Selasa, 8 Ogos 2017

Komentar Video 4 DAT5A

MINGGU KE 8-Sila tonton video dalam kelas dan buat ulasan aspek berikut:

a-Senaraikan 2 Nilai murni dan contoh babak
b-Senaraikan 2 Tanggungjawab sosial dan contoh babak
 


sekian,
  

terima kasih.

19 ulasan:

  1. Nilai murni seperti mempunyai semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan di dalam video tersebut . Contohnya dalam babak mereka berlatih bersama-sama & memberikan fokus terhadap latihan yang diberikan oleh pengurus tersebut. Nilai murni yang kedua yang saya perolehi, sikap tidak mudah putus asa yang ditunjukkan oleh pemain rugbi tersebut. Contohnya, pemain rugbi tersebut berusaha sedaya upaya melengkapkan tugasan yang diberikan oleh jurulatih walaupun ianya sukar.

    Tanggungjawab sosial - menyedarkan manusia supaya berfikiran positif . Contoh babak yang ditunjukkan di dalam video ini ialah pemain tersebut berfikiran positif terhadap jurulatih dimana jurulatih tersebut menyuruh pemain-pemain membuat latihan di luar jangkaan mereka. Seterusnya, menyedarkan masyarakat tentang jangan memandang remeh terhadap orang lain. Contoh babak yang ditunjukkan di dalam video ini ialah pemain yang lain memandang remeh terhadap seorang pemain tentang kemampuan beliau dalam melaksanakan latihan yang diberikan oleh jurulatih tersebut.

    BalasPadam

  2. Nilai murni -berusaha dalam babak pemain sedang usahakan tenaga yang boleh sehingga ke peringkat akhir

    Nilai murni -tidak berputus asa dalam babak walau dalam keadaan rasa sakit pada tangannya ketika melakukan merangkak, pemain tersebut tetap meneruskannya.

    Tanggungjawab sosial - menyedarkan pemain-pemain rudbi tersebut semangat kesukanan. Babak melakukan latihan yang berterusan tanpa berputus asa.

    Bekerjasama-contohnya seoranh kawan mengendung kawannya hingga ke garisan akhir

    BalasPadam
  3. Siti Nor Aisyah Binti Sapon
    1. Nilai hormat menghormati - pemain rugbi tersebut tetap mendengar kata pelatihnya untuk meneruskan latihan mereka.
    2. Nilai bekerjasama - pemain rugbi tersebut berlatih 'merangkak maut' bersama pasukannya yang lain.

    1. Berusaha - Brook tetap meneruskan latihannya walaupon penat setelah mendengar kata kata semangat daripada jurulatihnya.
    2 kagum - rakan-rakannya kagum apa bila melihat Brook masih meneruskan latihannya dibawah terik matahari

    BalasPadam
  4. Nilai murni yang ditunjukkan dalam video tersebut ialah tidak berputus asa dalam apa sahaja situasi.Nilai murni kedua ialah Perlu berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat.

    Tanggungjawab sosial- Guru yang memberi sokongan kepada anak muridnya bahawa apa sahaja boleh mencapai jika kita berusaha gigih.Jangan sesekali pandang rendah terhadap seseorang walaupun dia tidak ada keberanian dan kemampuan untuk mencapai sesuatu matlamat.Tidak ada permainan yang susah dan senang!jika kita berusaha apa sahaja boleh mencapai

    BalasPadam
  5. Nilai nilai murni
    1. Sikap tidak mudah putus asa dan gigih berusaha.contohnya pemain rugby tersebut iaitu brock sedaya upaya berusaha untuk melengkapkan tugasan yang diberi
    2. Sikap kerjasama dalam sepasukan.contohnya pemain rugby itu berkerjasama dalam semangat kesukanan yang tinggi

    Tanggungjawab sosial
    1. Saling beri semangat dan dorongan kepada pemain.contohnya jurulatih rugby itu tidak pernah putus untuk memberi semangat dan dorongan kepada pemain tersebut.
    2.mempunyai kesedaran diri yang tinggi.contohnya seorang pemain rugby memandang remeh tentang kemampuan brock untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

    BalasPadam
  6. Hajaratul Aswadiah binti Abdul Hajis

    a) Nilai murni seperti gigih berusaha dalam video, pemain sedang berusaha sedaya upaya sehingga ke peringkat akhir 50 'yards'.

