Ahad, 18 Julai 2010

Syarat sah solat berjemaah


Syarat sah solat berjemaah itu ada tujuh perkara.
1   Imam hendaklah berada di hadapan makmum sekira-kira janganlah tumit makmum mendahului (ke hadapan daripada) tumit imam (pada sembahyang berdiri) dan janganlah punggung makmum mendahului punggung imam (jika sama-sama solat duduk). Dan jika sama tumit makmum dengan tumit imam, sembahyang makmum itu masih sah, tetapi makruh dan tiada fadilat berjemaah.

2  Hendaklan makmum mengetahui pergerakan imam, samada ia nampak imam itu atau nampak makmum di hadapannya yang mengikut imam atau mendengar suara imam atau suara "muballigh" bagi imam.

3    Berhimpun imam dan makmum di satu tempat.

 Hendaklah makmum berniat mengikut imam atau berjemaah atau menjadi makmum. Dan jika sembahyang seseorang mengikut imam, padahal dia tidak berniat berjemaah, maka batallah sembahyangnya[1]. Tetapi jika imam itu tidak berniat menjadi imam, maka sembahyangnya (imam) adalah sah, kerana tidak disyaratkan bagi imam untuk berniat menjadi imam, sekalipun dia tidak mendapat fadhilat berjemaah kerana tidak berniat jemaah. Dan tidak disyaratkan bagi makmum berniat mengikut imam atau jemaah itu di dalam takbiratul ihram, bahkan sah jika diniatkan ketika sedang bersembahyang (sesudah takbiratul ihram). Tetapi yang sepatutnya ialah berniat ketika takbir (sebelum bertakbir), supaya mendapat fadhilat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi. Diingatkan juga, bahawa wajib pada sembahyang jumaat berniat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi (dalam takbir).

5  Hendaklah sama peraturan sembahyang imam dan makmum. Kerana inilah sah sembahyang fardu di belakang imam yang sembahyang sunat dan begitulah juga sebaliknya. Contoh bagi yang tidak sama peraturan sembahyang ialah solat biasa mengikut solat gerhana atau solat jenazah, maka tidak sah ikutannya itu. Dan tidak mengapa juga jika berlainan bilangan rakaat sembahyang imam dan makmum. Dan jika rakaat sembahyang imam itu adalah lebih banyak, dan makmum sudah pun membaca tahiyat akhir, dia dibolehkan untuk menanti imam dalam tahiyyatnya sehingga imam itu selesai mengerjakan sembahyangnya dan memberi salam atau (pilihan kedua ialah) dia berniat mufaraqah dan memberi salam sebelum selesai solat imamnya. Dan yang afdhalnya ialah menanti imam. Tetapi jika tahiyyat akhir makmum itu berada pada rakaat yang tiada tahiyyat bagi imam, seperti sembahyang maghrib di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, atau sembahyang dua rakaat di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, tetapi imamnya tidak mengerjakan tahiyyat awal, maka wajib bermufaraqah dan tidak harus menanti imam.

6  Hendaklah makmum menurut imam pada perkara-perkara sunat yang perlu dituruti imam samada menurut dengan tinggal atau buat. Ertinya, jika imam mengerjakan sunat tersebut, maka wajib juga dikerjakannya dan jika ditinggalkannya, maka makmum juga wajib meninggalkannya. Contohnya adalah seperti sujud tilawah. Maka jika imam meninggalkannya, makmum juga wajib meninggalkannya, dan jika dilakukannya juga, sedangkan imam meninggalkannya, maka batallah sembahyangnya. Tetapi jika duduk imamnya kerana membaca tahiyyat awal, dan makmum pula sengaja berdiri, tidaklah batal sembahyangnya dan disunatkan baginya kembali duduk (bertahiyyat bersama imam). Dan jika dia berdiri kerana terlupa, sedangkan imamnya duduk membaca tahiyyat awal, maka wajiblah bagi makmum itu kembali duduk (bertahiyyat), dan jika dia tidak turun untuk bertahiyyat bersama imam, maka batallah sembahnyangnya.

