bagi menguatkan lagi hujah agar
boleh menyakinkan pembaca menerima pendapat beliau.
3.1.3 KAITAN
TEORI, PENDAPAT DAN AMALAN
Penulis
telah berjaya memberikan banyak pendapat daripada para sarjana dan ilmuan
tentang pengertian roh yang berbeza-beza berdasarkan dalil al-Quran, as-Sunnah
dan pendapat ahli pemikir. Melalui pendapat yang wujud ini penulis cuba
meyakinkan pentingya memahami konsep roh yang merupakan salah satu daripada
perkara ghaib ataupun sam`iyyat. Pendapat ilmuan al-Ghazali (1975) yang memberikan
definisi roh sebagai al-Quran dan wahyu bersandarkan surah al-Ghafir, roh juga
sebagai Isa a.s tanpa bapa dilahirkan
merujuk surah an-Nisa`, roh sebagai Inayah surah al-Mujadalah, roh sebagai
jibril pada malam al-Qadar dalam surah al-Qadr.Selain itu, roh juga merujuk
kepada hijab di antara mnalaikat Jibril a.s dan rasullullah yang mana rasul
dapat melihat jibril dalam rupa bentuk yang asal sebanyak dua kali iaitu ketika
permulaan kenabian dan juga pada malam Israk dan mikraj, surah al-Najm :14-15.
Selain
itu terdapat juga pendapat ilmuan, seperti al-Razi (2000) yang menyatakan
bahawa Jibril a.s pernah berkata
“Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah untuk memberikan kepadamu seorang
anak lelaki yang suci berdasarkan dalil surah Maryam, ayat 19. Manakala
al-Ghazali (1975) memberikan maksud roh sebagai kuasa maha pencipta iaitu Allah
dan wahyu serta ilham adalah salah satu
tugas daripada jenis-jenis malaikat.
Perkataan roh juga sebagai wahyu yang diturunkan sebagai peringatan dan
diturunkan kepada sesiapa sahaja tentang hari kiamat yang mana tiada lagi manfaat
harta dan keturunan pada hari tersebut.
Penulis
juga telah membawa pembaca melihat kepada pendapat Saqirus (2009) wujud
hikmah dan rahsia disebalik kejadian roh dan merupakan kelebihan yang terdapat
kepada manusia serta meyandarkan kepada dalil bersumberkan al-Quran maksudnya “Tidaklah
aku berikan kepadamu ilmu melainkan sedikit sahaja”.
Akhirnya,
penulis membawa pembaca melihat pendapat al-Ghazali dalam kitab Mukadimah yang
melihat kepelbagaian daya dalam jiwa yang merujuk kepada jiwa yang satu
“al-Nafs”.yang mana hubungan di antara jasad dan roh dilihat dalam dua dimensi
iaitu fizikal merujuk kecenderungan kepada haiwan dan kerohaniaan merujuk kepada hakikat diri yang
sebenar yang membawa kepada mengenal tuhan, al Ghazali (1982).