Sahabat

KOLEKSI DOA

DOA SEMPENA


PELANCARAN HARI GURU






الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan penghargaan kami terhadap warga pendidik, warga guru yang sangat berjasa. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti para guru, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan komitmen yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha para guru. Satukanlah hati-hati mereka, eratkanlah silatur Rahimi di kalangan mereka. Padukanlah tenaga dan usaha mereka untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada mereka kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.


ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين



ustaz azhar idrus-api dunia

Senarai Blog Saya

Blog Terkini

buku-ibnu miskawayh

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

heartbeat