Rabu, 6 September 2017

DASAR-DASAR KERAJAAN -KONSEP 1 MALAYSIA

BINCANGKAN
Apakah yang anda faham tentang konsep 1 Malaysia? Huraikan secara ringkas asas-asas utama yang mendukung pelaksanaan 1 Malaysia?

30 ulasan:

  1. CONTOH: pengertian 1 malaysia:Gagasan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia yg berbilang kaum berteraskan nilai-nilai penting
    contoh asas utama
    1)konsep keadilan 2)perpaduan 3)Pembina negara bangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat malaysia bersatu padu dalam mengekalkan keamanan negara walaupun berbeza kaum, agama dan warna kulit.
      Seluruh rakyat malaysia taat dan patuh pada undang-undang dan negara untuk mengekalkan keadilan.
      Perpaduan antara rakyat berbilang kaum amat penting bagi sesebuah negara dalam meningkatkan ekonomi negara.
      Sebagai seorng rakyat malaysia, kita hendaklah memberi contoh teladan yang baik untuk generasi akan datang agar mereka lebih menghargai negara bangsa.
      Negara yang cemerlang dan terbilang kerana mempunyai pemimpin yang memahami dan komited dengan tugas yang diamanahkan serta rakyat yang taat kpd negara.

      Padam
    2. Rakyat malaysia bersatu padu dalam mengekalkan keamanan negara walaupun berbeza kaum, agama dan warna kulit.
      Seluruh rakyat malaysia taat dan patuh pada undang-undang dan negara untuk mengekalkan keadilan.
      Perpaduan antara rakyat berbilang kaum amat penting bagi sesebuah negara dalam meningkatkan ekonomi negara.
      Sebagai seorng rakyat malaysia, kita hendaklah memberi contoh teladan yang baik untuk generasi akan datang agar mereka lebih menghargai negara bangsa.
      Negara yang cemerlang dan terbilang kerana mempunyai pemimpin yang memahami dan komited dengan tugas yang diamanahkan serta rakyat yang taat kpd negara.

      Padam
    3. anne comel dup1b
      1.Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
      Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

      2.(a) ketabahan
      ketabahan adalah kuci kedua yang menjadi tulang belakang semua negarayang berjaya mengatasi kesukaran yang mereka lalui.ketabahan adalah elemen penting dalam nilai 1malaysia yang patut diterap.
      (b) kerendahan diri
      sifat ini penting yang perlu ada pada semua orang. seseorang yang mempunyai ciri-ciri merendah diri adalah lebih dihargai dalam masyarakat.
      (c)Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara
      semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya
      kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan
      kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan
      peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh
      sensitiviti kaum.
      (d)Penerimaan
      1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat
      berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
      yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
      saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
      (e)Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah
      laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala
      interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana
      kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

      Padam
    4. Gagasan 1 Malaysia berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia yang berbilang kaum kerana semua rakyat mengamalkan konsep keadilan dalam diri masyarakat sendiri.Sebagai contoh,semua masyarakat di Malaysia telah diberikan hak asasi yang sama taraf untuk semua masyarakat.Contohnya seperti tahap pendidikan dan bantuan dari segi kewangan seperti BR1M(ILOVEPM).Selain itu,ia semua masyarakat mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi kerana setiap rakyat mengidamkan kedamaian dan kemakmuran dalam kehidupan mereka.Antara contoh sejarh hitam yang pernah menimpa negara Malaysia ialah peristiwa 16 MEI 1959 yang mengorbankan banyak nyawa yang terkorban dalam pertelingkahan tersebut.Akhir sekali ialah rakyat Malaysia juga mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.Contohnya semua kaum menghormati agama masing-masing seperti kaum melayu,india dan cina.

      Padam
  2. Konsep 1 Malaysia melibatkan semua kaum yang terdapat di dalam Malaysia berganding bahu dalam melaksanakan sesuatu misi. Ini seterusnya dapat memeupuk semangat perpaduan sesama mereka.
    Asas asas utama yang mendukung pelaksaan 1 Malaysia ialah:
    1) perpaduan antara kaum
    2) menghormati adat resam kaum lain
    3) tidak mengamalkan konsep pilih kasih antara kaum

    BalasPadam
  3. konsep satu malaysia yang saya faham ialah salah satu cara dan pendekatan yang dikenakan kepada semua orang untuk merapatkan jurang perpaduan antara satu sama lain walaupun berbeza dari segi agama dan budaya. asas-asas utama yang mendukung pelaksanaan 1 malaysia kerjasama, tolak ansur dan tolenrasi yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia. contohnya antara pihak kerajaan dan juga penduduk malaysia

    BalasPadam
  4. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga,jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani olh seluruh dunia.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Untuk mencapai teras perpaduan antara kaum, mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun dan mendukung usahan ke arah pembentukan bangsa Malaysia.

    BalasPadam
  9. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Asas utama ialah • Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. • Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat • Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.Malaysia.

    BalasPadam
  10. Konsep gagasan 1Malaysia ialah memupuk semangaat perpaduan dan mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza.Asas-asas utama yang mendukung pelaksaan 1 Malaysia adalah kerjasama,toleransi, bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.

    BalasPadam
  11. 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi

    BalasPadam
  12. Maksud konsep 1Malaysia ialah 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan perpaduan untuk menghadapi sebarang cabaran. Selain itu, 1Malaysia bertujuan untuk menyemarakkan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia dan untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan ,dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum.
    Asas utama yang mendukung pelaksanaan 1Malaysia ialah kecemerlangan, ketabahan,rendah hati,penerimaan dan kesetiaan .