7  Hendaklah makmum mengikuti imamnya pada takbiratul ihram dan lainnya. Ini kerana, tidak dinamakan sembahyang berjemaah jika makmum tidak mengikut imam.
Masalah 1: Jika bertakbir yang ingin menjadi makmum berserentak dengan takbir imam, atau mendahului imamnya, maka batallah sembahyangnya.
Masalah 2: Jika makmum mendahului imam dalam rukun qauli (bacaan), maka sembahyangnya sah, kecuali takbir, maka tidak sah sembahyangnya.
Masalah 3: Sah makmum mendahului imam dengan satu rukun fi'li (perbuatan), sekalipun ia adalah haram dan berdosa (kerana mendahului imam).

Masalah 4: Jika makmum mendahului imam dengan dua rukun, maka batallah sembahyangnya, sekalipun rukun pendek. Contohnya adalah seperti rukuk seorang makmum mendahului imamnya, dan apabila imam ingin rukuk, maka ia bangkit beriktidal. Dan apabila imamnya ingin bangkit daripada rukuk, makmum itu sudahpun sujud, maka batallah sembahyang ketika itu (sujud) kerana mendahului imamnya dengan dua rukun.
Masalah 5: Batal sembahyang makmum yang terlewat daripada mengikuti imamnya dengan dua rukun "fi'li" tanpa sebarang keuzuran yang dimaafkan dan jika rukun pendek sekalipun. Contohnya ialah seperti bahawa imamnya telah rukuk, iktidal dan tunduk untuk sujud, sedangkan makmum itu masih lagi berdiri (membaca al-fatihah), maka batallah sembahyang makmum tatkala imam itu sujud. Dan perlu dingatkan di sini bahawa waswas tidaklah termasuk keuzuran, kerana itu, sesiapa yang terlewat dua rukun kerana waswasnya, maka batallah sembahyangnya.
Masalah 6: Dimaafkan kepada makmum "muafiq" yang mempunyai keuzuran - seperti yang terlalu lambat membaca al-Fatihah atau yang terlupa membacanya atau imamnya terlalu cepat membaca al-Fatihah - terlewat daripada imam sehingga tiga rukun yang panjang. Dan jika lebih daripada itu, maka dia wajib berniat mufaraqah dan menyelesaikan sembahyang dirinya berseorangan atau dia terus mendapatkan imam (mengikut imam dengan meninggalkan rukun-rukun sembahyangnya yang terlewat itu), dan menambahkan serakaat lagi sebagai ganti bagi rakaat tersebut sesudah salam imamnya. Adapun makmum "masbuq", maka dia wajib rukuk setelah imamnya rukuk sekalipun tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya. Ini kerana bacaan itu ditanggung oleh imam.
Masalah 7: Makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imamnya serta dia berthoma'ninah bersama imamnya dengan yakin (sebelum imamnya bangkit daripada rukuk itu) dan imamnya itu suci daripada najis dan juga hadas, maka dia dianggap mendapat rakaat. Dan jika imamnya itu ada najis atau berhadas, maka dia tidak dianggap mendapat rakaat itu, kerana imamnya tidak boleh menanggung bacaan al-Fatihahnya. Begitu juga dia tidak dianggap mendapat rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam, tetapi tidak sempat berthoma'ninah bersama imam, atau dia berthoma'ninah tetapi selepas imamnya sudahpun bangkit daripada rukuknya, atau dia syak, adakah dia sempat berthoma'ninah bersama imam atau selepas imamnya sudah bangkit daripada rukuk. Maka sekalian keadaan ini, tidak dianggap mendapat rakaat. Masalah ini perlu diambil perhatian kerana didapati ramai yang terbatal sembahyangnya kerana jahil akan masalah ini, yang mana dia menganggap bahawa dia sudahpun mendapat satu rakaat, lalu dia memberi salam, padahal sebenarnya dia masih lagi kekurangan satu rakaat.

