Khamis, 25 Januari 2018

Analisa video DAT5A


Sila tonton video dalam kelas dan buat ulasan aspek berikut:

a-Senaraikan 2 Nilai murni dan contoh babak
b-Senaraikan 2 Tanggungjawab sosial dan contoh babak
 
sekian,
  

terima kasih.

21 ulasan:

  1. contoh:nilai murni;gigih dan sabar dalam babak coach suruh buat rangkak maut

    BalasPadam
  2. nilai murni
    1) berusaha dengan bersungguh-sungguh demi sesuatu kejayaan yang ingin kita perolehi.
    2) teruskan melangkah walaupun perit sekalipun dan tidak berputus asa .

    tanggungjawab sosial
    1) menyampaikan mesej yang memberi pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain.
    2) menggunakan bahasa yang elok agar lebih berusaha mengecapi sesuatu kejayaan.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Memberi inspirasi kepada orang lain - babak bila seorang kawan berusaha sampai ke penamat
    Berusaha - babak bila brock berusaha tamatkan rangkak maut
    - menyampaikan mesej kepada orang lain
    - menggunakan bahasa yang mudah difahami

    BalasPadam
  5. a) berdisiplin : lelaki tersebut berdisiplin dalam melakukan latihan yang diberikan kepada pelatih
    berusaha : lelaki tersebut berusaha menghabiskan latihan tersebut walaupun rakannya selalu mempersendakannya
    b) mampu memberi kesedaran dan pengajaran kepada penonton : walaupun lelaki tersebut berbadan besar tetapi pelatihnya membuktikan kepada semuaa orang dan lelaki tersebut bahawa setiap orang mampu melakukan dengan adanya usaha
    menerapkan sikap dan nilai nilai murni : mereka menunjukkan kerjasama dalam kumpulan, berusaha sehingga kita pun tak percaya bahawa kita mampu melakukannya.

    BalasPadam
  6. Nilai murni : usaha Dan tidak berputus asa . contoh macam seorang pemain yang tetap meneruskan usahanya untuk buktikan kepada jurulatih dia yang dia tidak hanya berkata kata tetapi melalukan APA yang dikatakan.

    Tanggungjawab sosial : tanggungjawab seorang jurulatih untuk memastikan pemainnya kuat Dari segi mental Dan fizikal dan rasa hormat dalam diri pemain pada suruhan jurulatih

    BalasPadam
  7. a) 2nilai murni
    -Berusaha bersungguh-sungguh(Pemain ragbi itu berusaha untuk menghabiskan 50balt walaupun dia tidak mampu lagi untuk melakukannya.)
    -Beri galakan(Coach pemain ragbi itu memberi galakan agar pemain ragbi itu menghabiskan latihannya)

    b) 2tanggungjawab sosial
    -Video ini menyampaikan mesej agar kita janganlah mudah berputus asa dan menyerah kalah sebelum berjuang.
    -Video ini juga menyampaikan mesej kite hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaaan dan apa yang kita inginkan.
    -Videoa ini menyampaikan mesej sebagai rakan dan orang terdekat, kita hendaklah memberi galakan kepada kawan kita yang lain agar dia tidak mudah menyerah.

    BalasPadam
  8. a. 2 nilai murni dan contoh :
    1. Kerjasama - Pemain ragbi seolah-olah berputus asa. Apabila mereka bekerjasama, mereka akan berjaya.

    2. Benar - Jurulatih bercakap benar kerana dia melihat pasukannya itu tidak semangat dan cepat mengalah

    b. 2 tanggungjawab sosial dan contoh babak:
    1. Semangat - Jurulatih menunjukkan sikap yg positif dimana dia boleh membuktikan pada pemain ragbi itu yg dia boleh berjaya.