    BalasPadam
  13. konsep 1 malaysia ialah gagasan untuk bersatukan berbilang kaum di malaysia .konsep ini juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di malaysia agar semua pihak saling hormat-menghormatiantara satu sama lain dlm aspek budaya,bahasa dan agama.
    asas -asas utama
    -penerapan teras perpaduan
    -penerapan nilai-nilai aspirasi
    -melahirkan bangsa malaysia yg berjaya

    BalasPadam
  14. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang atuh.Contoh nilai-nilai murni adalah hormat-menghormati,kesederhanaan dan berbudi-bahasa

    BalasPadam
  15. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

    BalasPadam
  16. pengertian 1 Malaysia adalah perpaduan antara kaum di Malaysia dan menyemarakkan semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Asas asas utama 1 Malaysia adalah merendah hati, integriti dan ketabahan

    BalasPadam
  17. saya fatin nurul najwa binti shaharuddin. Pada pendapat saya, konsep 1 malaysia adalah penerusan agenda untuk membina negara. selain itu, konsep ini juga untuk mengutuhkan lagi talian persaudaraan di setiap etnik dan kaum di malaysia. ia akan mewujudkan negara yang harmoni dan aman. konsep ini juga akan memberikan imej yang baik kepada orang luar tentang negara kita.

    BalasPadam
  18. 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.

    Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.
    Asas-asas yang mendukung pelaksanaan nilai satu malaysia ialah sikap saling hormat menghormati antara kaum yang terdapat di malaysia. Selain itu, kita juga harus setia kepada pemimpin dan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri. Seterusnya kita harus bekerjasama untuk mempertahankan negara kita.

    BalasPadam
  19. Konsep 1 malaysia ialah satu konsep yang ditubukan oleh dato seri najib Tun Razak bagi menyatukan semua kaum di malaysia trutama tiga kaum besar iaitu melayu,cina,dan. India. agar hidup dalam keadaan aman dan damai

    Nilai asas bagi konsep 1 malaysia ialah
    1.kesetiaan
    2.budaya ilmu
    3.budaya berprestasi tinggi
    4.budaya ilmu
    5.kebijaksanaan

    BalasPadam
  20. 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.[petikan diperlukan]

    Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

    Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3]

    BalasPadam
  21. 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
    1) Perpaduan : Syarat utama ialah sesebuah negara perlulah negara yang kukuh dan stabil. Syarat ini dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup dalam saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
    2) Keadilan : Menjadi prinsip asas keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
    3) Pembina negara bangsa : 1 Malaysia adalah penerusan agenda untuk membina negara. Seperti slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" akan menjana satu transformasi ketara ke arah sebuah negara maju.
    4) Intergriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki intergriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa dihormati dan disegani oleh semua pihak. Intergriti merangkumi sifat amanah, bersih dan cekap melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.
    5) Budaya berprestasi tinggi : Sifat ini memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan "acuh tak acuh" tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

    BalasPadam
  22. konsep satu malaysia adalah gabungan antara kaum dan bangsa dalam satu negara tanpa wujudnya diskriminasi.
    -konsep keadilan tercetus adalah kerana untuk menggelakkan tindas menindas antara kaum dan bangsa.Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat
    bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing
    dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum
    lain.
    -perpaduan yang dipupuk dalam konsep satu malaysia adalah agar semua kaum tolong menolong antara kaum tanpa membezakan kaum bangsa dan agama.Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
    -pembina negara bang yang merupakan satu perjuangan sa berlaku berdasarkan perkembangan negara masing-masing ke arah kemajuan negara.
    -kesetiaan dan kepercayaan kepada negara hendaklah dipupuk kedalam diri seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu komited kepada tugasnya dan berdidikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna tidak boleh dikritik,tetapi sudah tentu hendaklah dikritik dengan cara yang betul di tempat dan masa yang bertepatan.
    -Pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan denagn nilai. Bukan sahaja kerajaan tetapi masyrakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh,budaya membaca sama ada melalui buku atau internet akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia.

    BalasPadam
  23. 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi mengira kaum, bangsa, agama, dan adat resam
    1.prinsip keadilan sosial dimana melengkapi keperluan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan asdat resam.
    2. prinsip kenegaraan konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan Negara.
    3.prinsip penerimaan. menerima cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza.

    BalasPadam
  24. Pengertian 1 Malaysia: Asasi yang mengekalkan perpaduan kaum dan membawa kepada pembangunan negara yang mempunyai rakyat negara yang bersatu padu.
    Asas utama: 1.Hormat-menghormati 2.perpaduan 3. Kesetiaan 4.Kejujuran 5. Integriti

    BalasPadam
  25. Tahniah kepada yang menjawab,peljar yang tidak hadir sila buat di hostel untuk markah tambahan final nanti.harap maklum dan terima kasih..takbir!

    BalasPadam
  26. Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak pada 3 April 2009.Konsep ini berpaksikan prinsip 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan' bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat berbilang kaum di negara ini.
    Asas-asas konsep 1 Malaysia adalah memupuk sikap perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.Seterusnya konsep ini diperkenalkan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti ketaatan dan kesepakatan dalam kalangan kaum.Selain itu , mengukuhkan sikap keadilan dalam kalangan pemimpin dan rakyat
    Syazmi

    BalasPadam

ustaz azhar idrus-api dunia