    Nilai murni seperti tidak berputus asa dalam babak walau dalam keadaan rasa sakit pada tangannya ketika melakukan merangkak maut itu, pemain tersebut tetap meneruskannya untuk menyahut cabaran jurulatihnya.

    Tanggungjawab sosial - menyedarkan pemain-pemain rugbi tersebut semangat kesukanan dan semangat ingin menang. Babak melakukan latihan yang berterusan tanpa berputus asa.

    Tanggugjawab sosial - bertindak sebagai pelatih yang baik. Babak pelatih rugbi terus berusaha untuk mendapat mentaliti pemain-pemain rugbi yang terbaik untuk memenangi perlawanan rugbi.

    BalasPadam
  7. 2 nilai murni :
    1. Semangat sepasukan
    - contoh babak semangat sepasukan yang diperolehi oleh satu pasukan ragbi untuk memenangi satu pertandingan.
    2. Tidak mudah putus asa
    - contoh babak seorang pemain ragbi meneruskan cabaran oleh jurulatihnya.

    3 tanggungjawab sosial dan contoh babak:
    1. Menyedarkan manusia berfikiran positif.
    - contoh babak seorang jurulatih memberi kata positif kepada pemain ragbi untuk meneruskan perjuangan.
    2. masyarakat yang tidak pandang rendah terhadap orang lain
    - contoh babak dimana ada di kalangan pemain ragbi memandang rendah terhadap kehebatan pasukan lain.
    3. Masyarakat yang bekerjasama
    - contoh babak di mana satu pasukan ragbi bekerjasama sedang berlatih bersama bagi menghadapi pertandingan.

    BalasPadam


  8. Kartik perumal-Nilai murni Kevorkian yang memberikan keyakinan dalam video tersebut.contohnya kebolehan pemain rugbi menunjukan kebolehan dalam latian.nilai mucho kedua ialah bertanggungjawab untuk membina pasukan kuat untuk pertandingan.contohnya memberi latihan Yg cukup baik

    Tanggungjawab sosial- memberikan latihan yang baik untuk pasukan

    Sokongan-pasukan akan memberikan sokongan kepada jurulatih dgn pasukan

    BalasPadam
  9. Siti maisarah bt mohd jumalee

    Nilai-nilai murni:
    1.tidak menyerah kalah. Contoh,lelaki yg melakukan death crawl itu tetap meneruskan latihannya walaupun sukar
    2. Bersikap positif. Contoh, jurulatih menasihati pemainnya untuk bersikap positif dengan berkata"anda mampu lakukan lebih dari kemampuan anda"

    Tanggungjawab sosial:

    1. Jurulatih memberi motivasi dan nasihat kepada pemain-pemainnya untuk berjaya
    2. Mempunyai kesedaran diti tentang pentingnya sikap kesungguhan untuk berjaya

    BalasPadam
  10. a) nilai murni
    1- semangat kerjasama yang kuat di dalam pasukan.Contohnya, dalam babak mereka berlatih bersama-sama & memberikan fokus terhadap latihan yang diberikan oleh pengurus tersebut.

    2- Tidak berputus asa dalam latihan yang sukar diberikan oleh jurulatih.Buktinya, pemain rugbi tersebut berusaha sedaya upaya melengkapkan tugasan yang diberikan oleh jurulatih walaupun ianya sukar.

    (b) Tanggungjawab sosial
    1- Memberikan kesedaran kepada manusia supaya tidak mudah berputus asa sebelum mencuba.Contohnya,jutulatih membuktikan kepada semua orang bahawa pemain rughbi itu mampu melakukan latihan yang sukar dengan sokongan dan dorongan yang positif daripada kata-kata jurulatih tersebut.
    2- Menyedarkan masyarakat bahawa tidal memandang rendah terhadap kemampuan orang lain. Contoh babak yang ditunjukkan di dalam video ini ialah pemain yang lain memandang rendah terhadap seorang pemain tentang kemampuan beliau dalam melaksanakan latihan yang diberikan oleh jurulatih tersebut.

