Rabu, 26 Mac 2025

Latihan pengukuhan


Jawab soalan berikut:

1.Apakah maksud sekolah wawasan?

2.Pada pandangan anda, Adakah pelaksanaan sekolah wawasan berjaya dilaksanakan?Nyatakan kenapa?

17 ulasan:

  1. Zulhakimi bin Roslan (11DKA24F1024)

    1.Maksud sekolah wawasan ialah sekolah yang menggabungkan pelbagai jenis bangsa dan kaum di satu sekolah. Sebagai contoh, melayu cina dan india di dalam satu sekolah yang sama.

    2.Pada pandangan saya, pelaksanaan sekolah wawasan berjaya dilaksanakan kerana ibu bapa selain dari kaum melayu mendaftar anak mereka ke sekolah wawasan walaupun banyak sekolah khas untuk kaum mereka.ini membuktikan bahawa sekolah wawasan dapat mengubah sikap pandangan mereka terhadap pentingnya sistem ini dibentukkan agar seluruh kaum di Malaysia boleh bersatu padu tidak kira agama atau kaum.

    BalasPadam
  2. anis aqielah binti ruhaimi ( 11DKA24F1009)

    1.Sekolah Wawasan adalah konsep pendidikan yang mengutamakan perpaduan antara pelajar dari pelbagai kaum dan latar belakang. Ia bertujuan untuk mengembangkan pelajar secara menyeluruh, bukan sahaja dalam aspek akademik, tetapi juga dalam aspek sosial, emosi, dan nilai moral. Konsep ini memupuk semangat keharmonian dan pemahaman antara kaum di Malaysia.

    2. Pada pandangan saya , pelaksanaan sekolah wawasan berjaya dilaksanakan kerana Sekolah Wawasan di Malaysia mempunyai kejayaan dan cabaran yang tersendiri. Tujuan utama Sekolah Wawasan adalah untuk memupuk perpaduan antara pelajar dari pelbagai kaum, di mana mereka dapat belajar tentang budaya, bahasa, dan adat resam antara satu sama lain. Dalam hal ini, Sekolah Wawasan berjaya meningkatkan interaksi antara pelajar pelbagai kaum dan mewujudkan suasana yang lebih harmoni di sekolah.

    BalasPadam
  3. Muhammad Naqib Bin Md Yusop(11DKA24F1045)

    1. Maksud Sekolah Wawasan ialah sekolah yang menggabungkan pelajar dari pelbagai aliran dalam satu kompleks untuk memupuk perpaduan.

    2. Pada pandangan saya,pelaksanaan sekolah wawasan berjaya dilaksanakan kerana ia meningkatkan interaksi antara kaum, tetapi masih menghadapi cabaran seperti perbezaan sistem pendidikan dan kurangnya penyertaan menyeluruh.

    BalasPadam
  4. MUHAMMAD IMAN HAKEEM BIN MOHD ISA (11DKA24F1039)

    1.Sekolah wawasan ialah konsep sekolah yang menggabungkan pelbagai jenis kaum bagi tujuan untuk memupuk perpaduan kaum sejak usia muda.

    2.Pada pendangan saya, pelaksanaan sekolah wawasan ini berjaya. Hal ini kerana , sekolah ini mampu membantu murid dari pelbagai kaum untuk bergaul dan memahami antara satu sama lain. Selain dapat memupuk semangat perpaduan meraka juga dapat menerokai keunikan kebudayaan pelbagai kaum apabila mereka saling berinteraksi. Kesimpulannya, sekolah wawasan mampu memberi kesan positif kepada perpaduan negara.

    BalasPadam
  5. MUHAMMAD ADIB IMAN BIN ROSDIN
    (11DKA24F1051)

    1.Sekolah Wawasan merupakan satu konsep pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan matlamat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar sejak kecil. Sekolah ini menggabungkan tiga jenis sekolah dalam satu kawasan, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Walaupun setiap sekolah mengekalkan sistem pembelajaran dan bahasa pengantar masing-masing, mereka berkongsi kemudahan asas seperti padang, kantin, perpustakaan, dan dewan. Konsep ini diwujudkan bagi meningkatkan interaksi antara kaum dalam persekitaran yang lebih harmoni, selaras dengan objektif perpaduan nasional.