Rancangan perniagaan-usahawan muda

Isi Kandungan

Bahagian 1    :           Pengenalan
Bahagian 2    :           Tujuan Rancangan Perniagaan
Bahagian 3    :           Latar Belakang Perniagaan
Bahagian 4    :           Latar Belakang Pemilik
Bahagian 5    :           Latar Belakang Projek
Bahagian 6    :           Rancangan Pemasaran
Bahagian 7    :           Rancangan Pengeluaran/ Operasi
Bahagian 8    :           Rancangan Organisasi
Bahagian 9    :           Rancangan Kewangan
Bahagian 10  :           Jadual Pelaksanaan Projek
Bahagian 11  :           Rumusan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. PENGENALAN
Syarikat Bernama ini telah ditubuhkan sejak Januari   2009.  Penubuhan ini merupakan sebuah perniagaan  milikan tunggal Bumiputera yang menjalankan perkhidmatan fotografi dan videografi di dalam dan luar studio ........

2. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah  untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek Pemasaran, Pengurusan dan Kewangan kedai kepada:   


3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan               : D’Classic Art Photostudio
Alamat Perniagaan             :
Alamat Surat Menyurat     :

Nombor Telefon                  :
Bentuk Syarikat                   : Kepunyaan Tunggal
Kegiatan Utama                   :
Tarikh Memulakan Perniagaan
Tarikh Pendaftaran             :
Nombor Pendaftaran          :
Modal Permulaan               :
Nama Bank                          :
Jenis Akaun                          :
Nombor Akaun Syariakt    :


4. LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Penuh                                    :
No. Kad Pengenalan          :
Tarikh Lahir                         :
Umur                                     :
Jantina                                   :
Alamat Tetap                       :
Nombor Telefon                  :
Taraf Perkahwinan             :
Kursus Yg Pernah Dihadiri:
Kemahiran                           :  
Pengalaman                         :
Pekerjaan Sekarang            :


5. LATAR BELAKANG PROJEK CADANGAN/ PROJEK

5.1   Lokasi Tapak Projek

Alamat:
Peta lokasi:
5.2  Bangunan – pelan lantai

5.3  Kemudahan Asas


6.0  RANCANGAN PEMASARAN                               

6.1  ANALISIS PASARAN

6.2  Bentuk Pasaran
1.1              Aktiviti Perniagaan dan Perkhidmatan
1.2              Potensi Perniagaan.


6.3  Senarai Produk/Perkhidmatan


Produk/Perkhidmatan
Harga Per/Unit
Kekuatan/Kelebihan








6.4  Pelanggan

Sasaran Pasaran siapa?

6.5  Saiz Pasaran :
6.6  Persaingan

Nama & Alamat Pesaing
Anggaran saiz pasaran
Kekuatan
Kelemahan












6.7    Penyediaan Ramalan Jualan:

PRODUK A
BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Unit













Harga













Jualan (RM)














PRODUK B
BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Unit













Harga













Jualan (RM)














PRODUK C
BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Unit













Harga













Jualan (RM)














PRODUK D
BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Unit













Harga













Jualan (RM)















JUMLAH RAMALAN JUALAN (RM) UNTUK SEMUA PRODUK/PERKHIDMATAN:

BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah (RM)
A













B













C













D













JUMLAH (RM)















6.8  ANDAIAN PENDAPATAN/JUALAN

Andaian bulan pertama :

6.9 Strategi Pemasaran
Produk/Perkhidmatan:
Promosi
Pengedaran
            Harga



7.0  RANCANGAN ORGANISASI/SUMBER MANUSIA

7.1       Matlamat dan Strategi Organisasi
Misi Organisasi

Matlamat Organisasi:

7.2       Strategi Jangka Pendek:

7.3       Strategi Jangka Panjang:

7.4       Struktur Organisasi/Carta Organisasi:











7.5       Fungsi dan Tanggungjawab
Pengurus/Pemilik

Bahagian Pemasaran

Bahagian Perkhidmatan dan Teknikal:

