Jumaat, 23 April 2010

Keluar mazi ketika solat

Assalammualaikum, Saya ingin bertanya;


1.Saya berada di poland dan berpuasa awal sehari dari malaysia, kemusykilan saya apabila saya kembali ke malaysia saya sudah raya mengikut puasa di poland,jadi bila saya sampai di malaysia tinggal 2 hari lagi nak raya, dikira macam mane keadaan ini,adakah saya perlu sambung puasa mengikut di malaysia atau macam mana?


2. Saya dalam kapal terbang dalam bulan puasa sedangkan saya tidak tahu siang atau malam,makan mengikut waktu ditetapkan dalam kapal terbang,adakah dikira musafir atau macam mane?
mohon perjelasan dengan segera kemusykilan saya ini

Jawapan;


1. Hendaklah saudara menyambut hari raya mengikut negeri tempat saudara berada semasa tiba syawal (dalam kes di atas di Malaysia). Di dalam hadis Rasulullah menegaskan; “Berpuasalah (yakni mulakanlah puasa Ramadhan) apabila kamu melihat anak bulan dan berbukalah (yakni sambutlah hari raya) apabila kamu melihat anak bulan”. Apabila kita berada di satu negeri, tarikh puasa kita dan juga tarikh raya hendaklah mengikut anak bulan yang muncul di negeri tersebut.

Jika membawa kepada berkurangan bilangan puasa (yakni puasa menjadi 28 hari sahaja), hendaklah diqadha sehari selepas hari raya kerana bulan Islam (hijrah) tidak boleh kurang dari 29 hari. Adapun jika membawa kepada lebihan hari (yakni puasa menjadi 31 hari), sehari yang lebih itu akan mendapat pahala sunat, insya Allah.

2. Bagi soalan kedua, jika saudara berpuasa, saudara hendaklah berbuka apabila meyakini matahari terbenam iaitu apabila melihat malam, tanpa mengira sama ada bilangan jam saudara berpuasa menjadi lebih pendek atau menjadi lebih panjang. Jadi, yang menjadi ukuran ialah apabila terbenam matahari maka tibalah masa berbuka puasa walau di mana saudara berada. Mungkin di atas kapal terbang saudara tidak dapat memastikan secara tepat bila matahari terbenam, namun saudara dapat memastikan malam telah tiba atau tidak dengan memerhati di luar kapal terbang. Jika berpuasa mendatangkan kesulitan, saudara boleh berbuka kerana seorang yang berada dalam musafir yang jauh (yakni melebihi 2 marhalah iaitu 85-90km) diharuskan berbuka puasa oleh Syarak, namun saudara wajib mengqadhanya semula selepas Ramadhan. Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/ukuran-waktu-berbuka-bagi-orang-musafir.html).

Wallahu a’lam.


Rujukan;
1. Min Ahsanil-Kalam, Fatawa Syeikh ‘Athiyah Saqar, 2/6.

2. Fatawa Arkan al-Islam, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, hlm. 302.

3. Fatawa Syeikh Dr. Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com).

Masalah hari raya di dua negara berlainan

Assalammualaikum, Saya ingin bertanya;


1.Saya berada di poland dan berpuasa awal sehari dari malaysia, kemusykilan saya apabila saya kembali ke malaysia saya sudah raya mengikut puasa di poland,jadi bila saya sampai di malaysia tinggal 2 hari lagi nak raya, dikira macam mane keadaan ini,adakah saya perlu sambung puasa mengikut di malaysia atau macam mana?

2. Saya dalam kapal terbang dalam bulan puasa sedangkan saya tidak tahu siang atau malam,makan mengikut waktu ditetapkan dalam kapal terbang,adakah dikira musafir atau macam mane?
mohon perjelasan dengan segera kemusykilan saya ini

Jawapan;

1. Hendaklah saudara menyambut hari raya mengikut negeri tempat saudara berada semasa tiba syawal (dalam kes di atas di Malaysia). Di dalam hadis Rasulullah menegaskan; “Berpuasalah (yakni mulakanlah puasa Ramadhan) apabila kamu melihat anak bulan dan berbukalah (yakni sambutlah hari raya) apabila kamu melihat anak bulan”. Apabila kita berada di satu negeri, tarikh puasa kita dan juga tarikh raya hendaklah mengikut anak bulan yang muncul di negeri tersebut.

Jika membawa kepada berkurangan bilangan puasa (yakni puasa menjadi 28 hari sahaja), hendaklah diqadha sehari selepas hari raya kerana bulan Islam (hijrah) tidak boleh kurang dari 29 hari. Adapun jika membawa kepada lebihan hari (yakni puasa menjadi 31 hari), sehari yang lebih itu akan mendapat pahala sunat, insya Allah.


2. Bagi soalan kedua, jika saudara berpuasa, saudara hendaklah berbuka apabila meyakini matahari terbenam iaitu apabila melihat malam, tanpa mengira sama ada bilangan jam saudara berpuasa menjadi lebih pendek atau menjadi lebih panjang. Jadi, yang menjadi ukuran ialah apabila terbenam matahari maka tibalah masa berbuka puasa walau di mana saudara berada. Mungkin di atas kapal terbang saudara tidak dapat memastikan secara tepat bila matahari terbenam, namun saudara dapat memastikan malam telah tiba atau tidak dengan memerhati di luar kapal terbang. Jika berpuasa mendatangkan kesulitan, saudara boleh berbuka kerana seorang yang berada dalam musafir yang jauh (yakni melebihi 2 marhalah iaitu 85-90km) diharuskan berbuka puasa oleh Syarak, namun saudara wajib mengqadhanya semula selepas Ramadhan. Untuk penjelasan lebih lanjut,  (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/ukuran-waktu-berbuka-bagi-orang-musafir.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Min Ahsanil-Kalam, Fatawa Syeikh ‘Athiyah Saqar, 2/6.

