Sabtu, 20 April 2013

Kaedah Pendidikan zaman Rasullullah S.a.w : Satu Analisa


Kaedah Pendidikan Zaman Rasullullah
Rasullullah s.a.w selaku “Role Model”atau contoh ikutan terbaik merupakan seorang tokoh guru yang telah banyak memperkenalkan kaedah-kaedah pendidikan. Menurut Al-Jumbalathi dan Abu Futuh al-Tunisi (1973) mendefinisikan kaedah pendidikan sebagai cara yang diikuti oleh guru bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar. Di antara kaedah pendidikan Rasullullah s.a.w yang mahsyur ialah :

1.0       Berkhutbah
Teknik syarahan atau khutbah merupakan teknik utama yang digunakan oleh Rasullullah s.a.w dalam penyampaian dakwah baginda. Bahkan khutbah ini diwajibkan untuk setiap solat jumaat agar nasihat dan ajaran baginda dapat disambung pula oleh umatnya sehingga ke hari kiamat. Ini menunjukkan pendekatan berkhutbah merupakan teknik penting dalam menyampaikan ajaran islam. Lazimnya teknik berkhutbah ini digabungkan dengan teknik dialog dan perbincangan selain menggayakan teknik ini dengan penerapan nilai baik kepada para sahabat. Sebagai contoh, Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa pernah sekali Rasullullah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya ( al-Bukhari,1994:180/8):

Terjemahan : Abu Hurairah berkata , Rasullullah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya,”Wahai Manusia Allah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji , tunaikanlah haji.” Seseorang lelaki bertanya :”adakah setiap tahun ,wahai Rasullullah?”Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulanginya pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasullullah s.a.w pun menjawab “ Jika aku katakan Ya,tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu mungkin tidak mampu melakukannya.”Baginda bersabda lagi :” Tinggallah sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan tiada persefahaman dengan nabi mereka . Jadi apabila aku perintahkan kepada kamu , lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang daripada melakukan sesuatu tinggalkanlah.”
(Al-Bukhari)

2.0       Suruhan dan Tegahan
Pendekatan suruhan melakukan sesuatu seperti hadis yang berbunyi “Buatlah begini dan begitu” menjadi keutamaan kepada Rasullulah s.a.w berbanding yang berbentuk tegahan seperti “Jangan buat begini dan begitu” Pada kebiasaanya manusia lebih suka diberikan tunjuk ajar terhadap sesuatu perkara berbanding menyalahkan apa yang mereka lakukan dalam perkara tersebut.

Menurut pendapat al-Nawawi (2003) perlu untuk menggunakan arahan suruhan daripada tegahan dengan nisbah sekitar 7:3. Walaupun metodologi suruhan merupakan yang lebih disukai berbanding tegahan, namun arahan berbentuk larangan perlu bagi memastikan keterangan bentuk batasan ynag dilarang itu jelas arahannya ( Kamarul Azmi,2002).

3.0       Isyarat dan Lakaran
Kaedah isyarat merupakan salah satu cara Rasullullah memberi kefahaman kepada para sahabat ketika menyampaikan ilmu.(Ab.Halim Tamuri,2012). Sebagai contoh dalam teknik Isyarat baginda membuat perbandingan tentang peri dekatnya hari Kiamat berbanding dengan jarak dia diutuskan menjadi Rasul seperti mana yang dinyatakan dalam Hadis (al-Bukhari, 1994:244/7):
Maksud Hadis: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya Rasullullah s.a.w bersabda:”Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya hari kiamat adalah seperti dua jari ini(iaitu jari telunjuk dan jari tengah).”
(al-Bukhari)

Teknik lakaran pula merupakan teknik yang digunakan oleh nabi sebagai simbol untuk memberikan kefahaman terhadap sesuatu maksud. Sebagai contoh dalam menafsirkan wahyu Allah S.W.T surah al-An`am ayat 53, Baginda melakarkan dahulu kepada para sahabatnya (Ibnu Kathir, 1993:181-182/2) sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Mas`ud (Ahmad ,1994:4205):
Maksudnya: Rasullullah melakar dengan tangannya satu garis tegak dan bersabda,” Ini  jalan Allah yang lurus”.Kata Ibnu Mas`ud selepas itu Baginda melakarkan pula garis disebelah kanan dan kiri garisan lurus itu kemudian bersabda,”Inilah jalan-jalan yang tidak terdapat sesuatu pun jalan melainkan terdapat syaitan yang memanggil kepadanya.”Kemudian Rasullullah membaca ayat yang berbunyi:


وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ (١٥٣)


Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”. (153)

(Al-An`am, 6:153,Ahmad)

4.0       Soal Jawab
Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah :

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ أَرِنِى ڪَيۡفَ تُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ‌ۖ قَالَ أَوَلَمۡ تُؤۡمِن‌ۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَـٰكِن لِّيَطۡمَٮِٕنَّ قَلۡبِى‌ۖ قَالَ فَخُذۡ أَرۡبَعَةً۬ مِّنَ ٱلطَّيۡرِ فَصُرۡهُنَّ إِلَيۡكَ ثُمَّ ٱجۡعَلۡ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ۬ مِّنۡہُنَّ جُزۡءً۬ا ثُمَّ ٱدۡعُهُنَّ يَأۡتِينَكَ سَعۡيً۬ا‌ۚ وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ (٢٦٠)

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)

(Al-Baqarah, 3:260)


5.0       Kaedah Pandang Dengar (Audio Visual)
Kaedah ini dinyatakan dalam perisyiwa isra` dan Mikraj, seperti firman-Nya :

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١)
                                                                                                    
Maksudnya : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1)

(Al-Israk, 17:1)

Rumusan yang kita boleh ambil dari ayat tersebut, Rasullulah telah dibawa berjalan dari Makkah ke Baitul Maqdis pada suatu malam, diperlihatkan dan didedahkan dengan pelbagai peristiwa sepanjang pengenbaraannya. Peristiwa-peristiwa itu berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan yang boleh mewujudkan insan yang bertakwa dan beriman. Jesteru itu, baginda bukan sahaja diisrak dan dimikrajkan bahkan diperlihatkan pelbagai peristiwa menerusi penyaksiaan pancaindera  yang dinterpretasikan semula oleh Jibril a.s dengan kata lain ia adalah pengembaraan yang merangkumi kisah-kisah serta gambaran yang menjelaskan kisah tersebutagar dapat menguatkan lagi daya ingatan dan keyakinan Rasullullah. Kaedah ini dinamakan sebagai kaedah pandang dengar (audio visual) dan kaedah pengenbaraan(rihlah). Hasil daripada kaedah yang disepadukan ini sungguh berkesan dalam pengukuhan ilmu dan pembentukkan peribadi umat zaman Rasullullah.

Kesimpulan
Walaupun pelbagai mehnah dan cabaran yang perlu dihadapi para guru pendidikan Islam, harus bangun menyahut cabaran ini demi menerapkan ilmu pengetahuan, ilmu akidah, ibadah dan akhlak. Ini kerana konsep pendidikan dalam Islam adalah pembelajaran yang berterusan, Dengan erti kata lain guru sebagai pengajar ilmu yang berguna, guru sebagai pendidik adab yang berkesan kepada membudayakan adab dalam hidup pelajar, guru sebagai pembimbing ke jalan hidup yang betul dan benar ( Muhammad Uthman el-Muhammady 2003). Kita boleh mengambil pendekatan dan kaedah pendidikan yang diajar pada zaman Rasulullah dalam mengembang dan menyebarkan ilmu pengetahuan pendidikan Islam yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah demi kesejahteraan dan pembangunan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Pendekatan dan kaedah pendidikan Rasullullah ini adalah diharapkan dapat digunapakai oleh para pendidik khususnya guru pendidikan Islam dalam menyebarluas ilmu Allah di mukabumi ini. Sebenarnya masih terdapat banyak lagi pendekatan dan kaedah pendidikan Rasullullah yang kita boleh praktikkan ketika proses P&P dan ini hanyalah sebahagian daripadanya.

Khamis, 11 April 2013

Dapatan kajian ramai yang tidak cukup solat 5 waktu.Bagaimana?













Majlis Persaraan Kak Safiah






Staff JPA bergambar




Ust hidayat"Jurugambar"


En Latif (berdidikasi)


Ust wan (serius...)

Tngu makan satay...


Bergurau senda la pulak...

Gan berselera sekali...

Kak Safiah tersenyum lebar

ustaz azhar idrus-api dunia