Selasa, 30 Januari 2018

Analisa video DKM5A



Sila tonton video dalam kelas dan buat ulasan aspek berikut:

a-Senaraikan 2 Nilai murni dan contoh babak
b-Senaraikan 2 Tanggungjawab sosial dan contoh babak
 
sekian,
  

terima kasih.

8 ulasan:

  1. contoh 2 nilai murni:jujur dan sabar

    BalasPadam
  2. a-Senaraikan 2 Nilai murni dan contoh babak
    i) sentiasa memberi semangat . jurulatih mereka sentiasa memberi semangat kepada anak didik tanpa putus asa
    ii) tidak berputus asa . mereka tidak berputus asa dalam latihan walaupun merasa penat

    b-Senaraikan 2 Tanggungjawab sosial dan contoh babak
    i) jurulatih melakukan tanggungjawabnya dengan baik . Contohnya , berusaha keras membantu anak didiknya dalam latihan
    ii) anak didik melakukan tanggungjawab mereka dengan tidak berputus asa ketika dalam latihan . Contohnya , walaupun kepenatan 2 atlet rugbi tersebut tetap melakukan latihan dengan dorongan semangat dari jurulatih mereka.

    BalasPadam
  3. a) tidak mudah berputus asa dlm apa jua situasi dan jangan bersikap rendah diri.selalu beri yang terbaik dlm setiap aspek
    b)sentiasa memberi semangat dan galakan positif pada orang sekeliling.contoh babak dimana jurulatih tersebut memberi semangat kepada pemain itu untuk terus ke hadapan tanpa berputus asa di separuh jalan.

    BalasPadam
  4. 1. Nilai murni dan contoh babak.
    - Taat kepada arahan orang tua atau pengajar. Para pelajar taat kepada arahan jurulatih semasa latihan dijalankan.

    - Disiplin. Pelajar pada akhir video dapat mengekalkan disiplin semasa latihan, hasilnya mereka dapat menamatkan latihan yang pada mulanya amat mustahil baginya.

    2.Tanggungjawab sosial dan babak.
    - Memberikan kata motivasi kepada orang lain. Contohnya, jurulatih memberikan kata-kata semangat kepada pelajarnya semasa melakukan latihan agar tidak mudah berputus asa.

    - Memberikan kerjasama kepada rakan. Contohnya, latihan yang diajar oleh jurulatih memerlukan kerjasama antara dua orang, pelajar pada akhir video dapat menunjukkan kerjasama yang sangat baik sebelum menghabiskan latihan mereka.

    BalasPadam
  5. a) Nilai murni: Berdisiplin dan Hemah tinggi.
    Cth babak: coach melakukan tugasnya sebagai tenaga pengajar untuk pasukan itu. Coach menyuruh seorang pemain itu merangkak, walaupun tahu pemain tu sudah sakit tapi coach masih memberi sokongannya kerana demi kebaikan pemain itu juga.

    b) tanggungjawab sosial: tanggungjawab seorang coach/guru dan tanggungjawab berpasukan.
    cth babak: coach menjalankan aktiviti merangkak kepada pasukan itu untuk menunjukkan atau memberikan sesuatu kepada pasukan itu. Pemain itu melakukan aktiviti merangkak itu secara berpasukan sehingga selesai.

    BalasPadam
  6. a)nilai murni:semangat berpasukan.setiap ahli memberi dorongan dan semangat dalam berpasukan.
    b)tanggungjawab.jurulatih menjalan tugas dengan baik dan memberi sokogan kepada anak anak buah.

    BalasPadam
  7. a) 1.tidak mudah putus asa
    -pemain tidak mudah putus asa dalam menjalani latihan walaupun dia berasa tidak kuat dengan latihan tersebut.
    2.semangat kerjasama kumpulan yang tinggi
    -Ahli kumpulan mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk mengalahkan pihak lawan.
    b) 1)dorongan yang kuat
    -pelatih memberikan dorongan kepada para pemain supaya terus bersemangat.
    2)memberikan kata-kata positif
    -pelatih memberikan kata-kata positif kepada pemain ketika dia menutup mata pemain tersebut dengan mengatakan saya tidak mahu awak berputus asa setelah awak sudah melangkah jauh.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

ustaz azhar idrus-api dunia