2. Fatawa Arkan al-Islam, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, hlm. 302.

3. Fatawa Syeikh Dr. Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com).

Masuk jari dalam pusat ketika puasa

Soalan;
assalamualaikum ustaz, saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa dan jika ianya tergolong di dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? terima kasih

Jawapan;

Tidak membatalkan puasa kerana pusat bukanlah rongga terbuka yang mempunyai saliran yang sampai ke perut. Kecualilah jika pusat itu mengalami luka atau tertusuk menembusi ke perut maka ketika itu batallah puasa jika dimasukkan sesuatu (menurut mazhab Syafi'ie).


Wallahu a'lam.

Soal Jawab Agama

WILADAH DAN NIFAS


Soalan; ustaz, saya ada beberapa pertanyaan yang memerlukan penjelasan.



1- Boleh tak ustaz jelaskan dengan terperinci perbezaan di antara darah wiladah dan darah nifas. Bagaimana pula jika seseorang itu melahirkan anak, dan semasa proses melahirkan anak, tidak ada darah yang keluar, 20 minit kemudian baru darah keluar. Adakah itu nifas atau wiladah.

2-Apakah hukum terhadap wanita hamil yang menanti saat kelahiran, keluar tanda lendir bercampur sedikit darah, ketika itu dia puasa, adakah batal puasanya? Adakah dia perlu solat? Sedangkan dia belum melahirkan anak lagi. Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Perkara ini telah disepakati oleh sekelian ulamak. Oleh itu, merujuk kepada soalan di atas; darah yang keluar setelah 20 minit kelahiran, tidak syak lagi darah itu adalah darah nifas.

Adapun darah yang keluar bersama dengan bayi (yakni semasa proses melahirkan anak), statusnya menjadi khilaf ulamak;

1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia bukan darah nifas, akan tetapi darah penyakit. Mazhab Syafi’ie meletakkan syarat bagi darah nifas; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas.

2. Adapun bagi mazhab yang lain (Maliki dan Hanbali); ia telah dikira sebagai darah nifas, yakni bagi mereka apabila berlaku proses kelahiran, maka darah yang keluar telah dikira darah nifas sekalipun bayi belum sempurna keluar.



Mengenai darah yang keluar ketika saat-saat menanti kelahiran, ini juga menjadi khilaf di kalangan ulamak;

1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia belum dikira sebagai darah nifas, akan tetapi dikira darah istihadhah (penyakit).[1] Oleh itu, wanita yang mengalaminya, puasanya masih sah (tidak batal) dan kewajipan solat juga tidak gugur darinya dengan dilakukan mengikut kemampuannya.

2. Menurut mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit adalah dikira darah nifas (yakni statusnya sama seperti darah yang keluar selepas bersalin). Maka mengikut mazhab Imam Ahmad ini; wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya kerana wanita yang didatangi nifas tidak sah puasa dan solatnya.

3. Menurut mazhab Imam Malik; darah yang keluar sebelum bersalin, ia bukan darah nifas tetapi darah haid. Berdasarkan pandangan mazhab Imam Malik ini, wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya bukan kerana nifas tetapi kerana haid.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Isami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/125.

2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 78.


Nota Kaki;
[1] Atau boleh juga dianggap darah haid jika ada tanda-tandanya. Menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; wanita mengandung ada kemungkinan didatangi haid. Namun jumhur ulamak berpendapat; wanita mengandung tidak akan kedatangan haid dan darah yang keluar darinya secara mutlaknya adalah darah penyakit.

Jumaat, 16 April 2010

Hadis Hari Ini

Hadis riwayat Abu Zar ra., ia berkata:


Aku menghampiri Nabi saw. yang sedang duduk di bawah bayang-bayang Kakbah. Ketika beliau melihatku beliau bersabda: Mereka benar-benar merugi, demi Tuhan Kakbah! Kemudian aku duduk, tetapi tidak tenang, maka aku segera bertanya: Wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, siapakah mereka? Rasulullah saw. menjawab: Mereka adalah orang-orang yang paling banyak harta, kecuali yang berkata begini, begini dan begini (beliau memberi isyarat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri). Mereka yang mau berbuat demikian sangat sedikit. Setiap pemilik unta atau sapi atau kambing yang tidak mau membayar zakatnya, pasti nanti pada hari kiamat, hewan-hewan itu akan datang dalam keadaan lebih besar dan lebih gemuk dari sebelumnya, menanduki pemiliknya dengan tanduk-tanduknya dan menginjak-injak dengan telapak kaki-telapak kakinya. Setiap kali yang lain telah selesai, datang lagi yang pertama sampai diputuskan di hadapan seluruh manusia

Isnin, 12 April 2010

Kunjungan PSA ke PMM


Kunjungan AJK Pusat Islam PSA Ke PMM.Moga ukhwah terbina kekal selamanya.

ustaz azhar idrus-api dunia