Jumaat, 14 September 2012

Majlis Tilawah al-Quran Politeknik KPT 2012




SYARAT-SYARAT & PERATURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI TAHUN 2012
PERINGKAT POLITEKNIK-POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


A.   PERATURAN TILAWAH AL-QURAN

1.    Bilangan Peserta

1.1        Bilangan peserta bagi tilawah al-Quran dihadkan kepada 2 orang sahaja bagi setiap Politeknik Malaysia. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan. 
1.2        Walaubagaimanapun, setiap Politeknik boleh mendaftarkan 4 orang peserta.  2 peserta Lelaki dan 2 peserta perempuan (Seorang peserta tetap dan 1 peserta simpanan bagi setiap kategori lelaki dan perempuan).
1.3        Sekiranya berlaku keuzuran syari’, peserta simpanan boleh menggantikan peserta tetap bagi kategori masing-masing.

2.    Syarat-Syarat Peserta

2.1        Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Islam lelaki dan perempuan yang sedang mengikuti pengajian di politeknik yang mereka wakili.
2.2        Peserta hendaklah membaca salah satu daripada ayat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa majlis penganjur  tilawah al-Quran.
2.3        Peserta dikehendaki membaca ayat-ayat yang ditetapkan melalui proses pengundian. Sekiranya berlakunya sebarang penukaran maka markah tidak  akan diambil kira.
2.4        Peserta dibenarkan membawa nashkah al-Quran sendiri.

3.    Pengundian

3.1        Pengundian sidang pembacaan peserta akan diadakan semasa taklimat pengurus pasukan, sekurang-kurangnya lima jam sebelum sesuatu sidang dimulakan atau mengikut budi bicara jawatankuasa penganjur.
3.2        Setiap peserta akan diundi dengan mengambil sampul surat yang mengandungi ayat-ayat yang ditentukan.
3.3        Ayat-ayat yang akan dibaca hanya ditentukan nombor permulaan sahaja. Nombor ayat yang akhir ialah ayat yang dibaca pada akhir minit yang kelapan.

4.    Masa Bacaan

4.1         Masa bagi setiap peserta membaca ialah lapan minit.
4.2         Loceng penamat akan dibunyikan sekali pada minit ke enam.
4.3         Bacaan yang melebihi lapan minit tidak akan diberi markah.
4.4         Peserta boleh membaca seberapa banyak ayat yang sempat dibaca asalkan tidak melebihi masa yang ditetapkan dengan sekurang-kurangnya tiga lagu.

5.    Pakaian Peserta

5.1         Peserta lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan yang lengkap  (bersampin dan bersongkok).
5.2         Peserta perempuan hendaklah berbaju kurung dan bertudung yang sempurna.
5.3         Semua  peserta dikehendaki hadir pada malam majlis perasmian penutup dengan berpakaian kebangsaan dengan lengkap.



B.   PENGHAKIMAN

1.    Penghakiman tilawah al-Quran dibahagikan kepada empat bahagian dengan  pecahan seperti berikut:

1.     Tajwid                                          -           40 markah
2.     Lagu                                            -           25 markah
3.     Fasohah                                     -           20 markah
4.     Suara                                           -           15 markah
Markah penuh                                  :           100 markah

2.    Tilawah al-Quran dihakimi oleh sekumpulan jemaah hakim seramai 8 orang dan  diketuai oleh seorang Ketua Hakim Tilawah.

1.    Hakim bahagian tajwid                         -           2 orang
2.    Hakim bahagian lagu               -           2 orang
3.    Hakim bahagian fasohah       -           2 orang
4.    Hakim bahagian suara             -           2 orang

3.    Jemaah hakim ini dibantu oleh :

1.    Penjaga masa                            -           seorang
2.    Jurukira                                       -           2 orang

4.    Persamaan markah dikalangan peserta akan dinilai dan dirujuk kepada pemarkahan berdasarkan keutamaan berikut :

1.    Tajwid
2.    Lagu
3.    Fasohah
4.    Persidangan jemaah hakim
C.   AYAT-AYAT PILIHAN

1.    Surah al-Bakarah                -           mulai ayat  119

2.    Surah al-maidah                  -           mulai ayat  51

3.    Surah al-An’am                   -           mulai ayat  93

4.    Surah al-A’raf                       -           mulai ayat  1

5.    Surah al-Yunus                  -           mulai ayat  57

6.    Surah Hud                            -           mulai ayat  1

7.    Surah al-Ra’d                       -           mulai ayat  1

8.    Surah al-Isra                         -           mulai ayat  9

9.    Surah al-NamI                      -           mulai ayat  15

10. Surah Luqman                     -           mulai ayat   20










D.   LAIN-LAIN KETERANGAN :

1.    Sebarang kemalangan atau kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak penganjur
2.    Semua peraturan dan syarat pertandingan wajib dipatuhi.
3.    Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut kepentingan penganjuran.
4.    Peserta yang berminat bolehlah mengisi boring penyertaan dan menghantarkan penyertaan kepada Urusetia pada atau sebelum 31 Julai 2012.
5.    Keputusan jawatankuasa kehakiman adalah MUKTAMAD.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Urus Setia Majlis Tilawah Al-Quran Al-Karim
Peringkat Politeknik Malaysia

(Ustaz Iruwan bin Idris)
No.Tel : 019-4545851/04-9886200/Samb.6276



URUS SETIA
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN AL-KARIM PERINGKAT POLITEKNIK MALAYSIA
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
PAUH PUTRA, ARAU
NO. FAKSIMILI : 04-9886300
(u.p : Ustaz Iruwan Idris)
 

BORANG PENYERTAAN
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN AL-KARIM PERINGKAT POLITEKNIK MALAYSIA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1.    Nama Peserta (Lelaki) :  i.  _____________________________________    ______
   ii. ______________________________________    _____
2.    Nama Peserta (Wanita) : i.  ________________________________________    ___
   ii. ________________________________________            
3.    Nama Pengurus Pasukan       :  _______________________________________   _   
4.    No. Telefon                                 :  _____________________________          ___   ___
5.    Alamat Politeknik                       :  _________________________________   _______ 

Peserta sepertimana tersebut di atas akan menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Al-Karim Peringkat Politeknik Malaysia,Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 1433H/ 2012 M dan memahami serta bersetuju dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Tandatangan Pengurus     :  _________________________
Tarikh                                     :  _________________________

Cop Jabatan                         :  _________________________

Sila kembalikan borang ini kepada Urusetia Majlis Tilawah Al-Quran Al-Karim  pada atau sebelum 31 Julai   2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ustaz azhar idrus-api dunia