    BalasPadam
  11. Nilai murni seperti tidak mudah berputus asa dalam menempuh apa jua cabaran. Contohnya pemain rugby tersebut tetap meneruskan latihannya walaupun dalam keadaan sakit di tangannya ketika merangkak. Nilai murni kedua seperti sentiasa taat kepada arahan orang yang lebih berkuasa. contohnya, pelatih tersebut sentiasa mengikut arahan jurulatihnya walaupun dia tidak berdaya.

    Tanggungjawab sosial- memberi semangat kepada pelatih untuk tidak berputus asa dalam melakukan latihan yang berterusan. Tanggungjawab sosial kedua ialah menjadi seorang pelatih yang baik dengan tidak mengingkari arahan jurulatihnya.

    BalasPadam
  12. Nilai murni seperti mempunyai semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan di dalam video tersebut . Contohnya dalam babak mereka berlatih bersama-sama & memberikan fokus terhadap latihan yang diberikan oleh pengurus tersebut. Nilai murni yang kedua yang saya perolehi, sikap tidak mudah putus asa yang ditunjukkan oleh pemain rugbi tersebut. Contohnya, pemain rugbi tersebut berusaha sedaya upaya melengkapkan tugasan yang diberikan oleh jurulatih walaupun ianya sukar.

    Tanggungjawab sosial - menyedarkan manusia supaya berfikiran positif . Contoh babak yang ditunjukkan di dalam video ini ialah pemain tersebut berfikiran positif terhadap jurulatih dimana jurulatih tersebut menyuruh pemain-pemain membuat latihan di luar jangkaan mereka. Seterusnya, menyedarkan masyarakat tentang jangan memandang remeh terhadap orang lain. Contoh babak yang ditunjukkan di dalam video ini ialah pemain yang lain memandang remeh terhadap seorang pemain tentang kemampuan beliau dalam melaksanakan latihan yang diberikan oleh jurulatih tersebut.

    Balas

    BalasPadam
  13. FATIN NABILAH BT MOHD OTHMAN
    A) 2 nilai murni dan contoh babak
    ➡️tidak cepat putus asa
    Seorang jurulatih cuba sedaya upaya memberi semangat kepada pemain rugbi itu untuk tidak berputus asa, sehingga jurulatih itu pun merangkak bersama dengan pemain rugbi itu.
    ➡️fokus ketika berlatih
    Semua pemain rugbi telah memberi tumpuan yang tinggi ketika berlatih bersama dengan jurulatih mereka.


    B) 2 tanggungjwb sosial dan contoh babak
    ➡️memberi peringatan untuk berusaha
    Jurulatih itu memberi peringatan kepada semua pemain-pemain rugbi untuk memberi 100% fokus kepada latihan.
    ➡️menunjukkan semangat untuk tidak putus asa kepada pemain
    Jurulatih itu tidak berhenti menjerit kata semangat kepada pemain itu untuk meneruskan perjalannya.

    BalasPadam
  14. Nilai murni - Nilai murni yang saya peroleh dalam video tersebut adalah sikap yang tidak mudah berputus asa dengan segala cabaran yang diberikan. Contoh babak adalah apabila pengurus tersebut telah memberikan satu tugasa yang diluar kemampuan mereka. Selain itu, nilai murni kedua adalah berani dalam melakukan tugas yang diberikan. Contoh babak adalah pemain tersebut mengambil cabaran yang diberikan oleh jurulatih walaupun cabaran tersebut agak sukar

    Tanggungjawab sosial - menyedarkan manusia tentang sukarnya memperoleh sesuatu tanpa usaha. Contoh babak adalah jurulatih tersebut menyuruh pemain tersebut untuk menuruskan latihan nya tanpa luar kemampuan. Seterusnya, memberi dorongan dan semangat untuk memperoleh sesuatu benda. Contoh babak adalah dimana jurulatih tersebut mendorong pemain tersebut melakukan latihan yang diberikan

    BalasPadam
  15. Syazwin bt hamdan

    Nilai murni yang saya dapati daripada video ini ialah menghadapi rintangan dengan tabah. Contohnya,pemain rugbi tersebut tetap meneruskan aktiviti yang diberikan oleh jurulatihnya walaupun ianya sukar. Seterusnya ialah nilai ingin mencuba yang terbaik. Pemain rubgi itu tetap ingin meneruskan cabaran yang diberikan jurulatihnya sehingga memdapat keputusan yang terbaik.