    2. Memberi kesedaran - Jurulatih memberi kesedaran kepada semua pemain yg lain.

    BalasPadam
  9. Berdasarkan video yang saya tonton, terdapat beberapa nilai murni yang boleh dicontohi antaranya berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa. Selain itu, tenaga pengajar tersebut memberi semangat dan tegas untuk memupuk semangat dalam diri pelajarnya. Tanggungjawab sosial yang boleh diambil dari video tersebut ialah mampu memberi kesedaran dan pengajaran kepada penonton dan contoh babak ialan tenaga pengajar itu memberi semangat kepada pelajarnya supaya tidak putus asa walaupun dipandang rendah oleh rakan-rakannya. Kedua, menegakkan keadilan serta menentang kezaliman, ketidakadilan contohnya dalam situasi semua pelajar membuli serta selalu memandang rendah kepada lelaki itu dengan beranggapan bahawa lelaki itu tidak boleh bermain kerana berbadan besar.

    BalasPadam
  10. Contoh:tidah mudah putus asa dalam babak pemuda pemain itu tidak mudah putus asa untuk buat cabaran yang diberi oleh coach.
    :gigih untuk laksanakan sesuatu tugas contoh babak pemain itu gigih untuk capai target coach

    Tanggungjawab sosial:Perlu sokong kepada orang yang perlukan sokongan contoh babak coach sokong kepada pemain itu untuk capai targetnya
    :perlu motivasi orang supaya mengenal tahap kebolehan orang contoh babak coach motivasikan pemain itu agar dapat capai targetnya.

    BalasPadam
  11. nilai murni
    1) berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam segala aspek.
    2) Kita janganlah cepat berputus asa dengan segala sesuatu cabaran.

    tanggungjawab sosial
    1) menyampaikan mesej yang elok.
    2) menggunakan bahasa yang sopan.

    BalasPadam
  12. (a) Disiplin: Lelaki tersebut mempunyai disiplin yang tinggi dalam diri sehinggakan dia mampu mencapai kejayaan lebih dari apa yang diinginkan.
    Bertanggungjawab: Lelaki tersebut mempunyai sifat tanggungjawab dalam dirinya di mana dia telah menyahut cabaran daripada jurulatihnya sehingga tamat latihannya.

    (b) Mampu memberi kesedaran dan pengajaran kepada penonton: Menunjukkan bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha keras di mana lelaki tersebut mampu mencapai kejayaan walaupun rakan-rakannya memperlekehkan kebolehannya pada mulanya.
    Memberikan lebih banyak kesan baik daripada kesan buruk: Babak tersebut menunjukkan banyak nilai murni dan pengajaran yang ditunjukkan berbanding sifat negatif. Contohnya, disiplin dalam diri, tanggungjawab untuk melakukan tugasan.

    BalasPadam

  13. Nilai murni :
    1) positif . Yakin boleh melakukan setiap cabaran dan terapkan dalam diri boleh melakukan sesuatu perkara . Player buat rangkak maut smpai ke hujung padang dengan sokongan positif drpd coach
    2) bersungguh-sungguh. Player buat aktiviti tu bersungguh-sungguh utk capai matlamat yg diarahkan.

    Tanggungjawab sosial:
    1) coach beri kata-kata semangat kpd player
    2) coach beri pengajaran kpd anak buad , jangan mudah putus asa tanpa usaha

    BalasPadam
  14. Nilai murni:

    1) Hemah tinggi : sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas kearah kecermerlangan diri walaupun terpaksa menghadapi rintangan .
    2) Berdisplin: mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan oleh coach dalam membuat sesuatu tugasan yang diberikan selagi tidak menyalahi syariah islam .

