ULASAN JURNAL
PEMUPUKAN AKHLAK MUSLIM MENURUT PANDANGAN IBNU MISKAWAYH.
Mohd Faizal Mat Pesa
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
1.0 LATAR
BELAKANG
Jurnal ini merupakan hasil kajian Siti Norlina Muhamad & Mohd
Nasir Ripin dari Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Universiti
Teknologi Malaysia,Skudai, Johor Manakala Mohd Dani Muhamad daripada Centre For
Islamic Thought And Understanding (CITU) UiTM Shah Alam, kajian terhadap pemupukan
akhlak muslim menurut pandangan Ibnu Miskawayh. Perbincangan dalam jurnal ini
adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarnya tentang pembentukan akhlak
amat penting kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan iman. Sungguhpun
fitrah semulajadi manusia adalah baik, ada ketikanya manusia mempunyai
keinginan yang tersasar dari kebaikan. Akhirnya dalam mengejar kemajuan
kebendaan, manusia mengorbankan keluhuran akhlak dan iman. Penulisan ini juga
telah disokong oleh penulis dengan membawa sorotan tokoh contoh akhlak Islam
terkemuka iaitu Ibnu Miskawayh dalam menghadapi keruntuhan akhlak masyarakat
pada zamannya dan boleh diaplikasikan pada masa kini.
2.0 SASARAN
PEMBACA
Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian dan
jurnal ini adalah ditujukan kepada pemikir-pemikir ilmuan islam dan mahasiswa
dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi. Idea ini kemudiannya dibuka kepada
semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat pendapat al-Ghazali yang
berasaskan al-Quran dan Sunnah, sekaligus menolak dakwaan ahli falsafah barat
yang mengatakan falsafah Islam merupakan disiplin ilmu yang berasal dan
bersandarkan pada pemikiran Yunani.
3.0 RUMUSAN
JURNAL
Isu akhlak bukan hanya terhad kepada aktiviti-aktiviti
sosial, tetapi juga wujud dalam setiap aktiviti manusia seperti politik,
ekonomi dan sebagainya. Pemupukan
nilai-nilai akhlak dan etika yang baik dalam kehidupan muslim mestilah dititikberatkan.
Proses pemupukan akhlak muslim harus bermula dengan keluarga di rumah dan diteruskan dalam
kehidupan sosial bermasyarakat. Keruntuhan akhlak
yang berpunca daripada
kemerosotan nilai-nilai akhlak
boleh diatasi melalui peningkatan
kualiti kehidupan keluarga. Ini boleh dilaksanakan melalui penghayatan terhadap
tuntutan Islam dalam kehidupan seharian di samping penekanan terhadap disiplin
dan membezakan dosa atau pahala dalam setiap tingkahlaku.
Maka sebab itulah, penulis melihat
keperluan usaha untuk menjana
semula akhlak Islam
dalam masyarakat adalah dengan cara mencari penyebab
berlakunya penyelewengan dalam masyarakat dan berusaha mengubati penyelewengan
tersebut. Di antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah denagn meluaskan pemikiran, kerana pemikiran
yang sempit merupakan faktor
berlakunya perbuatan jahat, bersahabat dengan orang yang berperibadi
mulia kerana ia merupakan antara perkara yang boleh mendidik jiwa dan meneliti perjalanan
hidup para nabi,
ulama dan pahlawan
Islam kerana ia
boleh dijadikan teladan kepada orang yang mengkajinya.
3.1 PENILAIAN
Penulis
cuba menterjemahkan apakah yang dimaksudkan dengan akhlak dan bagaimanakah
pemupukan akhlak dibina oleh Ibnu Miskawayh bagi mengatasi gejala sosial pada
zamannya dan diaplikasikan dalam konteks semasa. Bahkan pendekatan Ibnu
Miskawayh ini terbukti masih releven
sehingga kini.
