Jumaat, 23 Disember 2016

Doa Majlis Persaraan

DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN / PERPINDAHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di MAJLIS  SEMPENA PERSARAAN / PERPINDAHAN………………………. (nama), Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru kami berhimpun di sini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di SK …………...

Allahumma Ya Mudabbiral amri
Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Seperti mana lafaz yang sama-sama kita ungkapkan

قل ان صلاتي ونسكي ومحيي ومماتي لله رب العلمين

Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini. Iringilah bersama detik-detik persaraan / perpindahan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram

Kurniakanlah apakiranya kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami. Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما
أللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النا


وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

ustaz azhar idrus-api dunia