    2.konsep ini mendapat kurang sambutan daripada ibu bapa terutamanya daripada kaum Cina dan India. Mereka bimbang bahawa identiti budaya dan bahasa anak-anak mereka akan terjejas jika terlalu banyak berinteraksi dengan sistem sekolah kebangsaan. Oleh itu, ramai ibu bapa masih memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran masing-masing yang berasingan.

    BalasPadam
  6. 1. Sekolah Wawasan ialah konsep yang menggabungkan SK, SJKC, dan SJKT dalam satu kompleks bagi menggalakkan perpaduan kaum. Walaupun setiap sekolah mengekalkan sistem pembelajaran sendiri, mereka berkongsi kemudahan seperti padang dan kantin untuk meningkatkan interaksi antara murid.
    2. ⁠Pelaksanaan Sekolah Wawasan di Malaysia kurang berjaya kerana kurang sambutan daripada masyarakat, terutamanya ibu bapa dari SJKC dan SJKT yang bimbang akan kehilangan identiti budaya dan bahasa. Walaupun sekolah-sekolah ini berada dalam satu kompleks, sistem pembelajaran masih berasingan, menyebabkan interaksi murid-murid berlainan kaum terbatas. Selain itu, jumlah Sekolah Wawasan yang dibina sangat terhad kerana kekurangan sokongan dan keperluan infrastruktur yang besar. Oleh itu, perpaduan kaum dalam pendidikan mungkin lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bersama antara sekolah tanpa perlu menyatukan mereka dalam satu kompleks.

    BalasPadam
  7. Muhammad Shahiran Bin Muhammad (11DKA24F1048)

    1. Sekolah Wawasan ialah konsep pendidikan di Malaysia yang menggabungkan beberapa sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (contohnya, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dalam satu kawasan yang sama. Tujuannya adalah untuk memupuk perpaduan antara murid-murid daripada pelbagai kaum sejak usia muda dengan membolehkan mereka berkongsi kemudahan seperti padang, kantin, dan dewan sekolah, sambil masih mengekalkan sistem pembelajaran masing-masing.

    2. Pelaksanaan Sekolah Wawasan boleh dikatakan kurang berjaya kerana terdapat pelbagai cabaran yang menghalang matlamat asalnya untuk memupuk perpaduan kaum sejak usia muda. Walaupun konsep ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi antara murid dari latar belakang yang berbeza dengan berkongsi kemudahan yang sama, hakikatnya hubungan antara mereka masih terbatas. Hal ini kerana setiap sekolah masih mengekalkan sistem pembelajaran yang berbeza, menyebabkan murid-murid cenderung bergaul dalam kumpulan mereka sendiri tanpa banyak interaksi dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

    Selain itu, kurangnya sambutan daripada ibu bapa, khususnya mereka yang menghantar anak ke sekolah jenis kebangsaan, turut menjadi faktor utama kegagalan konsep ini. Ramai ibu bapa bimbang bahawa Sekolah Wawasan mungkin akan menghakis identiti budaya dan bahasa sekolah mereka, terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina dan India. Mereka khuatir bahawa lama-kelamaan, sekolah jenis kebangsaan akan kehilangan ciri-ciri uniknya dan akhirnya diserap ke dalam sistem kebangsaan secara beransur-ansur.

    BalasPadam
  8. 1. Sekolah Wawasan
    Sekolah Wawasan ialah konsep pendidikan di Malaysia yang menggabungkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dalam satu kawasan yang sama.


    2. Pada pendapat saya pelaksanaan Sekolah Wawasan kurang berjaya kerana Ibu bapa dari aliran SJKC dan SJKT, bimbang identiti budaya dan bahasa anak-anak mereka akan terjejas.