Penulis
juga memberikan senarai panjang contoh gejala sosial masyarakat masakini
termasuklah jenayah berat, keganasan seksual, jenayah remaja, penderaan
kanak-kanak, dan gejala rasuah. Banyak juga gelala sosial ini dibukti melalui “stakeholder”
seperti kes ragut dalam berita Harian, 17 Jun 2004, jenayah remaja seperti
peras ugut dan rogol dalam majalah dakwah, September 2006, rasuah dalam Utusan
Malaysia, 17 jun 2004 dan sebagainya. Di samping itu juga penulis cuba mengfokuskan kepada
etika hidup yang tinggi dan mulia sebagai hamba Allah menurut Ibnu Miskawayh
antaranya pegangan agama yang mantap, usaha dari individu, bersahabat dengan
orang baik dan sebagainya.
3.1.1 TEMA
Penulis
telah memilih tema akhlak muslim dan langkah mengatasi masalah akhlak masakini mengikut
metodologi Ibnu Miskawayh sebagai fokus utama penulisan. Ini bertepatan dengan
sasaran utama penulisan beliau iaitu kepada kepada pemikir-pemikir ilmuan islam
dan mahasiswa dan mahasiswi di Institut pengajian tinggi.
3.1.2 CIRI-CIRI
Penulisan
penulis ini bercirikan penulisan ilmiah dan dipersembahkan dengan mewujudkan
ciri-ciri kajian dan dapatan. Hasil dapatan adalah bertujuan bagi menguatkan lagi hujah agar boleh
menyakinkan pembaca menerima pendapat beliau.
3.1.3 KAITAN
TEORI, PENDAPAT DAN AMALAN
Penulis
telah berjaya memberikan pendapat daripada para sarjana dan ilmuan tentang pemupukan
akhlak muslim. Di antaranya Ibnu khaldun (1995), mengatakan pasang surut
sesebuah Negara dan tamadun banyak bergantung kepada sejauhmana umat itu
berpegang kepada nilai-nilai yang tinggi. Penulis juga menggunakan pendapat penyair
arab terkenal yang bernama Ahmad Shauqi tentang akhlak yang mana beliau mengatakan
sesebuah masyarakat itu akan ada selagi ada akhlaknya. Sekiranya akhlaknya
tiada, maka masyarakat akan lenyap. Penulis juga cuba membawa pendapat tokoh
lain seperti Prof Khurshid Ahmad yang berpandangan Islam tidak menghalang
manusia mengejar kemajuan, teknologi dan kekuasaan tetapi ia menghalang semua
ini jika dijadikan sebagai matlamat dan tujuan hidup manusia. Menurut Prof
Khurshid Ahmad lagi beliau mengatakan kemajuan, teknologi dan kekuasaan
hanya dijadikan sebagai alat dalam mencapai tujuan hidup. Dalam erti kata lain melalui
memahami hakikat tauhid, takwa dan adil yang sebenar akan menjadi asas kepada
pemurnian akhlak seseorang muslim.
Selain
itu terdapat juga pendapat ilmuan seperti Ziaudin sardar (1988) berpendapat
masa hadapan Tamadun Islam banyak bergantung kepada sejarah. Kita juga
memerlukan analisis terhadap pengalaman masa lalu di samping mengambil kira
pengalaman masa kini agar kita mengambil pengajaran daripadanya. Penulis juga
mengemukakan kenyataan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, berhubung kes Rasuah (akhlak)
yang mana melibatkan ramai orang kenamaan telah pun didakwa di mahkamah.
Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung kes kes
ragut dalam kategori jenayah berat, mengemukakan statistik perangkaan kementerian
Pendidikan pada tahun 1994 berhubung kes jenayah remaja dan sebagainya.
Akhirnya, penulis membawa pembaca melihat kenyataan sorotan berita
yang sering dipaparkan di“stakeholder” antaranya termasuklah berita
harian, utusan Malaysia, majalah dakwah yang mana kesemuanya membincangkan
tentang isu akhlak yang melibatkan kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga orang
kenamaan. Oleh itu semua isu-isu akhlak ini perlu diberi perhatian yang serius
oleh semua pihak yang berkenaan bagi mengelakkan iainya menjadi barah dalam
masyarakat sekaligus meruntuhkan akhlak ketamadunan manusia.
dimana boleh dapatkan jurnal ini ?
BalasPadamboleh rujuk dalam google scholar taip tajik di atas
BalasPadamboleh rujuk dalam google scholar taip tajik di atas
BalasPadamsyukran jazilan ats perkongsian
BalasPadam