Khamis, 1 Julai 2010

Ucapan Perpisahan KIPA

KATA PEMBUKA




1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, izin dan kurnia-Nya, maka kita telah berpeluang untuk bersama-sama dalam majlis ringkas yang penuh erti dan makna pada hari ini.

2. Majlis pada hari ini diadakan, bagi Tujuan...........................



3. Kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita terasa dan adakalanya tidak perasan bahawa waktu begitu pantas berlalu. Sesingkat itu jugalah tempoh kita berkursus mulai ………………dan akan berakhir pada hari ini.


4. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,



Pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga peserta kursus KIPA merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ..................................................sepanjang tempoh berkursus. Kita berdoa, semoga Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada kita semua dan keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

5. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.

6. “setiap pertemuan ada perpisahan” suatu hikmah yang sering kita dengar bila suatu perpisahan berlaku. Namun pernah tak kita mendengar pertemuan yang tiada perpisahan?

Ia mungkin suatu yang ganjil dan boleh dikategorikan sebagai mustahil.Tetapi sedar atau tidak, jika difikirkan dengan teliti tentang ayat-ayat Al-Quran dan semua panduan manhaj Ilahi, tiada yang mustahil, kerana mustahil merupakan sifat yang membataskan sesuatu hanya pada apa yang boleh difikirkan atau difahami oleh akal yang waras. Maka dengan jelas kita sedar bahawa akal merupakan makhluk yang sangat terbatas dari pengetahuan dan ilmu Allah yang maha luas.Maka tiada yang mustahil disisi Allah. Sebagai contoh, dari segi akal mustahil seseorang dapat hidup selamanya; tetapi ilmu Al-A’alim maha luas dan Al-Malik maha kuasa dalam melakukan sesuatu maka Ar-Rahim menciptakan untuk kita syurga yang tiada disana kematian dan membenarkan manusia hidup selamanya.Jelas, tiada yang mustahil disisi Allah.

Baiklah, maka apakah dia “pertemuan tanpa perpisahan” ? Baiklah mari kita melihat kepada sifat pertemuan.Secara mudahnya ia berlaku apabila dua insan bertemu.Secara logik akal kita, wajib disana adanya perpisahan dan secara tak logiknya tiada perpisahan disana.Sifat perpisahan pula ia meruapakan perpisahan antara dua insan.

Jadi adakah mungkin bertemu tanpa berpisah?.Cubakita lihat pada sifat insan pula, kerana kita sedang berbincang tentang pertemuan dan perpisahan antara insan.Insan mempunyai beberapa unsur.Jasad,roh dan akal yang utama.

Manusia biasa bertemu dan berpisah kerana teman, mungkin juga kerana rakan persekolahan , mungkin juga kerana sepasukan bola dan mungkin kerana rakan sekerja.Tetapi untuk seorang yang faham Islam maka wajiblah pertemuan mereka kerana Allah dan ini merupakan suatu perkara yang indah dikalam sukar dihati kerana mustahil pertemuan kerana allah diukur pada jasad yang bertemu.Yang pasti ia hanya diukur dari pertemuan hati-hati yang ikhlas berjuang di jalannya.Maka adakah hati disini dikategorikan sebagai jasad atau perkara yang bersifat ruhi.

Mari kita melihat kepada mafhum hadis – suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.”

Jelas disini ikatan ini tidak pernah diukur dari segi pertemuan atau perpisahan jasadi dan zahiri tetapi ia merupakan suatu ikatan yang diikat atas dasar imaniah dan ia kembali kepada hadaf (tujuan) kita berdiri tak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri spenuhnya kepada Allah S.W.T.

Persoalannya, bolehkah pertemuan ruhiah berpisah? Jawapannya ya, hanya apabila insan yang bertemu tersebut sudah lupakan tujuan dan misi dia hidup didunia dan sudah memisahkan dirinya daripada hakikat pertemuan kerana Ilahi.


7. Penutup

Sebelum menangguhkan ucapan terimalah 3 rangkap pantun dari saya,


i. Ulamak menyusun manuskrip lama,

Lalu dicetak di Tanjung Bidara,

Diguna sebagai bahan mengaji,

Pastikan kukuh tradisi lama,

Ahli Sunnah teguh di Nusantara,

Suasana aman kekal abadi.



ii. Ahli Fiqih berkerut dahi

Bila berbincang isu Nasrani

Apa yang lebih, takdir Ilahi

Apa yang kurang, kelemahan kami.



iii. Hanya jauhari mengenal manikam

Manikam disepuh di waktu pagi

Kurang salah mohon bersalam

Harap diampun Rabbul ‘Izzati.


8.. Sekian wabiillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ustaz azhar idrus-api dunia