    BalasPadam
  9. nur ifti alishya binti roswadi (11DKA24F1021)

    1. Sekolah Wawasan ialah konsep sekolah yang menggabungkan tiga jenis sekolah dalam satu kompleks, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Tujuannya adalah untuk mewujudkan perpaduan antara pelajar berbilang kaum sejak di peringkat sekolah rendah dengan berkongsi kemudahan dan menjalankan aktiviti bersama.

    2. Pada pandangan saya, pelaksanaan Sekolah Wawasan mempunyai kejayaan dan cabarannya tersendiri. Dari segi kejayaan, konsep ini membantu menggalakkan perpaduan kaum kerana pelajar dari latar belakang yang berbeza dapat berinteraksi dan berkongsi kemudahan seperti kantin, padang, dan dewan. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara kaum sejak kecil dan membentuk masyarakat yang lebih harmoni. Namun, terdapat juga cabaran dalam pelaksanaannya, seperti kurangnya komunikasi antara pelajar akibat perbezaan bahasa dan budaya. Selain itu, masih terdapat kebimbangan dalam kalangan sekolah jenis kebangsaan mengenai kemungkinan identiti sekolah mereka terjejas. Oleh itu, walaupun Sekolah Wawasan mempunyai potensi untuk memperkukuh perpaduan, usaha yang lebih perlu dilakukan bagi memastikan interaksi antara pelajar lebih aktif dan berkesan.

    BalasPadam
  10. 1. Sekolah Wawasan ialah konsep di Malaysia di mana SK, SJKC, dan SJKT ditempatkan dalam satu kawasan untuk memupuk perpaduan kaum. Setiap sekolah mengekalkan kurikulum sendiri tetapi berkongsi kemudahan dan menjalankan aktiviti bersama seperti sukan dan perhimpunan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan persefahaman, toleransi, dan interaksi antara murid dari pelbagai kaum sejak peringkat awal.

    2.Pada pandangan saya, pelaksanaan Sekolah Wawasan di Malaysia menghadapi kegagalan kerana beberapa sebab utama. Ramai ibu bapa menolak konsep ini kerana bimbang identiti budaya dan bahasa kaum mereka terhakis. Selain itu, terdapat persepsi negatif bahawa Sekolah Wawasan adalah usaha untuk mengasimilasikan kaum minoriti ke dalam sistem kebangsaan. Penyertaan sekolah juga rendah kerana kebanyakan sekolah vernakular tidak bersetuju untuk menyertai konsep ini. Faktor politik dan sensitiviti kaum turut menyebabkan kurangnya sokongan terhadap pelaksanaannya. Walaupun begitu, Sekolah Wawasan telah berjaya meningkatkan interaksi dan persefahaman antara murid pelbagai kaum di beberapa sekolah yang menyertainya.

    BalasPadam
  11. 1. Sekolah Wawasan ialah konsep sekolah yang diperkenalkan di Malaysia untuk memupuk perpaduan antara kaum sejak peringkat sekolah rendah. Dalam konsep ini, tiga jenis sekolah rendah yang berbeza—Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)—ditempatkan dalam satu kompleks yang sama. Walaupun setiap sekolah masih mengekalkan sistem pendidikan masing-masing, mereka berkongsi kemudahan seperti kantin, padang, dan dewan bagi menggalakkan interaksi antara murid-murid dari pelbagai kaum.

    2.Pelaksanaan Sekolah Wawasan kurang berjaya kerana kurang sambutan daripada ibu bapa, interaksi antara kaum yang masih terhad, dan bilangan sekolah yang sedikit. Namun, ia tetap mempunyai kesan positif dalam mewujudkan ruang interaksi dan memupuk perpaduan jika dilaksanakan dengan lebih baik.

    BalasPadam
  12. 1.Sekolah Wawasan ialah konsep sekolah yang menggabungkan beberapa sekolah rendah berlainan aliran, seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), dalam satu kompleks yang sama. Tujuan utama konsep ini adalah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar daripada pelbagai kaum sejak usia muda.

