Isnin, 28 Jun 2010

BILAKAH SEORANG SUAMI BOLEH BERPOLIGAMI

Keharusan berpoligami untuk lelaki boleh dilaksanakan apabila keadaan berikut dapat dimiliki atau dapat dipenuhi oleh lelaki berkenaan antaranta :

  1. Sihat Jasmanai dan rohaninya serta mempunyai sifat tanggungjawab.
  2. Mempunyai kamampuan material yg mencukpi untuk menanggung isteri-isteri, anak-anak dan orang yamg diletakkan dibawah jagaannya
  3. Beliau bersedia dan boleh memberi dan menunjukkan sifat kasih sayang terhadap isteri-isteri,anak-anak dan orang yang dibawah tanggungannya secara saksama dan adil
  4. Beliau bersedia berlaku adil terhadap isteri yg sedia ada, anak dan orang yg menjadi tanggunggannya
  5. Isteri yg sedia ada tidak mampu memikul tanggungjawab sbg istri  kerana sakit atau selalu keuzuran
  6. Isteri yg sedia ada mandul tidak dapat melahirkan anak atau zuriat

Jumaat, 25 Jun 2010

"Cakap tak serupa bikin "

Hadith :



Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

(Bukhari & Muslim)

Huraian

1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.

2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.

3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ‘. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ‘cakap tak serupa bikin’!.

Selasa, 22 Jun 2010

PERINGATAN BUAT MUSLIM

SINOPSIS BUKU “ PERINGATAN BUAT MUSLIM ”


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,

Buku ini memaparkan tentang peringatan buat diri kita yang sentiasa disibukkan dengan kerja-kerja harian. Namun pernahkan kita terfikir sejauh mana segala amalan kita mahupun bekalan yang akan dibawa bersama apabila nyawa dijemput Allah SWT. Santapan rohani bersifat santai,bahasa yang mudah difahami merangkumi beberapa bahagian antaranya pengajaran hadis, kisah-kisah daripada Al quran, pengajaran dan iktibar dalam surah Yusuf dan tazkirah berkaitan bagaimana menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan menjaga hubungan dengan alam sekitar. Juga tidak lupa terdapat tazkirah buat remaja yamg dipetik daripada buku Ihya Ulumuddin Karangan Imam Al-Ghazali. Remaja sekarang dilihat seolah-olah semakin hanyut dan alpa dengan hiburan yang melalaikan. Setelah melihat keadaan tersebut, di atas rasa tanggungjawab dan inisiatif kami untuk berkongsi sedikit ilmu agar kita saling ingat-mengingati di antara satu sama lain.
 Harga RM10 Sahaja. contact me 0172609767( tiga dari kiri )

Isnin, 21 Jun 2010

Mati pucuk petanda serangan sakit jantung?


Mati pucuk (ED) merupakan petanda akan berlakunya serangan sakit jantung, kata Dr Ramesh Singh Veerah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), ketika membentangkan kertas kerjanya di Kongres Dunia Saintifik Kardiologi di Beijing, China.


Tujuh daripada 10 lelaki yang dirawat di PPUM kerana serangan sakit jantung menghadapi masalah ED, kata Dr Ramesh (kanan).
Masalah ED itu dikesan enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke hospital berkenaan, tambahnya.

Dalam kertas kerjanya itu, Dr Ramesh berkata kajian selama setahun itu dijalankan tahun lalu di PPUM, melibatkan 111 lelaki yang aktif seks, yang dirawat kerana serangan sakit jantung. Kajian ini menunjukkan 75.7 peratus mengalami ED.
Selain itu, 24.7 peratus daripada 81 lelaki tidak aktif seks yang tidak dimasukkan dalam kajian tersebut, turut dilaporkan mengalami ED lebih enam bulan sebelum pemeriksaan dijalankan.

"ED dan penyakit arteri koronari (CAD) berkongsi banyak faktor risiko yang sama dan berkaitan rapat. Atherosclerosis - punca penyebab CAD dan ED - adalah merupakan gangguan inflamasi umum yang berlaku pada kadar yang sama di seluruh vaskular tubuh.

"Oleh kerana itu, anggapannya ialah ED harus mendahului CAD memandangkan arteri zakar adalah jauh lebih kecil daripada arteri koronari," tambahnya.

Kajian tersebut, kata Ramesh, menunjukkan bahawa pesakit yang menghadapi masalah ED berpotensi menghadapi risiko yang amat tinggi diserang sakit jantung.

Tanda amaran
Yang menariknya, kajian tersebut juga mendapati semua pesakit yang mempunyai sejarah serangan sakit jantung dan ED, mengalami serangan sakit jantung yang berulang.
"Oleh kerana itu, kita harus skrin dan merawat pesakit sedemikian secara lebih agresif," kata Dr Ramesh.

"Selain itu, lelaki yang tidak aktif seks juga harus diperiksa dengan teliti kerana satu perempat daripada mereka mengalami masalah ED penuh yang memerlukan rawatan dan ini juga boleh menjadi petanda CAD."

Dalam tempoh antara bulan April 2008 hingga bulan Februari 2009, seramai 219 lelaki telah dimasukkan penjagaan koronari PPUM kerana serangan sakit jantung.

Daripada jumlah tersebut, 192 diskrin dan hanya 111 yang aktif seks dalam tempoh enam bulan terakhir, direkrut untuk penilaian ED.

Faktor lain yang dikaji, termasuklah faktor risiko kardiovaskular, ukuran tubuh, ujian darah dan hasil penemuan 'angiographic' koronari.

Kongres di Beijing itu merupakan kongres rasmi Persekutuan Jantung Dunia dan diadakan setiap dua tahun.Ia menjadi pentas antarabangsa mengenai perkembangan terkini dalam bidang berkenaan.

Persekutuan Jantung Dunia ditubuhkan untuk memerangi serangan sakit jantung dan angin ahmar, dengan tumpuan kepada negara-negara yang penduduknya berpendapatan rendah dan sederhana, melalui pengemblengan lebih 200 organisasi di seluruh dunia.

Khamis, 10 Jun 2010

Isu judi:Pandangan agama dan dunia

Ke manakah hilangnya sifat Perikemanusiaan?


KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.

KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi. Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.


Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.

Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.

Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.

“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya.

“Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini.

"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan.

“Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya.
Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.
“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam.
“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya.
Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.

Doa majlis

P


الـحمد لله ،نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له ، والصلاة والسلام على رسولنا الأمين وعلى آله وأصحابه أجـمعين .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri Majlis Ceramah ……………………pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan memberi dan menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan dengan penuh ke’afiatan dan kesejahteraan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين

ustaz azhar idrus-api dunia