    Tanggungjawab sosial:

    1) menerapkan sikap dan nilai-nilai murni seperti berfikiran positif dan terbuka sekiranya coach memberikan tugasan dan laksanakan dengan penuh keikhlasan.
    2) tetap memberi sokongan dan kata kata semangat kepada pelatih dalam menyelesaikan tugasannya

    BalasPadam
  15. a) i) tidak putus asa - pemain tersebut percaya dengan diri sendiri dan yakin boleh lakukan tugasan yang diamanahkan sehingga selesai dan istiqamah dalam melakukan sesuatu kerja
    ii) berdisiplin - mematuhi peraturan yang ditetapkan dan selesaikan tugasan tersebut

    b) i) mampu memberi kesedaran dan pengajaran kepada penonton - membuktikan bahawa tanpa usaha kita tak akan berjaya
    ii) menerapkan sikap dan nilai nilai

    BalasPadam
  16. A. Nilai murni:pemain itu berusaha dengan bersungguh sungguh dalam babak menjalankan latihan dia berusaha teruskan walaupun dia tak boleh lakukan dan coach menjalankan tanggungjawab dengan melatih pemain sehingga pemain itu boleh menjalankan latihan sepenuhnya.
    B. Memberi peluang kepada rakan untuk menjalankan latihan dalam babak rakan pemain pada mulanya tidak percaya yg pemain tersebut boleh lakukan latihan tersebut dan akhirnya pemain dapat menjalankan latihan dengan jayanya.

    BalasPadam
  17. a) i) Tidak mudah putus asa - pemain ragbi tidak mudah putus asa untuk meneruskan usahanya dengan menggendong rakannya ke garisan penamat
    ii) Memberi semangat - jurulatih terus memberi semangat walaupun pemain ragbi hampir berputus asa

    b) i) Tidak menggunakan kata kata yang kesat - walaupun merasai sakit dan hampir berputus asa, pemain ragbi tidak menggunakan kata kata yang kesat
    ii) memupuk nilai murni - jurulatih tidak berputus asa untuk memberi semangat manakala pemain ragbi juga tidak berputus asa untuk ke garisan penamat.

    BalasPadam
  18. 1)berdisiplin- mestilah mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Pemain mendengar arahan yang telah diarahkan oleh pelatih.
    2) istiqamah - tekal, tepat, tetap dan berterusan membuat sesuatu. Pemain berusaha untuk sampai ke hujung padang.
    B. 1)mampu memberi kesedaran dan pengajaran kepada penonton. Pemain berusaha walaupun orang memandang rendah terhadap dirinya.
    2)menerapkan sikap dan nilai-nilai murni. Pelatih memberi nasihat dan dorongan kepada pemain untuk terus berusaha.

    BalasPadam
  19. A) : pemain itu mempunyai azam yang tinggi untuk menyahut cabaran jurulatih . Selain itu , pemain itu berdisiplin mematuhi apa yang diminta oleh jurulatih tersebut .

    B) pemain tersebut mampu memberi kesedaran dan pengajaran kepada ahli pasukan untuk membuat aktiviti tersebut dengan jayanya walaupun dengan mata yang tertutup
    Pemain itu menerapkan sikao dan nilai-nilai murni yang baik kepada ahli pasukannya sebagai contoh tidak mudah menyerah kalah dengn segala apa yang diminta oleh jurulatih

    BalasPadam
  20. Nilai murni
    - disiplin - dalam babak jurulatih suruh buat rangkak maut
    - berusaha - babak habiskan rangkak maut

    Tanggungjawab sosial
    - memberi kesedaran - membuat rangkak maut dihadapan rakan sepasukan
    - memberi pengajaran
    #AfiqSabidin

    BalasPadam
  21. 1. Kerjasama antara satu sama lain. Contoh kerjasama satu pasukan yang hendak berjaya.
    2. Tidak mudah putus asa.Contoh sanggup hadapi kesusahan demi mencapai matlamat.
    Tanggungjawab sosial
    1. Menyokong ahli kumpulan. Contoh seorang ahli sanggup menanggung kesakitan bagi mencapai matlmat yang dikehendaki dan rakan sekumpulan perlu menyokongnya.

    BalasPadam

ustaz azhar idrus-api dunia