    2.Pada pemdapat saya,kejayaan pelaksanaan Sekolah Wawasan bergantung kepada beberapa faktor. Dari satu sudut, konsep ini dapat meningkatkan interaksi antara pelajar dari pelbagai kaum, sekali gus membantu membentuk perpaduan. Namun, terdapat juga cabaran seperti perbezaan sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantar yang berbeza bagi setiap aliran sekolah. Sesetengah ibu bapa dan masyarakat mungkin kurang menerima konsep ini kerana bimbang ia akan menjejaskan identiti dan budaya pendidikan sekolah masing-masing. Oleh itu, kejayaan penuh Sekolah Wawasan masih menjadi perdebatan dan bergantung kepada sokongan semua pihak.

    BalasPadam
  13. 1.Sekolah Wawasan merujuk kepada konsep pendidikan yang menghimpunkan pelajar daripada pelbagai kaum dalam satu kompleks sekolah bagi memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional sejak peringkat awal persekolahan.

    2.Pada pandangan saya, pelaksanaan Sekolah Wawasan menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan kerana ia membuka ruang interaksi antara pelajar berbilang kaum. Melalui pelbagai aktiviti bersama, nilai toleransi, hormat-menghormati dan kefahaman budaya dapat dipupuk secara berkesan.

    BalasPadam
  14. 1.Sekolah Wawasan ialah konsep pendidikan yang menghimpunkan sekolah rendah berlainan aliran seperti SK, SJKC, dan SJKT dalam satu kawasan. Walaupun mengekalkan identiti masing-masing, sekolah ini berkongsi kemudahan untuk meningkatkan interaksi antara pelajar pelbagai kaum.

    2.Pelaksanaannya mempunyai kejayaan, antaranya menggalakkan perpaduan dan membolehkan pelajar menikmati kemudahan yang lebih baik. Namun, ia menghadapi cabaran seperti kurangnya sambutan daripada ibu bapa dan perbezaan sistem pembelajaran yang masih ketara.

    BalasPadam
  15. PUTERI NUR ADILAH BINTI NASEIRRUDIN
    (11DKA24F1006)

    1. Sekolah Wawasan ialah sekolah yang menggabungkan pelajar daripada pelbagai kaum dan budaya. Tujuannya untuk memupuk perpaduan, toleransi, dan keharmonian antara pelajar dari latar belakang yang berbeza.

    2. Pada pandangan saya, pelaksanaan sekolah wawasan mempunyai kejayaan yang agak baik, tetapi masih terdapat cabaran. Sekolah Wawasan berjaya menggalakkan interaksi antara pelajar dari pelbagai kaum dan budaya, yang membantu memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati. Namun, cabaran seperti perbezaan latar belakang budaya dan bahasa, serta sikap segelintir pihak yang masih memegang kepada sentimen perkauman, boleh mempengaruhi keberkesanan sepenuhnya.

    BalasPadam
  16. THANISHA A/P PERIASAMY
    (11DKA24F1015)

    1.Sekolah Wawasan menggabungkan Sekolah Kebangsaan, SJK(C), dan SJK(T) dalam satu kawasan bagi memupuk perpaduan melalui perkongsian kemudahan dan aktiviti bersama.

    2.Pelaksanaannya kurang berjaya kerana kurang sambutan ibu bapa, kekangan logistik, dan interaksi murid yang masih terhad. Namun, ia berjaya dalam aspek perpaduan melalui aktiviti kokurikulum dan penggunaan kemudahan bersama.

    BalasPadam
  17. Aidil Adham bin Mohamad Helni ( 11 DKA24F1018 )

    1) Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. salah satu tujuan penubuhan sekolah wawasan ialah untuk memupuk semangat perpaduan kaum di sesebuah institusi .

    2) pada pandangan saya , sekolah wawasan ini belum sepenuhnya dilaksanakan malah hampir berjaya dilaksanakan kerana masih lagi banyak sekolah jenis kebangsaan india dan cina masih beroperasi di Malaysia . Jika hal ini terus berlaku , jurang antara kaum agak besar . oleh itu pihak kerajaan perlu mengambil cakna tentang isu ini supaya negara kita tidak bermusuhan dan sikap perpaduan antara kaum timbul dalam setiap rakyat .

    BalasPadam

ustaz azhar idrus-api dunia