    Tanggungjawab sosial pula ialah memberi semangat kepada orang lain. Jurulatih memberi semangat kepada pemainnya supaya meneruskan cabaran aktiviti merangkak tersebut. Seterusnya sikap jangan memandang rendah kepada orang lain. Contohnya pemain rugbi tersebut memandang rendah antara satu sama lain.

    BalasPadam
  16. 1.nilai murni-tidak putus untuk mencapai sesuatu kejayaan.contonya,pelatih membuat latihan dengan bersungguh-sungguh tanpa erti penat lelah
    2.tanggungjawab sosial-memberikan
    sokongan dan dorongan.contohnya,jurulatih memberikan semangat kepada pelatihnya untuk meneruskan latihan sehingga penamat.

    BalasPadam
  17. Nilai murni-semangat tidak mudah putus asa. Contohnya ialah babak dimana pemain ragbi tersebut tak mengalah untuk meneruskan tugasan yang diberikan oleh jurulatih tersebut. Selain itu,semangat kesukanan yang tinggi. Contohnya boleh dilihat dalam babak pemain ragbi berlatih untuk persediaan pertandingan yang akan
    datang.

    Tanggungjawab sosial. Memberikan kata-kata positif. Contoh babak dapat dilihat ketika jurulatih memberikan kata semangat apabila pemin ragbi tersebut mahu berputus asa. Selain itu,masyarakat tidak memandang remeh kepada orang lain.Babak ketika pemain rgbi memandang remeh kepda rakan sepasukannya.

    BalasPadam
  18. Nilai murni yang terdapat dalam video yang telah ditonton sebentar tadi ialah semangat kesukanan antara pemain. Contoh babak adalah mereka menyertai sukan yang agak lasak dan mampu memberi cabaran dalam diri mereka sendiri. Seterusnya, nilai murni kedua ialah percaya akan diri sendiri. Contoh babak adalah pemain berusaha semampu mungkin untuk meneruskan cabaran yang diberi jurulatih dengan matanya ditutup.
    Tanggungjawab sosial yang terdapat dalam video tersebut ialah tidak memandang serong kepada seseorang. Contoh babak adalah rakan-rakan sepejuangan tidak mempercayai kebolehan yg ada pada rakannya. Kedua, bekerjasama antara pemain. Contoh babak adalah, pemain di atas belakang badan Brooke memberi bekerjasama untuk meneruskan cabaran yang diberi oleh jurulatih. meraeka

    BalasPadam
  19. Muhammad Rashidi bin Juanda
    Nilai nilai murni :
    » Yakin kepada diri sendiri = Brock diminta oleh jurulatihnya untuk melakukan Death Crawl sambil mengangkat rakannya. Tetapi brock beranggapan beliau hanya mampu melakukannya hanya sejauh 20 yard. Tetapi dengan dorongan jurulatih. Beliau mampu melakukan sejauh 100 yard
    » Jangan pandang rendah terhadap orang lain = Selepas brock diminta melakukan Death Crawl, rakan sepasukannya mengetawakan karenah brock sambil beranggapan beliau tidak mampu melakukannya. Selepas itu mereka semua kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh brock

    Nilai tanggungjawab sosial :
    Memberikan dorongan : Pasukan beliau sedang mengalami kekalahan. Selaku jurulatih, beliau harus memberikan semangat dan dorongan kepada pasukan mereka untuk bangkit
    » Sukar mendapatkan sesuatu tanpa usaha : Sedangkan pasukan mereka sedang mengalami kekalahan. Jurulatih telah memberikan pengajaran kepada anak didik beliau supaya berusaha untuk keluar daripada kepompong kekalahan dengan usaha mereka

    BalasPadam

ustaz azhar idrus-api dunia