Jumaat, 8 April 2016

IBU BAPA YANG CEMERLANG

ASSALAMUALAIKUM...


Anda ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang?semua orang ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang. Oleh itu apakah ciri-cirinya? terdapat 4 keperluan yang perlu dipenuhi untuk menjadi ibu bapa cemerlang dan seterusnya membentuk kemenjadian generasi yang hebat.

Langkah 1: Memenuhi keperluan fizikal dan material.
kejayaan ibu bapa memenuhi kehendak fizikal dan material anak seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan perubatan sebenarnya hanya memenuhi sebilangan kecil sahaja tuntutan kecemerlangan ibu bapa kerana ia adalah nafkah wajib terhadap anakknya.oleh itu kita belum lagi boleh dianggap sebagai cemerlang.

Langkah 2 :Memenuhi keperluan akal atau pemikiran
Ibu bapa juga perlu memenuhi keperluan akal anak-anak iaitu ilmu.Sudah semestinya untuk menuntut ilmu memerlukan kelangkapan belajar seperti buku, alat tulis dan sebagainya.

Langkah 3: Memenuhi keperluan emosi
Keperluan emosi juga perlu diambil berat oleh ibu bapa selepas memenuhi keperluan fizikal, akal dan material. Keperluan emosi ini agak sukar untuk dipenuhi dengan sempurna. keperluan emosi anak harus dibelai, dihargai dan didengari.

Langkah 4: memenuhi keperluan jiwa.
Keperluan jiwa anak juga mesti dipenuhi. Ibu bapa mesti menonjolkan teladan yang baik,berakhlak mazmumah, aspek keimanan dan akidah kepada Allah wajib ditekankan supaya menjadi anak-anak yang soleh yang boleh mendoakan dan memberi pahala apabila ibu bapa meninggal kelak.


sekian,berjumpa lagi.

ustaz azhar idrus-api dunia