Tenaga Pekerja Organisai/ Pengurusan


7.6       Senarai Kakitangan  Pengurusan
Jawatan
Bil
Kelulusan
Gaji
(sebulan)
Sumber Tenaga Pekerja

Pengurus



1



Ijazah (BA Fine Art) /



2000


Sendiri



7.8       Senarai Butir- butir Lengkap Jawatan Diperlukan

Jawatan
Kelayakan  Minima
Kemahiran/ Pengalaman
Tugas dan Tanggungjawab

Pengurus








Ijazah








Cekap mengurus perniagaan/ selok belok perniagaan, mempunyai skil dalam bidang fotografi.




Mengurus, mentadbir dan mengarah dan membantu dalam sesi fotografi. Memegang akaun perniagaan.




7.9                   Imbuhan Balas Jasa dan Insentif Kakitangan Pengurusan

Jawatan
Bil
Gaji/Upah
KWSP/
SOCSO

Lain-lain
Jumlah (RM)

Pengurus




1








2,000



220



120



2240





8.0       BAHAGIAN OPERASI

8.1              Senarai barangan/produk/perkhidmatan yang dihasilkan:

Jenis
Kuantiti Sehari
Kuantiti Seminggu
Kuantiti Sebulan
Kuantiti Setahun
A




B




Jumlah





8.2       Carta/Aliran proses pengeluaran:

8.3       Kapasiti pengeluaran sehari/seminggu/setahun:

8.4       Senari bahan mentah yang diperlukan sehari/seminggu/setahun:
Jenis
Harga Seunit
(RM)
Bil
Jumlah
(RM)








Jumlah







8.5       Senarai, Mesin,  Perabot dan Alat Kelengkapan
Jenis
Harga Seunit
(RM)
Bil
Jumlah
(RM)
DVC Sony dan kelengkapan


14,000


1


14,000


Jumlah






8.6       Perabot dan kelengkapan pejabat

Jenis
Harga seunit (RM)
Bil
Jumlah
Meja pejabat



3




1050





Jumlah






8.7       Senarai Pekerja/Buruh lansung:

Pekerja
Perbelanjaan(RM)





Jumlah Keseluruhan Belanja Pentadbiran



9.0       RANCANGAN KEWANGAN

9.1       Kos Projek
Kos Perlaksanaan Projek
Bil

Perkara
Unit
Harga
RM
Jumlah
RM

1.

Belanja Permulaan








2.


Aset Tetap






3.
Modal Pusingan
~ Belian bekalan




4.
Lain- lain Perbelanjaan










9.2       Sumber Pembiayaan

Jenis
RM

Modal Sendiri
                         Tunai

                  
Pinjaman Bank








JUMLAH



9.3       Pinjaman

Tujuan Memohon Pinjaman


9.4       Jadual Pembayaran Balik Pinjaman (contoh)


Jumlah Pinjaman    :           RM 60,000
Kadar Faedah           :            8%
Tempoh Pinjaman :           6 TAHUN
Kaedah                     :           Bayaran bulanan  (CONTOH)
Tahun
Pokok
Faedah
Jumlah Bayaran
Baki Pinjaman

1

2

3

4

5

6

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

4,800

4,800

4,800

4,800

4,800

4,800


14800

14800

14800

14800

14800

14800


50,000

40,000

30,000

20,000

10,000

0



9.5       Jadual Susut Nilai Aset Tetap
Jenis Aset                 : Contoh - Mesin
Harga Nilai Aset     : 30,000
Hayat                                    : 3 Tahun
Nilai Skrap              :0
Kaedah                     : Mendatar

Tahun
Susutnilai Tahunan
Susutnilai Terkumpul
Nilai Buku
1
2
3

10,000
10,000
10,000

10,000
20,000
30,000

20,000
10,000
0

Susut Nilai = Nilai Aset   
                        ......................
  Hayat






ustaz azhar idrus-api dunia