Selasa, 13 Disember 2011

Pekeliling SBPA 2011





 Klik Sini Pekeliling SBPA 2011

AMALAN YANG DITUNTUT PADA BULAN ZULHIJJAH

1. BANYAKKAN IBADAH-IBADAH SUNAT PADA 1-10 ZULHIJJAH

Digalakkan melakukan amalan sunat seperti bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, Qiamullail berpuasa dal sebagainnya. Bersabda nabi Muhammad SAW yang bermasud :

Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya, "Bukankah jihad fi sabililllah?" Jawab baginda, "Ya termasuklah jihad fi sablillah, kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit". (Riwayat Al-Bukhari)

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

2. BERPUASA SUNAT PADA 9 ZULHIJJAH

Pada tahun 2011, di Malaysia 9 Zulhijjah jatuh pada hari Sabtu. Di dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda: "Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."

3. MELAKUKAN IBADAH QURBAN

Mengikut jumhur, hukumnya adalah sunat muakkadah (sangat dituntut) setiap tahun, bagi yang mampu. Sementara Imam Abu Hanifah pula menyatakan hukumnya adalah wajib. Berqurban ini adalah di antara melahirkan kesyukuran di atas nikmat rezeki yang Allah berikan. Begitu juga jangan ada perasaan dengan berqurban ini akan mengurangkan harta kita tetapi yakinlah bahawa Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. Banyak cara pelaksaan ibadah ini sama ada melalui masjid, surau, perseorangan ataupun melaui internet.


Firman Allah SWT:"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (surah al-Hajj: 37)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

4. BERTAKBIR PADA 10, 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH.

Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Di atas adalah sebahagian amalan sunat yang di agalakkan di lakukan pada bulan Zulhijjah ini dan banyak lagi amalan-amalan lain seperti solat sunat Aidiladha, mendengar khutbah, bertaubat, meninggalkan maksiat, amar ma’ruf nahi mingkar, menuntut ilmu dan sebagainya.

ustaz azhar idrus-api dunia